Umno Ibarat Berada Alam Halusinasi Antara Anwar Bersatu Dap




Ketika spekulasi mengenai perubahan kerajaan terus diperkatakan, sekurang-kurangnya tiga ahli parlimen Umno dan dua pemimpin parti menyatakan pendirian mereka menentang sebarang rancangan yang melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim atau DAP

Hantaran mereka di media sosial hari ini muncul tidak lama setelah salinan surat yang didakwa ditandatangani bersama oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Umno Najib Razak kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tular

Jurucakap pejabat presiden Umno sebelum ini menafikan surat yang dikatakan diminta oleh Yang di-Pertuan Agong dari pelbagai pemimpin parti untuk mengesahkan sokongan kepada Anwar

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kenyataan di Twitter mengatakan bahawa dia tetap teguh dengan keputusan sebelumnya yang dibuat oleh majlis tertinggi parti, untuk mengukuhkan BN dan memantapkan Muafakat Nasional

"Tiada DAP! Tiada hubungan dengan pimpinan yang bersepakat dengan DAP seperti Anwar dan Dr Mahathir Mohamad," kata ahli parlimen Pontian itu.
Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein pula mengulangi kenyataan awal Ahmad Zahid bahawa tidak ada yang dapat menghalang mana-mana anggota parlimen Umno menyokong Anwar

Hishammuddin mengatakan kandungan surat itu, jika terbukti benar, tidak mewakili pandangannya sendiri sebagai ahli Umno

"Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya tidak sokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Saya konsisten - no Anwar, no DAP"
Melalui hantaran Story Instagram, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga menyatakan pendiriannya terhadap Anwar

"Sekiranya surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa presiden parti saya tidak bercakap untuk saya.
"Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi PM,"
"Saya harap Ahli Parlimen Umno yang lain akan menjelaskan pendirian mereka.
"Mari kita lihat siapa yang mempunyai nombor (majoriti),"
Ketika pertama kali mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan, Anwar menegaskan dia mempunyai sokongan termasuk dari anggota parlimen Umno

Bagaimanapun, jumlah sebenar ahli parlimen yang menyokong Anwar tidak pernah didedahkan

Selain ahli parlimen Umno, anggota dewan tertinggi parti Razlan Rafii juga mengemukakan bantahan terhadap sebarang "rekonsilasi" dengan PN, kerana dia menegaskan bahawa pendirian Umno, bersama-sama dengan PAS, hanya untuk menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri

Dia juga mengingatkan bahawa anggota dewan tertinggi Umno telah menolak cadangan untuk membentuk PN ketika ia diperdebatkan oleh Bersatu beberapa bulan setelah membentuk kerajaan

"Mereka (pemimpin Bersatu) bekerja keras untuk merealisasikan PN untuk menyelamatkan kepentingan mereka sendiri, mereka menggunakan pengaruh sebagai kerajaan mengheret PAS untuk menyertai PN," katanya.
Razlan juga menyifatkan Bersatu sebagai sebuah parti yang tidak mengotakan janji, dengan memetik PRN Sabah sebagai contoh

"Umno marah kerana berhadapan dengan golongan yang penipu namun dianggap sahabat dalam ikatan politik.
"Atas dasar itu, Umno membuat ketetapan untuk mengkaji semula ikatan politik dengan komponen PN agar Umno tidak lagi diperkotak katik atau terdapat agenda 'tersembunyi' yang bakal merugikan Umno untuk jangka panjang," katanya."Soal sokong Anwar tidak perlu dipertikaikan kerana Umno sudah membuat ketetapan 'no Anwar, no DAP dan no Tun M'.
"Yang menjadi keutamaan sekarang adalah apa tawaran baru dan rekonsilasi dari Muhyiddin kepada Umno jika ingin meneruskan ikatan politik dan meneruskan kerajaan yang sedia ada.
"Akhir kata, Umno juga ada hati, perasaan dan maruah. Tahap kesabaran juga ada hadnya. Biar berkawan ikhlas dan berpolitik bermaruahm" katanya.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkongsi gambar yang diambil semasa pertemuan antara Zahid dan presiden PAS Abdul Hadi Awang

Asyraf berkata, dia menemani Zahid pada pertemuan dua jam di mana kedua-dua pemimpin membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan Umno-PAS

Pemimpin kanan Umno yang lain termasuk anggota dewan tertinggi Tajuddin Abdul Rahman telah mengemukakan pendapat mereka terhadap PN sebelum ini, sementara yang lain lebih banyak memihak kepada gabungan kerajaan Muhyiddin, termasuk Setiausaha Agung BN Annuar Musa, yang meminta agar perbezaan dapat diselesaikan melalui perbincangan

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/10/umno-ibarat-berada-alam-halusinasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Youth Passes Resolution Supporting Ceasefire Rejecting Anwar Dap

Umno Youth Passes Resolution Supporting Ceasefire Rejecting Anwar Dap

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 267 hits
Umno s Youth wing met online last night and adopted resolutions formalising its support for the political ceasefire announced by party president Ahmad Zahid Hamidi They also rejected any cooperation with PKR president Anwar Ibrahim and Paka...
Umno Tidak Akan Bekerjasama Dengan Anwar Dan Dap

Umno Tidak Akan Bekerjasama Dengan Anwar Dan Dap

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR UMNO konsisten dengan keputusan terdahulu tidak membentuk sebarang kerjasama politik dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendirian itu sudah diputuskan dala...
Ku Li Kuda Hitam Ketika Anwar Mencelah Antara Umno Dan Muhyiddin

Ku Li Kuda Hitam Ketika Anwar Mencelah Antara Umno Dan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 351 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dianggap sedang memanfaatkan pertembungan antara Umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak pula dilihat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Menerusi ruangan ko...
Terkini Dap Sokong Anwar Tolak Berada Dalam Kabinet

Terkini Dap Sokong Anwar Tolak Berada Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 985 hits
infonegarakini comKerajaan baru yang bakal dibentuk selepas 13 Oktober ini besar kemungkinan tanpa DAP menyertai Kabinet walaupun menyokong usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu Ini kerana DAP tidak senang untuk bekerjasama de...
Menyokong Anwar Untuk Jatuhkan Muhyiddin Cara Terbaik Untuk Elak Umno Terus Dibuli Bersatu

Menyokong Anwar Untuk Jatuhkan Muhyiddin Cara Terbaik Untuk Elak Umno Terus Dibuli Bersatu

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 323 hits
Perkara paling pedih sehingga merobek ke hulu hati UMNO sekarang ini ialah apabila parti itu dibuli oleh Bersatu dalam PRN Sabah yang baru lalu Rasa pedih hati itu sebenarnya lebih perit daripada perasaan yang ditanggung ketika UMNO hilang ...
Umno Bersatu Bergaduh Mengapa Anwar Dikatakan Game Over

Umno Bersatu Bergaduh Mengapa Anwar Dikatakan Game Over

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 213 hits
Kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi kelmarin yang mengarahkan pimpinan Umno melakukan gencatan senjata politik dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional ketika usaha memerangi wabak Covid 19 ditingkatkan tiada kena mengena denga...
Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 358 hits
Tiada sebarang pertemuan berlaku di antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan Presiden PKR itu yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru Po...
Bersatu Jika Mahu Menang Tajuddin Beritahu Umno Sebelum Anwar Ke Istana

Bersatu Jika Mahu Menang Tajuddin Beritahu Umno Sebelum Anwar Ke Istana

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 229 hits
Ketika Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim merancang bertemu Yang di Pertuan Agong pada Selasa seorang veteran Umno mnyeru partinya merapatkan barisan untuk berdepan pilihan raya umum Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata wala...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization