Betulkah Yab Mb Khianati Umno Perak


 
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAKRASA TERKILAN
A.     LATAR BELAKANG        Pada 12 Oktober 2020 lalu YAB Menteri Besar Perak telah menukar Setiausaha Politik beliau, Dato' Iskandar Zulkarnain Abd Khalid ke YB ADUN Pengkalan Hulu, YB Dato' Aznel Ibrahim atas kepentingan PPBM Pusat di mana Dato' Iskandar diperlukan untuk membantu Ahmad Faizal yang menjawat Timbalan PPBM Pusat.
ADUN Pengkalan Hulu, YB Dato' Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik
Perlantikan YB Pengkalan Hulu telah menimbulkan PERASAAN TERKILAN di kacamata Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak, YB Dato' Saarani Mohamad. Perasaan terkilan ini telah diwar-warkan ke dalam Media Sosial termasuklah di Akaun FB beliau sendiri oleh Pengguna FB .... (KLIK DI SINI)
Semasa menubuhkan Kerajaan Negeri Perak setelah PPBM keluar dari Pakatan Harapan. UMNO diwakili oleh 25 ADUN , PAS diwakili 3 ADUN dan PPBM di wakili 4 ADUN menjadikan keseluruhan 32/59 kerusi. Pakatan Harapan hanya tinggal 25/59 kerusi kerana 2 ADUN mereka bertindak menjadi ADUN Bebas. Penambahan ADUN PPBM yang asalnya hanya 1 kerusi sahaja adalah dengan kehadiran ADUN Sg Manik (BN/UMNO), ADUN Tualang Sekah (BN/UMNO) dan ADUN Kuala Kurau (PKR).

KENYATAAN AKHBARPengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak

1. UMNO Perak amat prihatin dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Gelombang ketiga pandemik ini menunjukan peningkatan kes jangkitan termasuk di Perak. Pandemik ini bukan sahaja mengancam nyawa bahkan menghambat ekonomi serta menjejaskan kesejahteraan rakyat.
2. Justeru, dalam keadaan kegelisahan rakyat menghadapi suasana mencemaskan ini, UMNO Perak mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan politik bagi membolehkan kerajaan negeri yang dibentuk atas semangat muafakat dan kerjasama ini dapat fokus sepenuhnya dalam mendepani impak Covid-19.
3. Namun suasana yang cuba dibina itu tidak dihargai dengan baik apabila satu demi satu tindakan pihak YAB Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu membelakangi semangat ini.
4. Tumpuan untuk menjaga kepentingan rakyat tidak diberi penekanan dengan tindakan-tindakan yang dibuat tanpa semangat musyawarah berpasukan, kerjasama dan perjanjian yang dipersetujui bersama dan telah ditandatangani.
5. Saya mendengar penjelasan YAB Menteri Besar kepada soalan pemberita baru-baru ini berkaitan dengan pelantikan ADUN Pengkalan Hulu, YB Dato' Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau. Meskipun saya cuba mengelak untuk membuat kenyataan terbuka apabila YAB Menteri Besar melantik seorang dari ahli YB dari UMNO, tetapi beliau sendiri telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak perlu mendapat kebenaran dari parti UMNO.
6. Perlu saya jelaskan bahawa ketika persetujuan untuk membentuk kerajaan, ketiga-ketiga pihak - PPBM, UMNO dan PAS - telah membuat persetujuan bertulis untuk saling hormat menghormati dalam urusan pelantikan setiap wakil sama ada sebagai ahli majlis mesyuarat (Exco), ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan dan lantikan politik yang lain.
7. Sewajarnya, pelantikan mana-mana ADUN, atau pemimpin UMNO dalam kerajaan hendaklah dibincangkan dengan badan perhubungan negeri atas semangat setiakawan dan prinsip hormat menghormati.
8. Harus diingat, Kerajaan Negeri Perak hari ini dibentuk atas semangat setiakawan serta persefahaman bagi memastikan Perak terpelihara daripada ancaman "politik yang tidak sihat". Tanpa semangat setiakawan kestabilan politik negeri ini akan terancam.
9. Bagaimanapun, nampaknya persefahaman serta perjanjian ketika pembentukan Kerajaan Negeri Perikatan Nasional sudah tidak dihormati. Hakikatnya, ia sudah berkali-kali dilanggari. Sebelum ini pun, ada cubaan untuk mengubah senarai nama Exco yang sudah dipersetujui serta cubaan menukar pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri.
10. Saya juga ingin menegaskan, UMNO dan BN Perak tidak tamak kuasa seperti yang didendangkan setiap kali kami bersuara. Hakikatnya, kami mempunyai 25 ADUN, jumlah paling besar di dalam Dewan Undangan Negeri. Namun atas ketaatan dan semangat tolak ansur, kami tidak menarik sokongan apabila jawatan Menteri Besar diberikan kepada PPBM.
11. Namun janganlah sikap keterbukaan, ketaatan serta tindakan berdiam diri kami selama ini dianggap sebagai kelemahan dan UMNO Perak boleh diperkotak-katikkan sehingga satu persatu persetujuan yang dimeterai bersama sebelum ini cuba dikhianati.
12. Pendekatan berdiam diri selama ini diambil bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa dalam waktu pandemik Covid 19 ini. Hentikanlah bermain politik dan bersandiwara serta tumpukan kepada kebajikan rakyat yang menderita sekarang.
YB DATO' Saarani MohamadPengerusi Badan Perhubungan UMNO PerakPengerusi Barisan Nasional Perak19 Oktober 2020

HUBAYA-HUBAYA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikgulin57.blogspot.com/2020/10/betulkah-yab-mb-khianati-umno-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Tak Puas Hati Dalam Umno Perak Ancam Kerajaan Negeri Rapuh

Rasa Tak Puas Hati Dalam Umno Perak Ancam Kerajaan Negeri Rapuh

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 262 hits
Kerajaan Perak berisiko tumbang selepas hampir 7 bulan akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Umno negeri terhadap rakan gabungan mereka PPBM kata seorang pemimpin parti itu Pemimpin yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu FM...
Discontent In Perak Umno Threatens Fragile State Government

Discontent In Perak Umno Threatens Fragile State Government

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 289 hits
Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu of PPBM may not get full support from Umno in a confidence vote says an Umno leader PETALING JAYA The Perak state government is at risk of collapse after barely seven months as a result of discontent a...
Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 305 hits
IPOH Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad memaklumkan beliau ada bertemu dengan beberapa ADUN UMNO yang menyatakan kesediaan membentuk kerajaan baharu di Perak Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama waki...
Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 291 hits
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan menurut beberapa pemimpin PH negeri itu Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Ber...
Adun Ph Kata K Jaan Perak Ibarat Bom Jangka Umno Nafi Ada Bakal Lompat

Adun Ph Kata K Jaan Perak Ibarat Bom Jangka Umno Nafi Ada Bakal Lompat

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 278 hits
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan menurut beberapa pemimpin PH negeri itu Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Ber...
Harapan Reps Say Perak Govt Ticking Time Bomb Umno Denies Pn Defection

Harapan Reps Say Perak Govt Ticking Time Bomb Umno Denies Pn Defection

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 215 hits
Perak Pakatan Harapan leaders say the present Perikatan Nasional state government is a ticking time bomb and claim at least six Umno leaders are considering jettisoning Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu s administration This is especially if...
Umno Perak Bantah Darurat

Umno Perak Bantah Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 415 hits
malaysiadateline comBadan Perhubungan Umno Perak membantah cadangan kerajaan untuk menguatkuasakan perintah darurat susulan krisis politik dan penularan Covid 19 Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata pengisytiharan darurat bukan jalan ...
Umno Perak Selar Mb Kerana Bermain Politik

Umno Perak Selar Mb Kerana Bermain Politik

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 227 hits
October 20202Umno Perak memberitahu Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu untuk menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat PETALING JAYA Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menyelar Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu memintanya untuk berhenti b...
Dato Saarani Umno Perak Kecewa Menteri Besar Mungkir Janji

Dato Saarani Umno Perak Kecewa Menteri Besar Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 361 hits
1 UMNO Perak amat prihatin dengan pandemik Covid 19 yang melanda negara Gelombang ketiga pandemik ini menunjukan peningkatan kes jangkitan termasuk di Perak Pandemik ini bukan sahaja mengancam nyawa bahkan menghambat ekonomi serta menjejask...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation