Shahril Pertahan Umno Berhak Dapat Jawatan Tpm


Penegasan ketua penerangan Umno itu dibuat meskipun Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pemimpin parti supaya jangan mendesak PM.
Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan mempertahankan pemimpin partinya berhak mendapat jawatan timbalan perdana menteri.
Ini meskipun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pemimpin dan anggota parti itu tidak mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada Umno.
Kenyataan Zahid muncul beberapa jam selepas Mingguan Malaysia menerbitkan wawancara dengan naib presiden Umno, Ismail Sabri yang mengatakan pihaknya akan membangkitkan isu jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin selepas perbahasan Belanjawan 2021.
Zahid tidak mungkin dilantik sebagai timbalan perdana menteri sekiranya jawatan itu diadakan semula.
Pada masa ini, pemimpin Umno paling kanan dalam kerajaan Perikatan Nasional ialah Ismail Sabri, yang memegang jawatan menteri kanan dan menteri pertahanan.
Antara punca jawatan timbalan perdana menteri dihapuskan ketika Muhyiddin berkuasa juga sebahagiannya dikatakan kerana Zahid.
Menurut Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, perdana menteri harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan.
Katanya, soal berkaitan pelantikan jawatan timbalan perdana menteri adalah merupakan hak istimewa atau prerogatif perdana menteri.
“Perdana menteri fikir tidak perlu ada jawatan timbalan perdana menteri dan gunakan sistem empat menteri kanan, kita terima.
“Kalau sekarang perdana menteri berubah fikiran nak seorang timbalan perdana menteri pun kita terima,” katanya pada 29 Okt lalu.
Muhyiddin dikatakan menolak untuk melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri kerana dia sedang dibicarakan mahkamah atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Shahril pada hantaran di Facebook berkongsi artikel Ismail mahu berbincang jawatan timbalan perdana menteri dan Zahid berkata supaya jangan mendesak Muhyiddin mengenai hal tersebut.
Ketua penerangan Umno itu dalam kenyataan berbentuk dialog bertanya:
“Adakah Umno berhak dapat jawatan TPM dan bincang isu tersebut pada ketika yang sesuai?”
Shahril kemudian menjawab “ya” dengan memberikan jumlah MP Umno yang besar di Dewan Rakyat, “tengok komposisi parlimen.”
Umno membentuk blok terbesar dalam kerajaan PN, menyumbang 38 ahli parlimen diikuti oleh Bersatu pimpinan Muhyiddin dengan 31 kerusi. GPS dan PAS menyumbang jumlah MP ketiga terbesar dengan masing-masing 18 ahli parlimen.
Setelah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada bulan Mac, Muhyiddin memecahkan tradisi pentadbiran negara dengan tidak melantik timbalan perdana menteri.
Sebaliknya, dia melantik empat menteri kanan dengan dua pemimpin daripada Bersatu, seorang pemimpin Umno dan satu GPS. Mk
The post Shahril pertahan Umno berhak dapat jawatan TPM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/29/shahril-pertahan-umno-berhak-dapat-jawatan-tpm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Jawatan Tpm Semua Pihak Dalam Umno Tidak Perlu Desak Pm Zahid Hamidi

Isu Jawatan Tpm Semua Pihak Dalam Umno Tidak Perlu Desak Pm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 374 hits
BAGAN DATUK 29 Nov Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota berkenaa...
Umno Boleh Galas Jawatan Tpm Namun Keputusan Di Tangan Muhyiddin Kata Bersatu

Umno Boleh Galas Jawatan Tpm Namun Keputusan Di Tangan Muhyiddin Kata Bersatu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 317 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berpendapat tiada masalah untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dan memberikan jawatan kabinet kedua tertinggi itu kepada Umno yang kini sebahagian dari kerajaa...
Mt Umno Desak Gabenor Bank Negara Dan Ceo Kwsp Letak Jawatan Kerana Menyusahkan Rakyat

Mt Umno Desak Gabenor Bank Negara Dan Ceo Kwsp Letak Jawatan Kerana Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 486 hits
Mana Gabenor Bank Negara dan CEO KWSP nak letak muka tanya MT UmnoMALAYSIA DATELINESelepas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz memenuhi dua tuntutan utama dalam Belanjawan 2021 pemimpin Umno meletakkan kesalahan kepada Gabenor...
Umno Ppbm Berkelahi Pula Akhirnya Cadang Tak Payah Ada Tpm

Umno Ppbm Berkelahi Pula Akhirnya Cadang Tak Payah Ada Tpm

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 159 hits
Tuan Guru dedahkan dari awal apa berlaku sehingga berubah kerajaan dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional Apa peranan beliau mainkan di peringkat nasional Bermula dari agong panggil PM panggil bekas bekas PM panggil Lalu sepakat nak tuk...
Undi Percaya Hanya Jawatan Mb Kerajaan Pn Perak Mesti Dikekalkan Umno

Undi Percaya Hanya Jawatan Mb Kerajaan Pn Perak Mesti Dikekalkan Umno

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 268 hits
160 total views 160 views today KUALA LUMPUR 4 Dis UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional di Perak mesti dikekalkan kerana undi percaya yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hanya melibatkan jawatan Menteri B...
Pas Mahu Bertiga Kini Terpulang Kepada Umno Buat Pendirian Shahril

Pas Mahu Bertiga Kini Terpulang Kepada Umno Buat Pendirian Shahril

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Pas tidak ada hasrat untuk tinggalkan UMNO malah amat menghargai persahabatan yang terjalin Itu rumusan Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan hasil temubualnya dalam Segmen Cepumas bersama Ketua Dewan Pemuda Pas merangka...
Shahril Maintains Umno Deserves Dpm Post Despite Zahid S Advice

Shahril Maintains Umno Deserves Dpm Post Despite Zahid S Advice

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 275 hits
Umno information chief Shahril Sufian Hamdan has maintained that his party deserves the position of deputy prime minister This was despite Umno president Ahmad Zahid Hamidi advising his party Prime Minister Muhyiddin Yassin into giving the ...
Kalau Bn Lawan Pn Pada Pru 15 Agaknya Umno Boleh Pertahan Kubu Mereka

Kalau Bn Lawan Pn Pada Pru 15 Agaknya Umno Boleh Pertahan Kubu Mereka

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 253 hits
Saya antara orang sayang gembira apabila UMNO dan PAS boleh bersama dalam Muafakat Nasional Saya lagi gembira sebelum ini ada kenyataan bahawa BERSATU diajak bersama dalam MN Tapi malangnya bila PN memerintah hampir 7 bulan ada segelintir g...
Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

Pas Tidak Akan Tinggal Ppbm Umno Perlu Hormat Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 244 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin Shahr...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi