Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1mdb



Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB | Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Umno parti politik paling banyak menerima wang perolehan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin dalam hujahannya berkata jumlah keseluruhan yang diterima sama ada di peringkat Umno pusat, Umno negeri mahupun Umno bahagian adalah sebanyak RM514,848,878.29.

“Hasil analisis jejakan kewangan menggunakan kaedah ‘First In, First Out’ (FIFO) oleh pegawai penyiasat antipengubahan wang haram Foo Wei Min mendapati Umno parti politik yang paling banyak menerima wang perolehan 1MDB yang diselewengkan menerusi akaun AmBank 9694 milik Najib

“Sebanyak 26 parti politik telah menerima wang perolehan haram daripada 1MDB daripada Najib menerusi cek akaun AmBank bernombor 9694 berjumlah RM546,293,378.29,” katanya pada pendengaran permohonan bagi melucutkan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama dan wang tunai, jam tangan serta 27 kereta yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor serta 16 pihak lain.
Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDBFaten Hadni berkata tiada penjelasan logik berhubung aliran dana berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib.
“Wang berjumlah RM2,973,896,219.96 yang berpunca daripada 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun Najib tanpa sebarang justifikasi dari sudut komersial atau perniagaan. Hasil siasatan pegawai penyiasat 1MDB D Rajagopal dan Foo menunjukkan jejak aliran daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib melalui tiga peringkat.
“Najib telah menerima wang yang diseleweng daripada 1MDB melalui tiga peringkat iaitu melalui Good Star Limited sebanyak USD120 juta (RM369,029,514) bermula 24 Feb 2011 sehingga 15 Ogos 2012 menerusi lima transaksi.
“Seterusnya daripada syarikat Aabar sebanyak USD170 juta (RM523,389,779.96) bermula 30 Dis 2011 sehingga 19 Nov 2012 menerusi enam transaksi. Peringkat terakhirnya adalah menerusi Tanore sebanyak USD681 juta (RM2,081,476,926) dengan dua transaksi bertarikh 21 Mac 2013 dan 25 Mac pada tahun yang sama,” katanya.
Faten Hadni berkata analisis dan jejakan kewangan menggunakan kaedah FIFO ke atas penyata akaun bernombor 9694 milik Najib mendapati RM2,034,350,000 telah dipulangkan semula ke akaun Tanore.
“Tidak ada penjelasan logik mengapa akaun ini menerima sejumlah besar wang itu. Responden (Najib) mengatakan bahawa ia adalah dana daripada Raja Arab Saudi. Itu saja yang kami dapat menemukan dalam kenyataannya. Tiada penjelasan lanjut untuk menjelaskan bagaimana aliran wang ini bukan merupakan sebahagian daripada pengubahan wang haram.
“Yang Arif, tidak ada penjelasan diberikan mengapa derma yang dikatakan itu dikembalikan kepada Tanore,” katanya.
Beliau menambah selain untuk kegunaan sendiri, Najib telah memindah dan menyalurkan sebahagian dana itu kepada empat kategori iaitu pertama ke dalam akaun peribadinya dengan nombor berakhir 1880, entiti perniagaan, parti-parti politik dan individu-individu.
Faten Hadni berkata terdapat pemindahan wang daripada akaun AmBank 9694 ke dalam akaun AmBank bernombor 1880 dan siasatan menunjukkan wujudnya penggunaan Akaun AmBank 1880 untuk proses perlapisan dana perolehan haram 1MDB sebelum wang disalur kepada dua akaun bank lain yang juga dimiliki Najib.
“Akaun 9694 telah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan baki dalam akaun sebanyak RM161,411,646.34 telah dipindahkan ke dalam akaunnya (1880) yang baru dibuka pada hari yang sama.
“Tiada transaksi penggunaan daripada akaun 1880 ini sebaliknya ia digunakan sebagai akaun perlapisan untuk memindahkan baki wang 1MDB bernilai RM161,411,646.34 tersebut kepada dua akaun AmIslamic Bank bernombor akhir 1906 dan 1898 milik Najib.
Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB“Kaedah FIFO yang digunakan ke atas siasatan jejakan kewangan bagi kedua-dua akaun AmIslamic ini mendapati berlaku penggunaan dana haram 1MDB dengan corak yang sama seperti akaun AmBank 9694 di mana wang telah disalurkan kepada parti politik, individu dan entiti perniagaan,” katanya.
Dalam notis usul lucut hak itu, Pendakwa Raya menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho), Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, USD100, Hryvnies (Ukraine) 376, 20 Euro, France 50, 10 Rand Afrika Selatan, SGD40, Riyal 531, Peso Filipina 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baharu) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.
Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat jam tangan pelbagai jenama, empat beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.
Sebanyak 27 kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDBProsiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung pada 1 dan 23 April serta 18 Jun untuk hujahan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib. - fmt








BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/03/pendakwaan-maklum-umno-paling-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Paling Banyak Dapat Duit 1mdb Melalui Najib Pendakwaan

Umno Paling Banyak Dapat Duit 1mdb Melalui Najib Pendakwaan

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comDiterbitkan 26 Mar 2021 10 56 pmMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Umno merupakan parti politik yang paling banyak menerima wang perolehan 1Malaysia Development Berhad menerusi akaun peribadi bekas perdana menteri Da...
April Fool Paling Hebat Tahun Ini Ucapan Pemimpin Umno Dalam Pau

April Fool Paling Hebat Tahun Ini Ucapan Pemimpin Umno Dalam Pau

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 299 hits
perakinsights com Berapi berucap Bergegar pentas PWTC Siap tanya perwakilan Kalau boleh nak letak jawatan hari ini jugak Kalau selepas perhimpunan Agong UMNO sorang dua Menteri letak jawatan Ok jugak lah Sorang menteri pun takda hatta Timba...
Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Seorang lelaki berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan melupuskan memindahkan dan menerima wang yang merupakan hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM8 juta Datuk Ahmad...
Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 269 hits
Peguam Hariharan Tara Singh yang mewakili Umno berhujah wang yang disita itu adalah sumbangan politik milik Umno dan Najib Razak telah mencari sumber serta menguruskan dana parti tersebut Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu ...
Gagal Patuhi Penjarakan Fizikal Paling Banyak Dikompaun Semalam Kata Ismail Sabri

Gagal Patuhi Penjarakan Fizikal Paling Banyak Dikompaun Semalam Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 225 hits
Gagal patuhi penjarakan fizikal paling banyak dikompaun semalam kata Ismail Sabri nbsp Dikemas kini 8 minit yang lalu Diter
Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya milik parti berkenaan di seluruh negara Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nasional meng...
Ketua Umno Pasir Puteh Paling Jantan Letak Jawatan Glc

Ketua Umno Pasir Puteh Paling Jantan Letak Jawatan Glc

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 338 hits
MALAYSIA DATELINEKetua Umno Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman menjadi pemimpin Umno pertama yang meletakkan jawatan dari syarikat milik kerajaan Perikatan Nasional selepas partinya membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu...
Umno Sudah Pasti Tolak Pbbm Mungkin Terima Keadilan

Umno Sudah Pasti Tolak Pbbm Mungkin Terima Keadilan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 171 hits
JELANG PAU Anwar dan Zahid walaupun jasad jarang berjumpa tetapi batin mereka melekat PERSIDANGAN Agung Umno bermula lusa adalah moment penting bagi menentukan masa depan parti itu untuk menghadapi Piraum ke 15 Lantaran itu para perwakilan ...
Umno Bersatu Tak Banyak Beza Sembang Kari Nato

Umno Bersatu Tak Banyak Beza Sembang Kari Nato

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 301 hits
JOHOR BAHRU Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor mengingatkan bahawa kerajaan Johor boleh tumbang pada bila bila masa jika mana mana dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang membentuk kerajaan negeri kecewa dengan pendirian UMNO Johor Masing cak...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Unlocking Insights Leveraging The Indonesia Brand Database For Brand Research

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Huggies Malaysia Meraikan Ibu Dan Memperkenalkan Lampin Bayi Baharu Mereka Dengan Fun Run

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas

Doa Rasulullah Setiap Pagi

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi Back In Action Lakonan Jamie Foxx Cameron Diaz

36 Hours On Minorca