Pemilihan Umno Sebelum Pru Bawa Risiko Perpecahan


 

Pimpinan akar umbi Umno berbeza pandangan mengenai desakan agar parti itu mengadakan pemilihan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Wan Agyl Wan Hassan berkata, sebahagian mereka percaya parti itu akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan sebelum PRU.
“Secara peribadi saya tidak menolak pendapat yang memohon pemilihan diadakan sebelum pilihan raya kerana ada sebilangan akar umbi yang tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15.
“Namun demikian, saya juga tidak menolak pendapat mereka yang mahukan pemilihan ditangguhkan selepas PRU15.
“Bagi mereka, kita sedang mempersiapkan jentera pilihan raya dan pemilihan parti akan pasti merencatkan persediaan Umno. Selain itu, ia bakal membawa kepada risiko perpecahan dalaman parti terutamanya yang gagal mempertahankan jawatan,”
Wan Agyl diminta mengulas sejauh mana akar umbi mahu pemilihan parti diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan isu-isu dalaman parti.
Mengulas lanjut, Wan Agyl berkata sudah pasti risiko perpecahan kepada Umno hanya akan memberi manfaat kepada parti lawan.
“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang telah diberi mandat oleh akar umbi dan perwakilan perlulah memahami dan mengenal pasti isu utama yang membawa kepada keberantakan dalaman parti dan membuat keputusan demi kebaikan parti biarpun ia merupakan satu keputusan yang sukar dan radikal.
“Yang penting sekali, MKT mestilah tidak dipengaruhi mana-mana pihak yang membawa agenda peribadi di dalam membuat keputusan demi kelangsungan perjuangan Umno,”
‘Umno dalam dilema’
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros ketika dihubungi berkata Umno kini berada dalam dilema untuk mengadakan pemilihan.
Katanya, langkah mengadakan pemilihan sebelum PRU akan mengundang risiko kerana parti akan dikemudi kepimpinan baru.
“Jika ini berlaku, Umno akan berdepan dengan beberapa risiko termasuklah risiko pimpinan kluster menteri ramai yang akan kalah. Selain risiko pimpinan yang kalah di banyak peringkat akan ‘dipinang’ dan ‘disunting’ oleh Bersatu. Situasi yang akhirnya akan melemahkan Umno,”katanya.
Bagaimanapun, katanya sekiranya pemilihan parti diadakan selepas PRU, Umno tetap berisiko.
“Pemilihan boleh diadakan selepas pilihan raya, namun presiden mesti bukan calon perdana menteri. Menuntut presiden untuk berjiwa besar dan meletakkan kepentingan parti lebih dari segala-galanya.
“Kalau tak, belum masuk bertanding PRU lagi, kami dah tahu kami akan kalah kalau presiden sedia ada adalah merupakan tawaran/calon perdana menteri dari Umno-BN.
“Umno kena melepasi ‘tembok halangan’ ini dahulu sebelum mampu merangka strategi dan taktikal yang lebih besar untuk berdepan pilihan raya,” katanya
Sebelum ini, beberapa tokoh di dalam Umno, seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shahidan Kassim dan Annuar Musa membuat gesaan agar pemilihan Umno tidak ditangguhkan, sebaliknya dijalankan mengikut jadual asal, iaitu pada Jun tahun ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Reezal Merican Naina Merican berkata pemilihan parti perlu diadakan secepat mungkin kerana ia adalah satu-satunya jalan keluar yang demokratik.
Selain itu terdapat gesaan lebih keras agar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan presiden.
Kalau anda terlepas…
Bekas presiden Umno, Najib Razak pula berpendapat pemilihan sebelum PRU-15 boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain.
Pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun sekali mengikut perlembagaan parti itu.
Kali terakhir Umno mengadakan pemilihan adalah pada 30 Jun 2018, apabila Zahid mendapat kemenangan selesa menewaskan Khairy dan Tengku Razaleigh Hamzah bagi jawatan presiden Umno.
Sebelum ini pengerusi jawatankuasa pemilihan Umno, Mohamad Hasan berkata pemilihan parti itu hanya akan diadakan sekiranya tidak ada PRU diadakan tahun ini.
The post Pemilihan Umno sebelum PRU bawa risiko perpecahan’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/09/pemilihan-umno-sebelum-pru-bawa-risiko-perpecahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pilihan Muhyiddin Adakan Pru 15 Sebelum Pemilihan Umno Atau Selepas Pilihan Umno

Apa Pilihan Muhyiddin Adakan Pru 15 Sebelum Pemilihan Umno Atau Selepas Pilihan Umno

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 214 hits
Belum sempat Persidangan Agung UMNO 2020 melabuhkan tirai Muhyiddin sudah ibarat cacing kepanasan Sebaik sahaja ketiga tiga sayap UMNO Wanita Pemuda dan Puteri menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mahu hubungan antara UMNO d...
2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 301 hits
DAHULU kedua duanya sama sama dilihat lepak mamak Namun selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 14 hampir tiga tahun lalu senarionya sudah berbeza Biarpun masih dalam satu parti namun Khairy Jamaluddin tidak lagi teraga...
Segera Adakan Pemilihan Umno Tahun Ini Sebelum Umno Makin Parah Kj

Segera Adakan Pemilihan Umno Tahun Ini Sebelum Umno Makin Parah Kj

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 387 hits
Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno iaitu dengan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar Katanya pemilihan Umno perlu dilaksanakan mengikut jadual sebelum P...
Pemilihan Umno Perlulah Disegerakan Serta Diadakan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15

Pemilihan Umno Perlulah Disegerakan Serta Diadakan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA Pemilihan UMNO perlu disegerakan dan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 selaras ikrar supaya tiada penangguhan bagi pemilihan berikutnya yang disebut berulang kali dalam pemilihan 2018 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk ...
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 239 hits
227 total views 196 views today KUALA LUMPUR 30 Mac Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 boleh membawa keretakan dan memecah belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah dicuri oleh parti lain kata Ketua Bahagian UMNO Pekan ...
Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 210 hits
Dia sebut No Anwar No DAP dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan Yang sebenarnya dia hanya mahu No Bersatu kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow MalaysiaNow difahamkan Umno kini sedang berada di amban...
Siapa Pm Yang Akan Diketengahkan Oleh Umno Bn Untuk Pru 15

Siapa Pm Yang Akan Diketengahkan Oleh Umno Bn Untuk Pru 15

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 223 hits
Salah satu masalah yang perlu diselesaikan jika BN ingin bertarung bersendirian pada pilihan raya umum akan datang adalah siapa yang akan menjadi calon perdana menteri kata Presiden MIC SA Vigneswaran Jika kamu akan berperang kamu memerluka...
Deja Vu Umno Menuju Perpecahan Sekali Lagi

Deja Vu Umno Menuju Perpecahan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 217 hits
PETALING JAYA Umno mungkin melihat sejarah 34 tahun lepas berulang semula susulan kumpulan yang menyokong Tengku Razaleigh Hamzah memutuskan keluar parti kerana percakarannya dengan presiden parti ketika itu Dr Mahathir Mohamad Pada 1987 Ma...
Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 278 hits
Ramalan perpecahan undi Melayu susulan krisis hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan membuka ruang kepada Pakatan Harapan untuk kembali berkuasa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perpecahan itu sememangnya dinantikan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias