Ismail Sabri Pas Umno Bincang Isu Sebelum Bahas Di Parlimen


Anne Muhammad 
   

PARLIMEN | Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 yang bermula hari ini dijangka hangat dengan pelbagai isu serta usul yang dibangkitkan ahli parlimen dari kerajaan dan pembangkang.

Menurut ketua pembangkang yang baru, Ismail Sabri Yaakob, segala isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang dalam perbahasan Dewan Rakyat akan terlebih dahulu dibincangkan secara bersama antara Umno dan PAS.

"Perbahasan akan mula esok, saya percaya esok kita akan mulakan perbincangan di parlimen secara bersama PAS-Umno," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media selepas selesai menghadiri pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Sidang Dewan Rakyat bermula hari ini hingga 11 April menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa ahli parlimen BN susulan pelantikan Ismail, selain wakil rakyat BN yang keluar parti.

Perubahan kedudukan tempat duduk terkini itu bagi menggantikan Presiden Umno Ahmad Zahid
Hamidi yang sedang bercuti daripada memegang jawatan itu.


Menurut Ismail Sabri, beliau kini diletakkan di tempat duduk pertama pembangkang dan diikuti oleh bekas perdana menteri Najib Razak, sementara Ahmad Zahid pula di tempat duduk nombor tiga.

"Banyak berubah, banyak yang melompat itu parti lain dan kita buat pengubahsuaian berdasarkan apa yang ada, saya di kedudukan nombor satu di tempat ketua pembangkang.

"Di sebelah saya bekas perdana menteri Najib, ranking kerajaan selepas itu barulah Ahmad Zahid," katanya. 

Kerajaan campuran

Sementara itu, berkaitan usaha sama antara PAS dan Umno, Ismail Sabri yang juga merupakan naib presiden Umno berkata masih terlalu awal untuk menubuhkan kerajaan campuran melibatkan kedua-dua parti itu

Ismail menyerahkan kepada pihak jawatankuasa kerja yang ditubuhkan kedua parti itu untuk menilainya.

"Saya rasa itu lebih mudah (untuk bincang kerajaan campuran), setakat ini belum ada perbincangan.

"Kita baru mewujudkan jawatankuasa kerja, untuk lihat lebih lanjut. Biar jawatankuasa kerja itu berbincang sama mereka dan memberi cadangan kepada jawatankuasa induk, yang dipengerusikan bersama Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man," katanya.

Ismail berkata, Umno dan PAS memberi jawatankuasa kerja itu selama sebulan setengah untuk memberi cadangan yang menguntungkan kedua-dua parti itu.

"Kita bagi mereka satu bulan setengah sebab minggu lepas mesyuarat pertama kita.

"Ramai dah cakap terlalu ke depan. Apa yang sepatutnya, saya kata biarlah, bagi peluang kepada jawatankuasa kerja," katanya.

Pada 9 Mac lalu, Umno dan PAS dilaporkan dalam perbincangan untuk membentuk kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir mereka.

Negeri tersebut adalah Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.

Kerjasama itu juga bakal menyaksikan Umno dan PAS menggoncang kerajaan Pakatan Harapan di Perak dan Kedah, yang mempunyai perbezaan kerusi DUN yang kecil.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ismail-sabri-pas-umno-bincang-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taliban Slur Because Pakatan Scared Of Pas Umno Says Ismail Sabri

Taliban Slur Because Pakatan Scared Of Pas Umno Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 304 hits
Comparisons of PAS and Umno to Afghani Taliban were meant to cause fear of the new partnership claimed Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob The new federal opposition leader told reporters that Pakatan Harapan was scared and felt threatened of th...
Kerjasama Pas Dan Umno Akan Terkubur Sebelum Pru15

Kerjasama Pas Dan Umno Akan Terkubur Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 285 hits
Kerjasama PAS dan Umno dilihat tak ubah seperti sebuah penyatuan sementara dan akan terkubur sebelum Pilihanraya Umum ke 15 nanti menurut seorang pemimpin PKR Pakatan Harapan juga dinasihatkan agar lebih fokus kepada agenda rakyat berbandin...
Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 373 hits
Bekas ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar bersama pengerusi acara Yoke Ling Chee di wacana sejarah dan kesan buruh kontrak di Malaysia di Brickfields hari ini KUALA LUMPUR Seorang bekas ahli Parlimen berkata masyarakat Melayu da...
Ismail Sabri Dilantik Ketua Pembangkang Di Parlimen

Ismail Sabri Dilantik Ketua Pembangkang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR 7 Mac Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen menggantikan tugas yang digalas oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi umum Timbalan Presiden yang menjalankan tugas tugas Pr...
Kerjasama Umno Pas Tiada Kaitan Serangan Masjid Kata Ismail

Kerjasama Umno Pas Tiada Kaitan Serangan Masjid Kata Ismail

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 266 hits
Oleh Aliff Fikri AzizDiterbitkan pada 16 March 2019Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata wakil rakyat DAP tidak sepatutnya melihat dari sudut yang salah apabila menyamakan insiden berkenaan dengan perkembangan politik negara Foto oleh Ahma...
Umno Pas Perak Bertemu Secara Rasmi Bincang Muafakat

Umno Pas Perak Bertemu Secara Rasmi Bincang Muafakat

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 327 hits
Shaarani IsmailPENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad pada sidang media kerjasama UMNO PAS Perak di Bangunan UMNO Perak Ipoh NSTP Shaarani IsmailIPOH UMNO dan PAS Perak secara rasmi mengadakan mesyuarat bersama kali pe...
Guan Eng Dismisses Criticism Over His Reaction To Pas Umno Union

Guan Eng Dismisses Criticism Over His Reaction To Pas Umno Union

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 342 hits
PETALING JAYA Lim Guan Eng today dismissed criticism of his remarks yesterday describing the formalisation of ties between Umno and PAS as a declaration of war on non Malays The DAP secretary general said he had since amended the statement ...
Umno Pas Isytihar Perang Kenyataan Huru Hara G Eng Perlu Tanggungjawab

Umno Pas Isytihar Perang Kenyataan Huru Hara G Eng Perlu Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR 6 Mac Kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa UMNO dan Pas sedang mengisytiharkan perang terhadap masyarakat bukan Melayu dianggap sebagai satu hasutan yang boleh membakar kebencian antara kaum dalam negara ini Presiden ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams