Terkini Dap Sokong Anwar Tolak Berada Dalam Kabinet


 infonegarakini.com
October 10, 2020 7:15 pm

Kerajaan baru yang bakal dibentuk selepas 13 Oktober ini besar kemungkinan tanpa DAP menyertai Kabinet walaupun menyokong usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Ini kerana DAP tidak senang untuk bekerjasama dengan Umno manakala Umno pula tidak mahu bersama-sama kerajaan yang di dalamnya ada pemimpin DAP.

Inilah rumusan yang boleh diambil dengan apa yang berlaku sekarang menjelang tiga hari Anwar menghadap Yang Dipertuan Agong 13 Oktober ini.

Menurut orang kanan Datuk Seri Najib Razak, pemimpin yang banyak mempengaruhi sikap Umno sekarang, Umno memang sah tidak boleh lagi bekerjasama dengan Bersatu.

“Akar umbi Umno juga tidak boleh bersama dengan DAP,” kata Datuk Lokman Noor Adam dalam siri facebook live beliau.

Namun, katanya, Anwar boleh meredakan keadaan jika DAP tidak berada dalam Kabinet yang akan dibentuk Anwar nanti.

“Anwar kata dia ada 122 kerusi. Jika dia dapat tarik 19 MP Umno, dia kena mengekalkan 42 DAP dalam kerajaan tersebut.

“Kalau dia nak redakan keadaan, dia boleh minta DAP tidak berada dalam kerajaan. Itu akan kemungkinan besar meredakan keadaan,” kata Lokman, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan ketika Najib adalah menterinya.

Kabinet itu nanti, kata Lokman, mungkin ada orang PKR, ada orang Umno, AMANAH tetapi tidak ada orang DAP.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar bakal angkat sumpah 18 Oktober 2020, tunggu perkenan YDPA

Sebelum ini, Setiausaha Agong DAP, LIm Guan Eng berkata, DAP sukar untuk bekerjasama dengan Najib atau presiden Umno sekarang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita lawan Umno, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) kerana kita tak boleh terima dasar memecahbelahkan rakyat.

“Saya tegaskan di sini bahawa DAP tidak akan kerjasama dengan Umno di bawah pimpinan Zahid dan juga Najib,” katanya ketika berucap dalam ceramahnya di Kota Kinabalu, dua hari selepas Anwar mengumumkan mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.

Isu bekerjasama dengan Umno menjadi isu pokok dalam pembentukan kerajaan baru yang diumumkan Anwar itu.

DAP dan AMANAH dalam kenyataan mereka sebaik sahaja Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan itu berkata, mereka akan akan menyokong Anwar.

Namun selepas itu berbangkit, dari manakah sokongan ‘yang kuat’ yang diumumkan Anwar itu.

Presiden Umno, Ahmad Zahid mengumumkan Umno tidak akan menghalang mana-mana ahli parlimen Umno yang mahu menyokong usaha Anwar itu.

Penyokong Anwar pula berkata, kerjasama yang dibuat Anwar adalah dengan individu MP Umno tidak termasuk Najib dan Zahid.

Berita Penuh : MalaysiaDateline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/terkini-dap-sokong-anwar-tolak-berada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Amanah Tolak Rancangan Anwar Jika Babitkan Mp Umno Bermasalah

Dap Amanah Tolak Rancangan Anwar Jika Babitkan Mp Umno Bermasalah

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 366 hits
AHMAD LUTFI OTHMAN Mutakhir ini saya hampir terputus dengan sumber Pakatan Harapan disebabkan keuzuran Jadi tanggapan saya terhadap perkembangan politik lebih bergantung kepada imiginasi dan agakan serta sifir politik sendiri juga didorong ...
Terkini Umno Sokong Anwar

Terkini Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 595 hits
SHAH ALAM 1 OKT UMNO akan menentukan hala tuju parti tersebut menerusi perbincangan dalam Biro Politik UMNO dan akan dibawa kepada Majlis Tertinggi parti Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...
Kerajaan Baru Anwar Tanpa Pemimpin Dap Dalam Kabinet

Kerajaan Baru Anwar Tanpa Pemimpin Dap Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 433 hits
BORHAN AHMADKerajaan baru yang bakal dibentuk selepas 13 Oktober ini besar kemungkinan tanpa DAP menyertai Kabinet walaupun menyokong usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu Ini kerana DAP tidak senang untuk bekerjasama dengan U...
Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 448 hits
Robin Augustin Mohd Izani Mohd Zain and Kamarul Zaman Yusoff PETALING JAYA Amanah dan DAP akan terkesan teruk sekiranya Presiden PKR Anwar Ibrahim membentuk kerajaan dengan sokongan ahli Parlimen Umno menurut penganalisis Mohd Izani Mohd Za...
Tiada Dap Dalam Kabinet Cadangan Anwar

Tiada Dap Dalam Kabinet Cadangan Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 580 hits
KUALA LUMPUR Menjelang dua hari sahaja lagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadap Yang di Pertuan Agong Namun sudah tersebar di media sosial cadangan barisan Kabinet Perpaduan Ummah dikatakan bakal dipersembahkan Preside...
Dua Ahli Parlimen Umno Sabah Tolak Senarai Palsu Sokong Anwar

Dua Ahli Parlimen Umno Sabah Tolak Senarai Palsu Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 467 hits
KOTA KINABALU 4 Okt Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dia antara Ahli Parlimen dari Sabah menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim Penafian itu dibuat selepas ...
Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 437 hits
malaysianow comOct 10 2020 8 05 AM Penganalisis mengatakan Amanah hanya akan mengikut keputusan bakal diambil DAP Semua senario berkata Anwar mungkin tidak menjadi Perdana MenteriParti terbesar Pakatan Harapan DAP akan kehilangan sokongan p...
Tolak Anwar Tolak Dap Hishammuddin Pula Bersuara

Tolak Anwar Tolak Dap Hishammuddin Pula Bersuara

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin pemimpin UMNO nampaknya mula bersuara selepas tular sepucuk surat kononnya Presiden parti Melayu itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baharu Terbaharu Ahli Parlimen Sembrong Datuk S...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine