Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb



“Dia sebut ‘No Anwar, No DAP’ dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan. Yang sebenarnya dia hanya mahu ‘No Bersatu’,” kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow. (Malaysia Now) – MalaysiaNow difahamkan Umno kini sedang berada di ambang perpecahan besar sejak beberapa pimpinannya dipecat daripada parti itu pada 2016, membelakangi keputusan sebulat suara perwakilan dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.
Sebuah gerakan melibatkan pimpinan kanan parti itu sedang diusahakan bagi menggulingkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden dengan memastikan pemilihan parti tidak ditangguhkan.
“Mereka percaya Zahid akan jadi macam Najib dalam pilihan raya umum akan datang,” kata sumber kepada MalaysiaNow merujuk kejatuhan bekas perdana menteri Najib Razak ketika pilihan raya umum 2018.
“Jalur yang memisahkan antara Zahid dan mereka yang mahu Umno cari sekutu-sekutu baru, adalah mereka yang terima naratif bahawa zaman sudah berubah dan parti dah tak boleh jadi macam dulu,” katanya.
Menurut sumber itu, Zahid hanya mendapat sokongan daripada dua individu dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.
“Mereka adalah Tajuddin Abdul Rahman dan Puad Zarkashi,” katanya.
Sumber menambah, ini dapat dilihat dalam kebanyakan mesyuarat MKT, hanya dua pemimpin ini secara jelas menyokong rancangan Zahid untuk memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).
Kumpulan yang mahu menyingkirkan Zahid mengatakan Umno tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama dengan PN yang diketuai Muhyiddin Yassin, bekas timbalan presiden Umno yang dipecat kerana mengkritik penglibatan kerajaan dalam skandal 1MDB.
Perwakilan-perwakilan yang berucap dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini juga bergilir-gilir menghalakan serangan terhadap Muhyiddin dan Bersatu selain menyatakan sokongan terhadap Zahid yang mahu memutuskan hubungan dengan parti itu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Sumber turut menambah perkataan seperi “selamatkan Umno” sering timbul dalam pertemuan-pertemuan tidak formal dalam kalangan pimpinan parti.
“Cara dia ‘conduct’ pun dia suruh semua orang berdiri baru putuskan keputusan untuk semua setuju menteri dalam Kabinet letak jawatan, jadi semua orang tak tau nak setuju atau tidak,” kata sumber merujuk ucapan penggulungan ringkas Zahid selama 10 minit di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
“Dia minta semua orang dalam dewan untuk bangun jika menyokong cadangannya. Ia menyebabkan kekeliruan ketika seluruh negara sedang memerhatikan mereka,” kata sumber yang menolak dakwaan Zahid dan Umno menteri daripada parti itu diberikan jawatan tidak penting dalam Kabinet.
Menurut sumber lagi, ramai pemimpin yang menolak dakwaan Zahid bahawa beliau masih memegang prinsip “No Awar, No DAP” ketika melakukan usaha kerjasama.
“Dia sebut ‘No Anwar, No DAP’ dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan. Yang sebenarnya dia hanya mahu ‘No Bersatu’,” kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow.
Zahid dan Najib yang mengetuai BN ketika gabungan itu kalah pada 2018 menjadi pengkritik lantang Muhyiddin dan kerajaan PN.
Muhyiddin dipecat dari Umno dan menubuhkan Bersatu. Parti baru itu kemudian bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), gabungan politik yang kemudiannya berjaya menamatkan enam dekad pentadbiran Umno.
Selain itu, kedua-dua pemimpin Umno itu turut menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam usahanya mengambil alih Putrajaya dari Muhyiddin.
Sejak itu, beberapa pimpinan Umno yang diketuai mereka berdua dilihat semakin rapat dengan PKR.
Bulan lalu, Anwar dan Zahid turut mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa mengesahkan lagi hubungan antara kedua-dua pemimpin parti itu.
Sementara itu, beberapa pimpinan Umno secara terbuka menggesa pemilihan parti diadakan kerana menurut mereka kepimpinan ketika ini tidak mampu berdepan pilihan raya.
Gesaan itu disuarakan oleh pimpinan Umno termasuk Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican dan Annuar Musa.
Baru-baru ini Khairy turut dilihat menyindir keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga selesai PRU.
Hal ini kerana menurutnya keputusan serupa pada 2018 juga tidak memberi manfaat kepada parti.
“Pada 2018 kita tangguhkan pemilihan parti selepas PRU, lingkup juga.” katanya.
Gerakan untuk menjatuhkan presiden Umno itu masih belum dapat dijangka sama ada ia akan betul-betul berjaya atau tidak.
Namun sejarah parti itu kebelakangan ini, usaha sedemikian sering bertemu kegagalan.
Ketika kemuncak skandal 1MDB pada 2015, ramai ketua bahagian Umno yang mengkritik isu itu dipecat daripada parti.
Pada 2016, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir pula dipecat kerana mengkritik pimpinan parti.
Anwar sendiri dipecat dari Umno pada 1998 kerana dilihat menentang bosnya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/05/umno-di-ambang-perpecahan-besar-sejak-skandal-1mdb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Heading For Biggest Split Since 1mdb Scandal

Umno Heading For Biggest Split Since 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 189 hits
Umno is heading for its most serious split since the ejection of key leaders from the party in 2016 belying the show of unity by delegates at the party s recent general assembly MalaysiaNow can reveal A movement involving senior leaders is ...
Umno Tak Akan Bersama Pkr Tanpa Tawaran Besar

Umno Tak Akan Bersama Pkr Tanpa Tawaran Besar

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 234 hits
Zikri KamarulzamanDalam perhimpunan agungnya hujung minggu ini Umno dijangka akan secara rasmi memutuskan hubungan dengan Bersatu bagi PRU akan datang Pada masa sama Presiden PKR Anwar Ibrahim juga berbincang secara tidak rasmi dengan Umno ...
Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1mdb

Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 290 hits
Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Umno parti politik paling banyak menerima wang perolehan menerusi akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak Timbalan Pendakwa Raya Faten...
Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 283 hits
Ramalan perpecahan undi Melayu susulan krisis hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan membuka ruang kepada Pakatan Harapan untuk kembali berkuasa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perpecahan itu sememangnya dinantikan ...
Sejak Pau 2020 Sehingga Ke Hari Ini Satu Persatu Rakan Komponen Bn Mn Membuat Kenyataan Menyanggahi Umno

Sejak Pau 2020 Sehingga Ke Hari Ini Satu Persatu Rakan Komponen Bn Mn Membuat Kenyataan Menyanggahi Umno

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 299 hits
Sejak PAU 2020 minggu sudah hingga ke hari ini satu persatu rakan komponen dan rakan Muafakat membuat kenyataan yang tak menyebelahi parti UMNO GPS bekas rakan komponen BN di Sarawak secara terbuka melalui Pengerusi nya Abang Johari menyata...
Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 350 hits
SIAPA LAGI GANDINGAN YANG DILIHAT PALING BAIK MENERAJUI UMNO DAN MALAYSIA JIKA BUKAN ZAHID MAT HASAN NAJIB KU LI Kapal dianggap diambang pecah jika kem Presiden bertembung dgn kem timbalan Presiden Faktanya masa madey lawan ku li 1988 hj ha...
Pemilihan Umno Sebelum Pru Bawa Risiko Perpecahan

Pemilihan Umno Sebelum Pru Bawa Risiko Perpecahan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 149 hits
Pimpinan akar umbi Umno berbeza pandangan mengenai desakan agar parti itu mengadakan pemilihan sebelum pilihan raya umum ke 15 Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan berkata sebahagian mereka percaya parti itu ...
Deja Vu Umno Menuju Perpecahan Sekali Lagi

Deja Vu Umno Menuju Perpecahan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 224 hits
PETALING JAYA Umno mungkin melihat sejarah 34 tahun lepas berulang semula susulan kumpulan yang menyokong Tengku Razaleigh Hamzah memutuskan keluar parti kerana percakarannya dengan presiden parti ketika itu Dr Mahathir Mohamad Pada 1987 Ma...
Ketua Pemuda Pas Yang Berjiwa Besar Cool Walaupun Dihentam Dalam Majlis Umno

Ketua Pemuda Pas Yang Berjiwa Besar Cool Walaupun Dihentam Dalam Majlis Umno

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 429 hits
Saya belum berkesempatan menonton ucapan dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hari ini tetapi jika benarlah ia menghentam seolah mahukan hubungan muafakat diruntuh segera seperti yang dinukilkan oleh sahabat saya Zurk Ahmad selaku Timbalan K...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord