Umno Perak Nafi Ada Komplot Tukar Menteri Besar


Bernama
Umno Perak menafikan dakwaan ia berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu untuk merampas jawatan menteri besar yang disandang oleh timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata dakwaan itu hanya khabar angin yang tidak berasas dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Tiada siapa jumpa saya, tiada siapa yang tawar (sokongan) kepada saya, tiada siapa yang menghasut saya. Tiada apa-apa yang berlaku," katanya dalam sidang media mengenai Geran Usahawan Perak (Gerup) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.
Saarani, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, mengulas laporan sebuah portal tempatan hari ini yang mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan itu mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

Dalam laporan itu, Saarani dikatakan mendapat sokongan daripada empat Adun PKR, DAP dan PAS untuk dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru.
Kerajaan negeri Perak yang ditadbir PN terdiri daripada 25 Adun BN yang kesemuanya Umno, Bersatu (5), PAS (3) sementara baki kerusi DUN dimiliki DAP (16), Amanah (5), PKR (3) serta Gerakan dan Bebas masing-masing satu.
Menjelas lanjut, Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, berkata tiada sebarang konflik antara dirinya dengan Ahmad Faizal khususnya melibatkan hal pentadbiran di peringkat negeri.
"Sekarang tanggungjawab kita menumpukan perhatian dan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang akan membela nasib mereka," katanya.
Selain itu, beliau berkata fokus utama kerajaan negeri pada ketika ini juga adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19 sepertimana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Kita menerima baik titah baginda supaya semua orang memberi perhatian kepada usaha untuk membasmi Covid-19 dan kurangkan berpolitik. Jadi, selaku rakyat kena akur dengan titah ini," katanya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/umno-perak-nafi-ada-komplot-tukar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dato Saarani Umno Perak Kecewa Menteri Besar Mungkir Janji

Dato Saarani Umno Perak Kecewa Menteri Besar Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 364 hits
1 UMNO Perak amat prihatin dengan pandemik Covid 19 yang melanda negara Gelombang ketiga pandemik ini menunjukan peningkatan kes jangkitan termasuk di Perak Pandemik ini bukan sahaja mengancam nyawa bahkan menghambat ekonomi serta menjejask...
Menteri Besar Baharu Buat Perak

Menteri Besar Baharu Buat Perak

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 320 hits
IPOH Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO Perak tidak dapat dipulihkan Sejak beberapa minggu lalu Dato Saarani Mohamad t...
Annuar Nafi Presiden Umno U Turn Selepas Empat Jam Bermesyuarat

Annuar Nafi Presiden Umno U Turn Selepas Empat Jam Bermesyuarat

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 279 hits
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Annuar Musa di Facebooknya hari ini SHAH ALAM Dakwaan kononnya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan U selepas mesyuarat selama empat jam bersama pemimpin pemimpin UMNO adalah ti...
Betulkah Yab Mb Khianati Umno Perak

Betulkah Yab Mb Khianati Umno Perak

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 261 hits
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAKRASA TERKILANA LATAR BELAKANG Pada 12 Oktober 2020 lalu YAB Menteri Besar Perak telah menukar Setiausaha Politik beliau Dato Iskandar Zulkarnain Abd Khalid ke YB ADUN Pengkalan Hulu YB Dato Aznel Ibrahim a...
Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR UMNO hari ini menyerahkan Memorandum Suara Hati Rakyat terhadap Belanjawan 2021 kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya Memorandum tersebut mengandungi 10 cadangan utama untuk memastikan peningk...
Timbalan Perdana Menteri Hanya Satu Nama Dimaju Oleh Umno

Timbalan Perdana Menteri Hanya Satu Nama Dimaju Oleh Umno

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 403 hits
UMNO hanya mencadangkan nama Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin hanya akan melantik beliau sekiranya telah dibebaskan dari pertuduhan jelas sumber tersebut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bercadang mem...
Umno Mahu 4 Menteri Pn Digugurkan

Umno Mahu 4 Menteri Pn Digugurkan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 230 hits
Umno mahu 4 menteri PN digugurkanOleh October 17 2020UMNO mahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan beberapa pemimpinnya dari Kabinet yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti lapor Suara TV Laporan itu yang memetik sumber ber...
Khairy Nafi Sokong Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

Khairy Nafi Sokong Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 281 hits
Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kenyataan tersebut dibuat ketika temu ramah dalam program Breakfast Gril...
Umno Desak Gugur 4 Menteri Mereka

Umno Desak Gugur 4 Menteri Mereka

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 226 hits
Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti Menurut sumber permintaan itu dan bebera...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan