Jika Umno Boleh Jatuhkan Peja Kerana Rasa Tidak Puas Hati Kenapa Perasaan Sama Terhadap Muhyiddin Masih Mahu Dipendam


 
Asas utama mengapa UMNO bertindak menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja ialah kerana tidak puas hari dengan beberapa tindakan bekas Menteri Besar Perak itu.
Rasa tidak puas hati itu pada asasnya didorong oleh dua sebab yang utama – perlantikan Setiausaha Politik dan penjualan ladang milik kerajaan negeri kepada sebuah syarikat Singapura di bawah harga pasaran.
UMNO benar-benar tidak puas hati, tersinggung dan marah dengan tindakan Peja melantik Adun UMNO Pengkalan Hulu dalam Bahagian Gerik, Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politiknya tanpa meminta izin atau berunding dengan mereka terlebih dahulu.
Lebih membuatkan UMNO marah lagi ialah bila Peja mempertahkan perlantikan itu dengan mengatakan ia adalah dalam bidang kuasanya dan tidak memerlukan beliau berunding dengan sesiapa.
Bagi penjualan ladang milik kerajaan negeri pula, UMNO melalui Najib Razak mendedahkan, ladang seluas 15 ribu hektar dan bernilai RM1.03 bilion itu telah dijual kepada sebuah syarikat Singapura dengan harga RM342 juta saja.
Ladang itu juga, tambah Najib, memberi keuntungan tahunan sebanyak RM40 juta kepada kerajaan negeri Perak sebelum ini.
“Itulah sebabnya UMNO menarik balik sokongan terhadap Peja,” dedah Najib melalui media sosialnya.
Bermakna, dengan jumlah kerusi Dun terbanyak di Perak dan disebabkan wujud perasaan tidak puas hati terhadap Peja, UMNO tanpa berfikir panjang lagi telah bertindak menjatuhkan seorang ketua kerajaan negeri.
Dari segi politik, itulah tindakan yang bijak di mana UMNO tahu menggunakan kuasa atau kelebihan yang ada padanya bila mereka tidak lagi dihormati.
Menyamai dengan apa yang berlaku di Perak, UMNO juga ada banyak perasaan tidak puas hati terhadap Muhyiddin Yassin di peringkat pusat.
Dari segi pengagihan jawatan dan kementerian, walaupun UMNO dan BN mempunyai 42 kerusi iaitu terbanyak juga jumlahnya, tetapi pemberian itu nyata tidak dilakukan dengan adil.
Selain tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan untuk UMNO pula hanya diperuntukkan satu berbanding Bersatu diberikan dua.
Begitu juga dengan kementerian kanan dan strategik, semuanya dibolot oleh Bersatu atau mereka yang keluar daripada UMNO dan PKR untuk menyertai parti pimpinan Muhyiddin itu.
Dari segi penjualan aset kerajaan, sebagaimana di Perak, kerajaan PN turut melakukan penjualan meragukan dan ia memang menimbulkan rasa tidak puas hati UMNO terhadapnya.
Yang terbaru ialah bila PNB menjual pegangan 56.3 peratus sahamnya dalam CCM Bhd kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera, Batu Kawan Bhd.
Bagi UMNO, tindakan PNB itu adalah menyedihkan kerana CCM merupakan syarikat yang menguntungkan, selain memperlihatkan PNB yang sepatutnya berperanan melindungi kepentingan Bumiputera telah bertindak berlawanan dengan fungsinya dalam urusniaga yang dijalankan itu.
Yang paling UMNO tidak puas hati dengan Muhyiddin ialah berkaitan tuntutan mereka untuk pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium selama enam bulan lagi.
Dalam perbahasan Belanjawan 2021 baru-baru ini, Najib selaku Pengerusi BNBBC jelas menyatakan sokongan mereka terhadap belanjawan adalah dengan syarat dua tuntutan itu mesti dipenuhi oleh kerajaan.
Menjelang pengundian peringkat dasar, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberi komitmen untuk memenuhi tuntutan tersebut sehingga belanjawan akhirnya diluluskan dengan mudah.
Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang dijanjikan di mana bukan saja tidak moratorium wajib yang diperkenalkan, janji pengeluaran KWSP yang diperkenalkan masih tertakluk dengan beberapa syarat dan kriteria melecehkan.
Ia menyebabkan UMNO tanpa malu-malu melabelkan program i-Sinar KWSP itu sebagai i-kecewa, i-malap, i-kencing dan sebagainya.
Sehingga semalam pun, Presiden UMNO, Zahid Hamidi masih bersuara meluahkan rasa tidak puas hati berkaitan pengeluaran KWSP itu dan menuntut ia dipermudahkan sebagaimana dijanjikan.
Najib pula, dalam posting di media sosialnya, turut tidak henti-henti menuntut pengeluaran KWSP oleh pencarum dipermudahkan di kala rakyat kesusahan dan memerlukan wang sekarang ini.
Isunya di sini jika kerana tidak puas hati terhadap Peja boleh membuatkan UMNO bertindak menarik sokongan dan menjatuhkannya, mengapa tidak dilakukan hal yang sama terhadap Muhyiddin?
Bukankah rasa tidak puas hati UMNO terhadap Muhyiddin jauh lebih besar lagi berbanding perasaan tidak puas hati terhadap Peja?
Bukankah sikap tidak menghormati dan membuli UMNO oleh Muhyiddin juga jauh lebih menyakitkan daripada apa yang dilakukan Peja?
UMNO nak tunggu apa lagi sebenarnya? 
(Shahbudindotcom 06/12/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/jika-umno-boleh-jatuhkan-peja-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mula Rasa Tersepit Kerajaan Baru Perak Masih Teka Teki

Umno Mula Rasa Tersepit Kerajaan Baru Perak Masih Teka Teki

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 220 hits
Jatuhnya Ahmad Faizal Azumu atau Peja sebagai Menteri Besar Perak berikutan gagal dalam undi percaya di Dun Perak semalam adalah agenda yang memang dirancang oleh UMNO Secara mudahnya tindakan itu ialah kerana UMNO dengan jumlah kerusi terb...
Jika Rasa Muhyiddin Menindas Umno Tak Perlulah Nak Bersengkongkol Dengan Anwar Dan Dap

Jika Rasa Muhyiddin Menindas Umno Tak Perlulah Nak Bersengkongkol Dengan Anwar Dan Dap

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 327 hits
Mengapa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Kerana lebih 112 Ahli Parlimen menyokong beliau Jika esok lima orang ahli Parlimen BN isytihar tidak sokong Muhyiddin dan beliau tiada sokongan ahli Parlimen lain maka jatuhlah kerajaan ini Oleh itu...
Suhaimi Saad Luah Tak Rasa Puas Hati Sekali Kumpulan Nasyid Inteam Dedah Apa Yang Terjadi

Suhaimi Saad Luah Tak Rasa Puas Hati Sekali Kumpulan Nasyid Inteam Dedah Apa Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 1302 hits
loading Hazamin tu sahabat SS dunia akhirat Tapi dia bukan orang yang betul untuk deal urusan kerja dengan SS Ingat tu sampai bila bila
Gandingan Bersatu Dan Pas Bukan Saja Boleh Tolak Sharani Malah Bila2 Masa Boleh Jatuhkan Mb Umno

Gandingan Bersatu Dan Pas Bukan Saja Boleh Tolak Sharani Malah Bila2 Masa Boleh Jatuhkan Mb Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 221 hits
Dalam mesyuarat Majlis Tertingginya semalam Bersatu membuat pendirian sebarang keputusannya mengenai penubuhan kerajaan baru di Perak akan dibuat bersama dengan Pas Ini bermakna dengan Bersatu mempunyai 5 Adun dan Pas 3 Adun gabungan kedua ...
Umno Boleh Galas Jawatan Tpm Namun Keputusan Di Tangan Muhyiddin Kata Bersatu

Umno Boleh Galas Jawatan Tpm Namun Keputusan Di Tangan Muhyiddin Kata Bersatu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 314 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof berpendapat tiada masalah untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dan memberikan jawatan kabinet kedua tertinggi itu kepada Umno yang kini sebahagian dari kerajaa...
Aduan Kepada Lembaga Disiplin Umno Terhadap Annuar Musa Tular

Aduan Kepada Lembaga Disiplin Umno Terhadap Annuar Musa Tular

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 330 hits
Tular Satu aduan bertulis telah dikemukakan kepada Lembaga DIsiplin UMNO berkenaan terhadap Tan Sri Annuar Musa telah dibuat dan diterima oleh Jabatan Pengurusan Disiplin dan Perlembagaan Parti Ibu Pejabat UMNO pada 24 November yang lalu Ad...
Umno Talkinkan Timbalan Muhyiddin Di Perak

Umno Talkinkan Timbalan Muhyiddin Di Perak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 299 hits
UMNO dengan diSOKONG oleh Pakatan Harapan termasuk DAP akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan negeri Muhyiddin Yassin yang dipimpin oleh Timbalan beliau Ahmad Faizal Azumu di Perak Jika ini boleh berlaku di Perak adakah Umno juga akan berpa...
Ingatkan Muhyiddin Je Bodoh Menteri Dia Pun Sama

Ingatkan Muhyiddin Je Bodoh Menteri Dia Pun Sama

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 220 hits
Sang Kelembai Kenyataan paling bodoh di perbuat oleh dua orang Menteri PPBM Presidennya Muhyiddin Yasin Ingat Muhyiddin Yasin sahaja PM paling bodoh pernah dimiliki oleh Malaysia kerana umumkan bila Pilihanraya yang menyebabkan semua pihak ...
Mp Pembangkang Perlu Sepakat Umno Tidak Boleh Dipercayai

Mp Pembangkang Perlu Sepakat Umno Tidak Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 331 hits
IPOHMALISebentar tadi Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin hampir kalah dalam undian 110 undi berbanding 104 undi Pakatan Harapan Hanya perbezaan enam undi Undi PH tiba tiba menin...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean