Deja Vu Umno Menuju Perpecahan Sekali Lagi




PETALING JAYA: Umno mungkin melihat sejarah 34 tahun lepas berulang semula susulan kumpulan yang menyokong Tengku Razaleigh Hamzah memutuskan keluar parti kerana percakarannya dengan presiden parti ketika itu Dr Mahathir Mohamad.
Pada 1987, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi yang menyaksikan pengangguran mencecah 7.5%. Hari ini negara kembali bergelut dengan penyusutan ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi di tengah-tengah krisis kesihatan.
Pada masa sama Umno dilihat kembali seperti sebelum ini, dengan krisis politik dalaman berkait budaya tikam-menikam memuncak tinggi.
Tidak lama selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih Putrajaya dengan bantuan Barisan Nasional (BN) pada Feb 2020, beberapa orang pemimpin Umno mula mengadu bahawa gabungan yang dipimpin PPBM itu mengetepikan parti mereka dalam kerajaan.
Ini mengakibatkan berlakunya perpecahan dalam Umno. Beberapa Ahli Parlimennya yang memegang jawatan menteri dalam kerajaan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, tetapi ada yang tidak berpuas hati dengan Muhyiddin, dengan ramai dalam kalangan anggota partinya terdiri daripada pemimpin Umno yang melompat.
Beberapa penganalisis menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan “lompat parti” ke PPBM susulan kenyataan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi yang mahu memutuskan hubungan dengan PN sekiranya pilihan raya tidak diadakan segera.
Awang Azman Awang PawiAhli parti yang memegang jawatan menteri juga diarahkan untuk bersiap sedia meninggalkan jawatan.
Penganalisis sosio-politik Awang Azman Pawi berkata perpecahan Umno pada 1987 jelas menunjukkan kemenangan presiden kerana memegang kuasa ke atas jentera parti dan hieraki.
“Sekarang keadaannya sama,” katanya.
“Presiden mengawal struktur parti dan jentera parti. Beliau memiliki kelebihan dan masih boleh menandatangani watikah calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Sekiranya pemilihan parti diadakan, kemungkinan besar presiden akan tetap menang kerana beliau mempunyai kuasa.”
Bagaimanapun Awang Azman berkata Zahid berdepan cabaran besar dari padapemimpin Umno dalam “kluster Kabinet”, merujuk kepada menteri Umno yang menyokong Muhyiddin bagi mengekalkan kedudukan mereka.
Sebahagian ahli parti berpandangan Zahid sepatutnya melepaskan jawatannya sebagai pemimpin berikutan kes pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram yang sedang dibicarakan di mahkamah.
“Bagi kluster Kabinet, satu-satunya kekuatan mereka terletak pada sokongan kerajaan. Tetapi mereka masih perlukan sokongan presiden parti untuk bertanding dalam pilihan raya,” kata beliau.
Katanya, mereka perlu merancang langkah seterusnya apabila Umno memutuskan untuk keluar kerajaan, mungkin pada Ogos.
Ada yang mahu pemilihan parti diadakan segera dengan harapan Zahid kalah dan orang yang lebih layak akan mengambil alih jawatan supaya mereka tidak perlu melepaskan jawatan mereka.
Ada juga yang mungkin menimbangkan untuk bertukar parti sekiranya mereka terpaksa berhenti sebagai menteri.
Sivamurugan PandianSituasi itu mungkin berbeza sekiranya pemilihan presiden diadakan selepas pilihan raya umum (PRU) kerana mereka yang kalah dalam pemilihan tidak mungkin akan keluar parti.
Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, Umno secara jelas sudah berpuak-puak dan parti itu kini berada dalam krisis.
Beliau menyebut, Zahid sebelum ini berkata bahawa Ahli Parlimen yang tidak setia kepada Umno perlu meninggalkan parti itu untuk membolehkan ia menyusun rancangan untuk PRU.
Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, krisis dalaman Umno masih boleh diatasi, selain menambah bahawa menteri terbabit akan meninggalkan jawatan mereka pada waktu yang sesuai, misalnya apabila Parlimen dibubarkan.
Mohd Azizuddin Mohd SaniBagaimanapun, sehingga kini masih belum diketahui apakah pilihan raya akan diadakan tahun ini.
Terdahulu, Muhyiddin berkata PRU hanya akan diadakan selepas situasi Covid-19 bertambah baik.
Tiga hari lepas, bekas perdana menteri Najib Razak berkata, sekiranya pemilihan parti Umno diadakan awal, ia mungkin akan memecah belahkan dan melemahkan parti.
Tambah beliau, mereka yang kalah mungkin ditarik oleh musuh parti.
Idea pemilihan parti dicetuskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, yang berkata ia yang sepatutnya diadakan tahun ini dan perlu disegerakan supaya konflik dalaman parti dapat diselesaikan sebelum PRU.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/deja-vu-umno-menuju-perpecahan-sekali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Menuju Kehancuran

Umno Menuju Kehancuran

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 284 hits
AHLI UMNO SEDANG TEROPONG PARTI SENDIRIHADI DIMINTA TUNJUKKAN SURAT SIAPA BENAR DAN SIAPA TIPU DALAM PERKARA MN SELEPAS PAU UMNO BERGASAK DENGAN UMNOSHAHIDAN KASSIM DAKWA TAJUDDIN BUAT RANCANGAN JATUHKAN ZAHID TAHUN LEPASASAL USUL JIN DARIP...
Rundingan Pkr Umno Untuk Rampas Kerusi Bersatu Menuju Ke Putrajaya

Rundingan Pkr Umno Untuk Rampas Kerusi Bersatu Menuju Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 230 hits
puteradaily comTidak banyak yang diketahui mengenai rundingan tidak rasmi yang berlangsung di antara PKR dengan Umno setakat ini Malah beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno yang dihubungi Malaysiakini tidak mengetahui apa apa mengenai rund...
With Bickering At All Time High Is It Deja Vu For Umno

With Bickering At All Time High Is It Deja Vu For Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 253 hits
Umno may be seeing history repeating itself 32 years after Tengku Razaleigh Hamzah led a faction out of the party following his fallout with party president Dr Mahathir Mohamad In 1987 Malaysia was experiencing an economic recession that sa...
Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 215 hits
Dia sebut No Anwar No DAP dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan Yang sebenarnya dia hanya mahu No Bersatu kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow MalaysiaNow difahamkan Umno kini sedang berada di amban...
Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 283 hits
Ramalan perpecahan undi Melayu susulan krisis hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan membuka ruang kepada Pakatan Harapan untuk kembali berkuasa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perpecahan itu sememangnya dinantikan ...
Umno Jika Mahu Selamat

Umno Jika Mahu Selamat

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 264 hits
ORANG POLITIK MEMANG PANDAI BERCAKAP TAK PERLU BUAT ANDAIAN YANG BUAT ANDAIAN ITU HAPRAK NAMANYA BODOH YANG TIDAK SEBARANG TANGGONGUMNO JANGAN BERKAWAN DENGAN SYAITAN WALAUPUN SYAITAN ITU ADA BERKELIARAN DI DALAN SETIAP BATANG TUBUH AHLI UM...
Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 298 hits
MUAMMAR QADDAFIHari ini perwakilan UMNO seluruh negara akan bersidang sempena Perhimpunan agung UMNO 2020 Setiap tahun PAU akan menjadi tumpuan hatta ketika tumbangnya UMNO pada 2018 liputan PAU tetap dibuat media arus perdana melebihi part...
Umno Pkr Why Not As Long As It S Not The Devil

Umno Pkr Why Not As Long As It S Not The Devil

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 344 hits
Updated An advisor to the Umno president hints at an Umno PKR collaboration happening AFTER not before GE15 Read Original postKL 27 March Annuar Musa sure knows how to put his own party president Ahmad Zahid Hamidi in a spot And the seasone...
Asyraf Walau Terluka Umno Pasrah Pas Pilih Bermadu

Asyraf Walau Terluka Umno Pasrah Pas Pilih Bermadu

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 216 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengakui parti itu terkilan apabila PAS terus mahu bekerjasama dengan Bersatu di saat telah pun memeterai Muafakat Nasional hampir dua tahun lalu Mengibaratkannya seperti bermadu Asyraf berkata Umno sen...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone