Dato Saarani Umno Perak Kecewa Menteri Besar Mungkir Janji




1. UMNO Perak amat prihatin dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Gelombang ketiga pandemik ini menunjukan peningkatan kes jangkitan termasuk di Perak. Pandemik ini bukan sahaja mengancam nyawa bahkan menghambat ekonomi serta menjejaskan kesejahteraan rakyat.
2. Justeru, dalam keadaan kegelisahan rakyat menghadapi suasana mencemaskan ini, UMNO Perak mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan politik bagi membolehkan kerajaan negeri yang dibentuk atas semangat muafakat dan kerjasama ini dapat fokus sepenuhnya dalam mendepani impak Covid-19. 



3. Namun suasana yang cuba dibina itu tidak dihargai dengan baik apabila satu demi satu tindakan pihak YAB Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu membelakangi semangat ini.
4. Tumpuan untuk menjaga kepentingan rakyat tidak diberi penekanan dengan tindakan-tindakan yang dibuat tanpa semangat musyawarah berpasukan, kerjasama dan perjanjian yang dipersetujui bersama dan telah ditandatangani.
5. Saya mendengar penjelasan YAB Menteri Besar kepada soalan pemberita baru-baru ini berkaitan dengan pelantikan ADUN Pengkalan Hulu, YB Dato' Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik beliau. Meskipun saya cuba mengelak untuk membuat kenyataan terbuka apabila YAB Menteri Besar melantik seorang dari ahli YB dari UMNO, tetapi beliau sendiri telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak perlu mendapat kebenaran dari parti UMNO.
6. Perlu saya jelaskan bahawa ketika persetujuan untuk membentuk kerajaan, ketiga-ketiga pihak - PPBM, UMNO dan PAS - telah membuat persetujuan bertulis untuk saling hormat menghormati dalam urusan pelantikan setiap wakil sama ada sebagai ahli majlis mesyuarat (Exco), ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan dan lantikan politik yang lain.
7. Sewajarnya, pelantikan mana-mana ADUN, atau pemimpin UMNO dalam kerajaan hendaklah dibincangkan dengan badan perhubungan negeri atas semangat setiakawan dan prinsip hormat menghormati.
8. Harus diingat, Kerajaan Negeri Perak hari ini dibentuk atas semangat setiakawan serta persefahaman bagi memastikan Perak terpelihara daripada ancaman "politik yang tidak sihat". Tanpa semangat setiakawan kestabilan politik negeri ini akan terancam.
9. Bagaimanapun, nampaknya persefahaman serta perjanjian ketika pembentukan Kerajaan Negeri Perikatan Nasional sudah tidak dihormati. Hakikatnya, ia sudah berkali-kali dilanggari. Sebelum ini pun, ada cubaan untuk mengubah senarai nama Exco yang sudah dipersetujui serta cubaan menukar pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri.
10. Saya juga ingin menegaskan, UMNO dan BN Perak tidak tamak kuasa seperti yang didendangkan setiap kali kami bersuara. Hakikatnya, kami mempunyai 25 ADUN, jumlah paling besar di dalam Dewan Undangan Negeri. Namun atas ketaatan dan semangat tolak ansur, kami tidak menarik sokongan apabila jawatan Menteri Besar diberikan kepada PPBM.
11. Namun janganlah sikap keterbukaan, ketaatan serta tindakan berdiam diri kami selama ini dianggap sebagai kelemahan dan UMNO Perak boleh diperkotak-katikkan sehingga satu persatu persetujuan yang dimeterai bersama sebelum ini cuba dikhianati. 
12. Pendekatan berdiam diri selama ini diambil bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa dalam waktu pandemik Covid 19 ini. Hentikanlah bermain politik dan bersandiwara serta tumpukan kepada kebajikan rakyat yang menderita sekarang.
YB DATO' SAARANI MOHAMAD
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak
Pengerusi Barisan Nasional Perak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thekl-chronicle.blogspot.com/2020/10/dato-saarani-umno-perak-kecewa-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Buat Keputusan Besar Dan Penting Petang Ini

Umno Buat Keputusan Besar Dan Penting Petang Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 216 hits
Majlis Tertinggi Umno dijadual bermesyuarat petang ini di tengah tengah ketegangan hubungannya dengan Bersatu sekutu dalam kerajaan Perikatan Nasional Menurut sumber mesyuarat itu akan diadakan pada jam tiga petang ini secara atas talian ba...
Umno Desak Gugur 4 Menteri Mereka

Umno Desak Gugur 4 Menteri Mereka

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 226 hits
Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti Menurut sumber permintaan itu dan bebera...
Perdana Menteri Mesti Dari Pemimpin Umno Itu Syarat Yang Sepatutnya

Perdana Menteri Mesti Dari Pemimpin Umno Itu Syarat Yang Sepatutnya

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 385 hits
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO adalah part...
Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri Kata Lokman

Letak Syarat Pemimpin Umno Jadi Perdana Menteri Kata Lokman

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 399 hits
SHAH ALAM Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO a...
Umno Will Not Benefit By Pulling Out From Perikatan Says Perak Mb

Umno Will Not Benefit By Pulling Out From Perikatan Says Perak Mb

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 296 hits
IPOH Pulling out from Perikatan Nasional will not be good for Umno says Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Without elaborating the Parti Pribumi Bersatu Malaysia deputy president said it would not give any advantage to their members or supporter...
Umno Mahu 4 Menteri Pn Digugurkan

Umno Mahu 4 Menteri Pn Digugurkan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 230 hits
Umno mahu 4 menteri PN digugurkanOleh October 17 2020UMNO mahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan beberapa pemimpinnya dari Kabinet yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti lapor Suara TV Laporan itu yang memetik sumber ber...
Pemimpin Umno Kecewa Takiri Tidak Didakwa

Pemimpin Umno Kecewa Takiri Tidak Didakwa

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 346 hits
Anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menegaskan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya lebih mengetahui tanggungjawabnya bersabit dakwaan pelanggaran kuarantin Menurutnya rakyat pasti ...
Umno Perak Selar Mb Kerana Bermain Politik

Umno Perak Selar Mb Kerana Bermain Politik

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 229 hits
October 20202Umno Perak memberitahu Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu untuk menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat PETALING JAYA Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menyelar Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu memintanya untuk berhenti b...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam