Perak Dalam Radar Untuk Kerajaan Pas Umno Viralhancing


ADAKAH krisis politik Perak 2009 sehingga menyaksikan perubahan kuasa pentadbiran kerajaan negeri bakal berulang?


Dengan UMNO dan Pas kini membentuk kerjasama politik secara rasmi, sudah tentu memberi tekanan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

Masakan tidak, jika diambil kira pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, Gabungan UMNO dan Pas mempunyai 28 kerusi, manakala PH pula 30 kerusi dan satu lagi kerusi adalah Bebas.

Andaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Datuk Nolee Ashilin Radzi yang sebelum ini keluar UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar beralih kepada gabungan UMNO-Pas, situasinya bakal berubah kepada 30-29 antara PH dan pembangkang.

Melihat daripada sudut politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dengan perbezaan hanya satu kerusi DUN sahaja. Ini situasi yang tidak stabil bagi sebuah kerajaan negeri.

Hakikatnya gabungan UMNO-Pas hampir-hampir membentuk kerajaan negeri di Perak selepas PRU-14 dengan UMNO ketika itu mempunyai 27 kerusi DUN, Pas 3 manakala PH 29.

Walau bagaimanapun, kegagalan mencapai kata sepakat antara UMNO dan Pas dalam beberapa perkara ketika itu menyebabkan pembentukan tersebut tidak dapat direalisasikan.

Dua ADUN UMNO ketika itu iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Nolee Ashilin memilih menyatakan sokongan kepada Ahmad Faizal yang merupakan satu-satunya ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menjadi Menteri Besar.

Ketika Nolee Ashilin memilih untuk keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, Zainol Fadzi pula menyertai Bersatu. Mungkin sebagai sokongan kepada Ahmad Faizal.

Namun, pasca PRU-14 memperlihatkan senario politik Perak tidak pernah senyap daripada pelbagai isu, termasuklah kepercayaan terhadap pentadbiran Ahmad Fazial.

Dengan termeterainya kerjasama politik antara UMNO dan Pas ini, sudah tentu memberi ancaman kepada PH. Seperti dibuktikan ketika mahu membentuk kerajaan negeri itu pasca PRU-14, sokongan ADUN boleh berubah.

Perak juga pernah menyaksikan ADUN membuat keputusan lompat parti pada tahun 2009 sehingganya berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat berulangnya krisis politik Perak 2009? Bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu tumbang dan digantikan dengan Barisan Nasional (BN).

Pas Perak sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri membentuk kerajaan negeri baharu. Bunga-bunganya sudah ada. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.headbomb.net/2019/03/perak-dalam-radar-untuk-kerajaan-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

Kerajaan Campuran Pas Umno Di Empat Buah Negeri Perak Kedah Dalam Pemerhatian Viralhancing

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 753 hits
JASIN UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional dan PAS ketika ini Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru baru dan masih pa...
Sah Bn Pas Cukup Kerusi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Perak Menurut Sumber Viralhancing

Sah Bn Pas Cukup Kerusi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Perak Menurut Sumber Viralhancing

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 687 hits
IPOH 11 Mei Barisan Nasional Perak mengumumkan telah memiliki bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sehubungan itu beliau akan memohon...
Umno Dan Pas Sah Bekerjasama Rasmi Demi Ummah Hari Ini Viralhancing

Umno Dan Pas Sah Bekerjasama Rasmi Demi Ummah Hari Ini Viralhancing

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 499 hits
KUALA LUMPUR Umno mengumumkan kerjasama rasmi dengan PAS di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya kecil kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti ha...
Kerjasama Umno Pas Boleh Gugat K Jaan Negeri Perak Kedah

Kerjasama Umno Pas Boleh Gugat K Jaan Negeri Perak Kedah

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 556 hits
MALAYSIAKINI PAS memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan hari ini boleh bertukar tangan sekiranya parti itu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional Portal Utusan Malaysia memetik Ke...
Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 489 hits
Diterbitkan Hari ini 2 08 tengahariDua pemimpin PH Perak hari ini mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS negeri itu yang memberi bayangan kerajaan negeri mungkin bertukar tangan jika PAS dan BN bergabung Exco kanan Perak Asmuni Awi malah menga...
Umno Cadang Wujud Kerajaan Campuran Dengan Pas

Umno Cadang Wujud Kerajaan Campuran Dengan Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 438 hits
Oleh Amir MamatJASIN UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional dan PAS ketika ini Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada PAS baru ba...
Kerajaan Penyatuan Ummah Umno Pas Di Empat Negeri Tok Mat

Kerajaan Penyatuan Ummah Umno Pas Di Empat Negeri Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 629 hits
UMNO berhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional dan Pas Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata hasrat itu telah dibincangkan denga...
Kerajaan Ph Selangor Bakal Tumbang Ini Senarai 34 Kerusi Akan Dirampas Umno Dan Pas

Kerajaan Ph Selangor Bakal Tumbang Ini Senarai 34 Kerusi Akan Dirampas Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 923 hits
BANGI Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor boleh tumbang jika arah aliran dan kecenderungan pengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih berterusan kata Gerakan Pengundi Sedar GPS adalah gerakan yang ditubuhkan pada Oktobe...
Pas Umno Jadi Kerajaan Ekstremis

Pas Umno Jadi Kerajaan Ekstremis

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 377 hits
PAS UMNO Jadi Kerajaan Ekstremis Seorang pemimpin kanan PAS menafikan dakwaan bahawa kerjasama parti itu dengan Umno akan menyebabkan negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan ekstremis Naib Presiden PAS Iskandar Samad berkata kenyataan itu ...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut