Umno Berunding Dengan Bersatu Pas Tawar Nama Calon Pm Baharu Mereka


agendadaily.com15/8/2021

UMNO sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menawarkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada parti itu.

Bimbang sekiranya blok pembangkang akan dapat melantik calon Perdana Menteri (PM) baharu mereka, UMNO kini sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menerima calon PM daripada parti tersebut untuk menerajui tampuk kuasa di Putrajaya.

Agenda Daily difahamkan, rundingan tersebut diketuai pemimpin utama UMNO yang berada dalam kem Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kem Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, rundingan yang diketuai dua pemimpin dalam kem UMNO yang berbeza tersebut bagi memastikan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tidak kembali menerajui kerajaan pusat.

Antara yang menjadi pertimbangan kem 15 Ahli Parlimen (MP) yang bersama Zahid sekiranya terpaksa menyokong Anwar dan DAP ialah komposisi minoriti MP Melayu Islam yang berada dalam kerajaan baharu tersebut, ia memandangkan jumlah MP bukan Melayu yang berada dalam blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah seramai 58 orang.

Sekiranya 15 MP UMNO bergabung dengan blok pembangkang tersebut dicampur dengan 33 orang MP Melayu Islam dalam PH ia masih bukan majoriti kerana hanya sekadar memiliki 48 MP bumiputera.

Keadaan ini berisiko akan menjejaskan kestabilan kepada kerajaan baharu tersebut yang mungkin tidak diterima oleh rakyat yang majoritinya beragama Islam berbangsa Melayu dan berkemungkinan besar juga akan ditolak Yang di-Pertuan Agong.

Rundingan tersebut ada mencadangkan nama calon PM dari UMNO, namun sekiranya mengikut hierarki parti nama Zahid yang sepatutnya ditabalkan sebagai PM baharu tetapi ia mungkin mengundang kritikan kerana terpalit dengan kes mahkamahnya.

Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak difahamkan turut antara yang dicadangkan sebagai calon PM baharu, ia memandangkan kononnya populariti dan penerimaan rakyat dalam media sosial yang seakan menyokong beliau.

Selain itu, nama Ismail Sabri dan Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga dikatakan ditawarkan sebagai pengganti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya berlaku peletakan jawatan esok.

Sementara itu, sedang berlegar dalam media sosial dan kumpulan WhatsApp politik ketika ini berhubung satu sidang media yang akan diadakan UMNO untuk mengumumkan calon PM dan TPM pada hari ini.

Senario politik ketika ini memaksa beberapa parti politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencari jalan alternatif lain sekiranya ia tumbang, bagaimanapun UMNO melihat ini adalah peluang terbaik untuk mereka kembali berkuasa di Putrajaya dan menjadi dominan.

Sumber dalam Bersatu memberitahu beberapa pimpinan UMNO sudah memaklumkan tawaran calon PM dan TPM mereka, ia bagaimanapun masih dalam perbincangan dan tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan setakat ini untuk sama ada menerima tawaran tersebut.

PAS juga masih belum membuat keputusan muktamad dan sedang menimbang tawaran UMNO tersebut.

Sekiranya tawaran UMNO ini menjadi kenyataan ia akan mengembalikan pemerintahan parti utama orang tersebut selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Jumaat lalu, Muhyiddin menyenaraikan tujuh perkara dalam cadangannya kepada parti-parti pembangkang bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan yang menurut beliau boleh mencetuskan risiko kekosongan kuasa ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

Antara lain, beliau berjanji untuk menyalurkan peruntukan dana yang sama rata kepada semua ahli Parlimen, menggubal undang-undang anti lompat parti, menghadkan penggal jawatan perdana menteri, dan memastikan perwakilan Ahli Parlimen yang seimbang sama ada daripada kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen.

Muhyiddin juga turut berjanji untuk melaksanakan Undi 18 bagi membolehkan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mengundi pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, blok pembangkang menolak mentah-mentah cadangan tersebut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/umno-berunding-dengan-bersatu-pas-tawar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Mkt Umno Malam Ini Putuskan Satu Nama Sumber

Calon Pm Mkt Umno Malam Ini Putuskan Satu Nama Sumber

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 242 hits
Firdaus AzilOgos 17 2021 19 29 MYTDifahamkan Ahmad Zahid turut akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9 30 malam di sebuah hotel di ibu negara Gambar failBACA Media sebelum ini melapor...
Historical Bersatu Umno Dap Pas Nexus On The Cards

Historical Bersatu Umno Dap Pas Nexus On The Cards

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 227 hits
A few weeks back I wrote a blog post where I said that after the next General Elections the DAP will nominate the next Prime Minister Well it looks like events have really moved much faster than what I predicted perhaps not as exactly but w...
Umno Patut Kekal Bersama Pas Bersatu Hadi Awang

Umno Patut Kekal Bersama Pas Bersatu Hadi Awang

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 228 hits
agendadaily com9 8 2021Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu supaya tiga parti teras Melayu Islam PAS UMNO Bersatu kekal di bawah Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi meng...
Umno Johor Kenyataan Putus Hubungan Dengan Pas Bersatu Adalah Palsu

Umno Johor Kenyataan Putus Hubungan Dengan Pas Bersatu Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 196 hits
Nickyson NyambarHari ini tular gambar kononnya kenyataan media yang mendakwa UMNO Johor telah mengisytiharkan untuk tidak mempunyai hubungan dengan Pas dan Bersatu KUALA LUMPUR UMNO Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad...
Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

Umno Pas Tolak Ismail Sebagai Calon Pm Caretaker Sokongan Ahli Parlimen Turut Goyah

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 247 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno dan PAS tidak merestui cubaan Ismail Sabri Yaakob untuk dicalonkan sebagai perdana menteri caretaker dan timbalan perdana menteri itu dikatakan bermasalah mengekalkan sokongan Ahli Parlimen Umno yang sebelum ...
4 Nama Calon Pm Pilihan Umno Termasuk Zahid Dan Najib

4 Nama Calon Pm Pilihan Umno Termasuk Zahid Dan Najib

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 226 hits
agendaily com16 8 2021Najib Razak dan Zahid Hamidi calon PM UMNO yang akan dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong Empat nama tersenarai sebagai calon UMNO untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu yang diputuskan dalam Mesyuarat Bi...
Jika Umno Sudah Ditampok Kuasa Adakah Mereka Akan Berbagi Kerusi Dengan Bersatu Pada Pru15

Jika Umno Sudah Ditampok Kuasa Adakah Mereka Akan Berbagi Kerusi Dengan Bersatu Pada Pru15

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 193 hits
Jika Ahli Parlimen Umno jadi PM wakil Bersatu Sabah mungkin kembali kepada parti kata penganalisisDurie Rainer FongKOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kepada Umno selepas Muhyiddin Yassin m...
Siapakah Sekutu Baharu Umno Calon Pm Pilihan Zahid

Siapakah Sekutu Baharu Umno Calon Pm Pilihan Zahid

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 319 hits
Ahmad Zahid Hamidi Semalam Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap sudah tidak sabar lagi menanti sidang Dewan Rakyat pada September mengesahkan menghantar dua warkah kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayat...
Umno Dan Bersatu Tak Sefahaman Isu Nama Kerajaan Baru

Umno Dan Bersatu Tak Sefahaman Isu Nama Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 210 hits
MalaysiakiniWalaupun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sedang menikmati saat saat awal jawatan barunya perselisihan mengenai apakah kerajaan baru adalah kesinambungan dari Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin Yassin atau tidak mula...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas