Umno Perlu Ubah Atau Ditelan Bersatu



Keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabah bulan lalu menunjukkan perlunya Umno membuat perubahan dalaman atau hadapi berisiko dilenyapkan PPBM, menurut seorang pemimpin muda.
Wan Agyl Wan Hassan, ketua penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, berkata ahli parti berhak marah kerana Umno berubah dari menjadi kuasa dominan dalam politik kepada pemain kecil dalam pentadbiran Perikatan Nasional.
“Lebih buruk lagi, PRN Sabah mengecilkan kemenangan pilihan raya Barisan Nasional sebelum ini dan membolehkan PPBM menunggang usaha kita menekankan kegagalan Pakatan Harapan selepas menjadi sebahagian daripada pentadbiran PH,” katanya dipetik.
Katanya, dalam politik hari ini orang tidak akan ingat pencapaian masa lalu dan akan tumpu pada prestasi semasa parti politik. Di situlah katanya Umno dan BN “dilupakan”.
“Salah satu sebabnya kerana kepemimpinan gagal merunding perjanjian yang lebih baik untuk kita dalam pakatan besar itu dan kegagalan mereka untuk faham kemahuan akar umbi dan penyokong.
“Kita nampak seperti selesa menjadi ‘adik kecil’ walaupun mempunyai kerusi terbanyak. Kurangnya pandangan jauh dan hala tuju yang strategik dari kepemimpinan semasa menyebabkan kita bermain ikut rentak PPBM.”
Kenyataan Wan Agyl ini menyusuli teguran pemimpin Umno, Nazri Aziz, agar hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan, dan mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi Umno.
Wan Agyl berkata pandangan akar umbi sememangnya penting namun Umno tidak boleh mengukur kekuatan berdasarkan akar umbi semata-mata kerana “politik sudah berubah”.
Memetik contoh DAP, katanya, parti itu berjaya meletakkan ia sebagai parti berbilang kaum walaupun merupakan parti yang didominasi orang Cina. Parti itu mendapat sokongan orang ramai kerana memenangi permainan persepsi, katanya.
“Jumlah keahlian yang besar mungkin berkesan beberapa dekad lalu tetapi di Malaysia hari ini, parti politik semakin kurang penting,” katanya. Orang ramai kini lebih cenderung kepada hujah berdasarkan fakta dan isu yang mempengaruhi kehidupan seharian.
Wan Agyl berkata walaupun ramai ahli Umno mahu parti itu berpisah dengan PPBM, persoalan sebenar ialah sama ada Umno dan BN sudah cukup berubah untuk meraih kepercayaan rakyat dan berdiri sendiri.
“Umno dan BN memerlukan perubahan struktur, ini banyak dibincangkan selepas kita kalah pada PRU-14, tetapi tiada yang konkrit berlaku.
“Bagi saya, kita memerlukan peralihan kepemimpinan, untuk membolehkan perubahan generasi yang sangat diperlukan dalam parti. Parti ini perlu berkembang menjadi sebuah organisasi idea, platform memupuk ahli, penyokong, dan rakyat yang berfikir.”
Umno harus menjadi sebuah parti yang membolehkan setiap segmen keahlian dan masyarakat umum membincangkan dan mengembangkan dasar yang baik untuk menangani isu yang melanda negara dan dibelenggu rakyat dengan berkesan.
Malah sebagai sebahagian daripada kerajaan, para pemimpin Umno perlu menyuarakan isu sebenar dan menekan kerajaan untuk membuat dan melaksanakan dasar yang lebih baik berdasarkan bukti dan bukannya retorik.
“Tanpa kemahuan politik untuk benar-benar berubah dari dalam ke luar, perbincangan dan strategi tanpa henti untuk menjadikan Umno lebih baik akan jadi sia-sia.”
Katanya, pemimpin dan ahli Umno mesti ingat PPBM ditubuhkan untuk menggantikannya.
“Sekiranya kita tidak bertindak sekarang, objektif untuk melenyapkan Umno dari politik Malaysia mungkin akan tercapai dan lebih buruk lagi, kita tidak sedar.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30022

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Atau Bersatu Pas Sokong Dua Dua

Umno Atau Bersatu Pas Sokong Dua Dua

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 419 hits
mhdaily netKetika hubungan antara Umno dan Bersatu dilihat semakin tegang PAS pula mengambil sikap berkecuali Dalam sidang media di Terengganu hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada Muafakat Nasional dan Perikatan...
Marah Bersatu Mp Umno Ramai Pilih Anwar Muafakat Atau Mu Kena Sakat

Marah Bersatu Mp Umno Ramai Pilih Anwar Muafakat Atau Mu Kena Sakat

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 259 hits
Pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mempertahankan kenyataan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana anggota parlimennya daripada menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Jazlan ...
Untuk Kembali Kuasai Putrajaya Umno Mesti Tinggalkan Bersatu

Untuk Kembali Kuasai Putrajaya Umno Mesti Tinggalkan Bersatu

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 297 hits
Kalau diadakan pungutan suara di kalangan ahli ahli UMNO tentang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang rasanya tidak sampai 10 peratus yang bersetuju Begitu juga kalau diadakan pungutan suara tentang perlukah UMNO berkongsi kerus...
Pas Tidak Menyebelahi Mana Mana Ketika Hubungan Umno Bersatu Tegang Kata Abdul Hadi

Pas Tidak Menyebelahi Mana Mana Ketika Hubungan Umno Bersatu Tegang Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 294 hits
Ketika hubungan antara Umno dan Bersatu dilihat semakin tegang PAS pula mengambil sikap berkecuali Dalam sidang media di Terengganu hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional K...
Berkuburnya Umno Jika Bergantung Pada Bersatu Dan Pas Serta Malaysia Runtuh Jika Perpaduan Kaum Tidak Dijaga

Berkuburnya Umno Jika Bergantung Pada Bersatu Dan Pas Serta Malaysia Runtuh Jika Perpaduan Kaum Tidak Dijaga

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 316 hits
HAMDAN TAHABn dan umno jika nak kuat semula perlu berkeadaan asal iaitu bertanding di semua kerusi di peringkat parlimen dan adun Baru lah semua ahli dan bahagian berfungsi dan aktif Baru ramai ketua bahagian dan sesiapa sahaja yang rasa na...
Umno Pas And Bersatu To Meet Over Anwar S Claim Of Formidable Parliamentary Support

Umno Pas And Bersatu To Meet Over Anwar S Claim Of Formidable Parliamentary Support

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 357 hits
Umno PAS and Bersatu will meet this week over Anwar s claim of having formidable support among lawmakers Pictue by Miera ZulyanaKUALA LUMPUR Sept 30 The three main Malay parties Umno PAS and Bersatu will meet this week to discuss PKR presid...
Bersediakah Umno Untuk Dikuburkan Oleh Bersatu

Bersediakah Umno Untuk Dikuburkan Oleh Bersatu

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 281 hits
BERSATU SEDANG DIBINA UNTUK GANTI UMNO Shahbudin Husin Antara parti yang menyebabkan UMNO kalah dalam PRU14 lalu adalah Bersatu Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Tun Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu telah membawa parti itu berg...
Patutlah Pas Sayang Lebih Pada Bersatu Berbanding Umno

Patutlah Pas Sayang Lebih Pada Bersatu Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 303 hits
Aku melihat ramai kawan kawan UMNO yang marah Sejak dari awal lagi mereka bagai tidak setuju BN menganggotai Kabinet Malaysia Sudah tentu bayangan Dato Seri Azmin Ali Zuraidah dan seangkatan dengannya menjadi alasan utama Tambahan pula Pres...
Umno Patut Tarik Balik Penyertaan Bersatu Ke Dalam Mn

Umno Patut Tarik Balik Penyertaan Bersatu Ke Dalam Mn

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 176 hits
Sebelum ini atas persetujuan bersama UMNO dan Pas telah bersetuju menjemput Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional Surat jemputan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bertarikh 13 Ogos itu ditandatangani oleh Presiden UMNO Ahmad Zahi...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti