Umno Pas Perak Bertemu Secara Rasmi Bincang Muafakat


Shaarani Ismail
[email protected]
PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad pada sidang media kerjasama UMNO-PAS Perak di Bangunan UMNO Perak, Ipoh. - NSTP/Shaarani Ismail
IPOH:   UMNO dan PAS Perak secara rasmi mengadakan mesyuarat bersama kali pertama malam semalam bagi membincangkan persetujuan dan permuafakatan membabitkan dua parti itu sebagaimana yang sudah dilaksanakan di peringkat pusat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata pertemuan itu turut dihadiri 11 Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri termasuk ketua bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, Setiausaha Perhubungan, Ketua Penerangan serta tiga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dari Perak.

Katanya, tiga MT berkenaan ialah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Khusairi Abd Talib.

“PAS turut diwakili jumlah yang sama iaitu terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria; timbalannya, Isme Mohd Taib serta kepimpinan utama dan sayap PAS negeri.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh Razman sebagai penghormatan kerana kita menggunakan premis PAS, tiada agenda khusus dibincangkan dan semua diberikan ruang untuk bercakap apa saja yang difikirkan perlu.

“Semua perbincangan yang berlangsung menjurus kepada persetujuan dan permuafakatan UMNO dan PAS Perak sebagaimana yang dilaksanakan pusat. Nampaknya perkembangan yang berlaku sangat baik dan kita bersetuju akan mengadakan perjumpaan secara berkala dan kerap yang akhirnya nanti akan membabitkan semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas pertemuan yang berlangsung di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Saarani berkata, pertemuan yang berlangsung itu tidak menyentuh langsung soal pembahagian kerusi membabitkan UMNO-PAS.

Beliau berkata, sebaliknya ia tertumpu bagaimana mencari persefahaman, permuafakatan dan mengurangkan perbezaan antara UMNO-PAS bagi menghadapi tentangan Pakatan Harapan (PH) dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa.

“Maklum balas kedua-dua pihak sangat baik... kita akan minta semua peringkat UMNO bahagian dan PAS kawasan untuk wujudkan Jawatankuasa Permuafakatan UMNO-PAS di setiap Parlimen dan mereka akan duduk dan bincang bagi cari titik pertemuan dan persamaan.

“Ia bagi membolehkan ahli semua peringkat faham hala tuju permuafakatan yang sudah terjalin, ia kemudiannya akan menyusul pula ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) atau Unit Peti Undi (UPU),” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/umno-pas-perak-bertemu-secara-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 367 hits
Diterbitkan Hari ini 2 08 tengahariDua pemimpin PH Perak hari ini mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS negeri itu yang memberi bayangan kerajaan negeri mungkin bertukar tangan jika PAS dan BN bergabung Exco kanan Perak Asmuni Awi malah menga...
Menarik Jika Pas Umno Bentuk Kerajaan Di Perak Dan Kedah

Menarik Jika Pas Umno Bentuk Kerajaan Di Perak Dan Kedah

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 419 hits
MALAYSIA DATELINE Hatta di Kelantan dan Terengganu mereka tidak bergabung Hanya ada kerajaan Pas di Terengganu dan Kelantan manakala di Pahang dan Perlis kerajaan BN kata Menteri Wilayah Persekutuan itu AMANAH tidak ada masalah jika bnear P...
5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 521 hits
ISMAIL SABRI YAAKOB NAIB PRESIDEN UMNO ASSALAMUALAIKUM WBT6 Mac 2019 29 JamdilAkhir 1440HSeperti yang semua tahu 5 Mac 2018 merupakan tarikh sejarah negara apabila termeterai satu kerjasama dua kuasa Islam Melayu antara UMNO dan PAS Dua par...
Kerajaan Ph Perak Goyah Pas Dan Umno Bakal Ambil Alih Tampuk Kuasa Viralhancing

Kerajaan Ph Perak Goyah Pas Dan Umno Bakal Ambil Alih Tampuk Kuasa Viralhancing

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 460 hits
IPOH Beberapa pemimpin kanan UMNO dan Pas Perak mengadakan mesyuarat tertutup di Ibu Pejabat Pas Perak di sini malam tadi Mengetuai UMNO pada mesyuarat itu adalah Pengerusi Perhubungan Perak Datuk Saarani Mohamad manakala Pas Perak pula dik...
Ismail Sabri Pas Umno Bincang Isu Sebelum Bahas Di Parlimen

Ismail Sabri Pas Umno Bincang Isu Sebelum Bahas Di Parlimen

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 471 hits
PARLIMEN Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke 14 yang bermula hari ini dijangka hangat dengan pelbagai isu serta usul yang dibangkitkan ahli parlimen dari kerajaan dan pembangkang Menurut ketua pembangkang yang baru Ismail Sabri Yaak...
In Perak Umno And Pas To Meet On Future Cooperation

In Perak Umno And Pas To Meet On Future Cooperation

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 346 hits
The Perak chapters of Umno and PAS will meet next week to discuss further on areas of cooperation after their respective leaderships announced a formal union said Datuk Saarani Mohamad Speaking to Malay Mail Saarani said Perak Umno was amon...
Umno Dan Pas Sah Bekerjasama Rasmi Demi Ummah Hari Ini Viralhancing

Umno Dan Pas Sah Bekerjasama Rasmi Demi Ummah Hari Ini Viralhancing

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Umno mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya kecil kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti ha...
Umno Pas Rasmi Bermusyawarah Di Pwtc

Umno Pas Rasmi Bermusyawarah Di Pwtc

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 344 hits
Diterbitkan Hari ini 4 48 petangHari ini berlangsungnya pertemuan rasmi antara Umno dan PAS bagi membincangkan hala tuju dan garis panduan kerjasama dua parti terbesar Melayu itu Mesyuarat perundingan antara dua parti itu diadakan di ibu pe...
Perak Dalam Radar Untuk Kerajaan Pas Umno Viralhancing

Perak Dalam Radar Untuk Kerajaan Pas Umno Viralhancing

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 479 hits
ADAKAH krisis politik Perak 2009 sehingga menyaksikan perubahan kuasa pentadbiran kerajaan negeri bakal berulang Dengan UMNO dan Pas kini membentuk kerjasama politik secara rasmi sudah tentu memberi tekanan kepada Pakatan Harapan untuk meng...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga