Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan



(Suara TV) – Tiada sebarang pertemuan berlaku di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan Presiden PKR itu yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru.
Portal Malaysiakini yang memetik sumber berkata, dakwaan kononnya Ahmad Zahid bertemu Anwar membincangkan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN adalah spekluasi liar dan tidak berasas.
Sumber itu sebaliknya menegaskan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kekal berpegang pada pendirian dan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menolak sebarang kerjasama dengan DAP, Anwau dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tiada sebarang pertemuan, (dakwaan bertemu Anwar) itu semua tidak benar. Ia sekadar spekulasi.
“Presiden (Ahmad Zahid) berpegang kepada keputusan MT parti (UMNO) bahawa tiada sebarang kerjasama dengan DAP, Anwar dan (Tun) Dr Mahathir Mohamad,” katanya, dipetik dari laporan tersebut.
Sementara itu, seorang ahli MT UMNO, dipetik dari laporan sama turut mengesahkan tiada sebarang mesyuarat diadakan berkaitan gerakan terbaru Anwar untuk meraih sokongan Ahli Parlimen.
“Tiada sebarang pertemuan ataupun mesyuarat diadakan bagi membincangkan kenyataan yang dibangkitkan Anwar itu.
“Sebelum ini pemimpin UMNO yang nama mereka dikaitkan telah memberi penjelasan, jadi kita tunggu dan lihatlah Selasa ini,” katanya.
Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen UMNO dan BN tampil menafikan penglibatan mereka dengan gerakan Anwar selepas senarai palsu MP yang didakwa menyokong Presiden PKR itu tular di laman sosial.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang namanya turut dimasukkan dalam senarai berkenaan dan kononnya bakal dilantik sebagai menteri dalam kabinet Anwar juga memberi reaksi sinis dan menjadikan senarai tersebut sebagai bahan jenaka dalam tulisan di Facebook beliau.
Semalam, Anwar mengesahkan beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa ini untuk mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.
“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” kata Anwar.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/09/zahid-pegang-pendirian-umno-takkan-bersama-dap-anwar-mahathir-laporan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Analysts See Great Harm On Dap Amanah If Umno Mps Back Anwar

Analysts See Great Harm On Dap Amanah If Umno Mps Back Anwar

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 305 hits
Mohd Izani Mohd Zain and Kamarul Zaman Yusoff PETALING JAYA Amanah and DAP will suffer grievously if PKR president Anwar Ibrahim forms a government with the backing of Umno MPs according to analysts Speaking to FMT Mohd Izani Mohd Zain of U...
Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 429 hits
Robin Augustin Mohd Izani Mohd Zain and Kamarul Zaman Yusoff PETALING JAYA Amanah dan DAP akan terkesan teruk sekiranya Presiden PKR Anwar Ibrahim membentuk kerajaan dengan sokongan ahli Parlimen Umno menurut penganalisis Mohd Izani Mohd Za...
Dr Mahathir Umno Divided Into Three Factions Under Zahid S Leadership

Dr Mahathir Umno Divided Into Three Factions Under Zahid S Leadership

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 325 hits
Umno under its current party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is a divided party that is being pulled in different directions according to Tun Dr Mahathir Mohamad The former Umno president claimed in an interview with news portal Mal...
Dap Amanah Tolak Rancangan Anwar Jika Babitkan Mp Umno Bermasalah

Dap Amanah Tolak Rancangan Anwar Jika Babitkan Mp Umno Bermasalah

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 346 hits
AHMAD LUTFI OTHMAN Mutakhir ini saya hampir terputus dengan sumber Pakatan Harapan disebabkan keuzuran Jadi tanggapan saya terhadap perkembangan politik lebih bergantung kepada imiginasi dan agakan serta sifir politik sendiri juga didorong ...
Dap Tak Akan Sertai Anwar Ahli Parlimen Umno Menjauhkan Diri

Dap Tak Akan Sertai Anwar Ahli Parlimen Umno Menjauhkan Diri

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 286 hits
Pemimpin DAP dikatakan berang dengan tindakan terbaru Presiden PKR Anwar Ibrahim yang ingin merampas kuasa melalui pembelotan ahli Parlimen dilihat sebagai keretakan terbaru dalam Pakatan Harapan sejak kehilangan kuasa awal tahun ini Ini ke...
Umno Belum Bincang Pendirian Terhadap Anwar

Umno Belum Bincang Pendirian Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR UMNO belum berbincang mengenai pendirian parti itu terhadap dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Z...
Guan Eng Dap Tak Akan Kerjasama Dengan Umno Di Bawah Zahid Najib

Guan Eng Dap Tak Akan Kerjasama Dengan Umno Di Bawah Zahid Najib

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 371 hits
malaysiakini comDiterbitkan 25 Sep 2020 10 22 pmSelepas mendapat berita bahawa ramai Ahli Parlimen BN dan Umno menyokong rancangan rampasan kuasa Presiden PKR Anwar Ibrahim DAP menegaskan bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan Umno Berkemp...
Dap Will Work With Umno But Not If Led By Zahid Or Najib

Dap Will Work With Umno But Not If Led By Zahid Or Najib

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 370 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng said the party will not work with Umno as long as it remains under the leadership of current president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and his predecessor former prime minister Datuk Seri Najib Razak While a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash