Calon Pm Mkt Umno Malam Ini Putuskan Satu Nama Sumber
Firdaus AzilOgos 17, 2021 19:29 MYT
Difahamkan, Ahmad Zahid turut akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara. - Gambar failKUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini bakal memuktamadkan calon pilihan parti itu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri seterusnya
Sumber dalaman parti memberitahu Astro AWANI, ia susulan titah Tuanku terhadap kesemua ketua parti di Istana Negara awal hari ni, agar mereka mencari kesepakatan dalam memastikan calon Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat
Selain itu, sumber itu berkata, keputusan tersebut perlu dimuktamadkan susulan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan surat akuan perlu dihantar kepada Istana Negara sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos)
Selain itu beberapa ahli MKT lain memberitahu Astro AWANI, mesyuarat itu akan dipengerusikan presiden sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan ia akan bermula jam 8 malam
Selepas itu, difahamkan, Ahmad Zahid akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara
Beberapa media sebelum ini melaporkan, antara nama yang akan dibincangkan MKT malam ini ialah – Ahmad Zahid; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah
BACA: Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?BACA: Agong seru semua parti politik menekankan muafakat baharu - AnwarMedia sebelum ini melaporkan, antara persetujuan yang dicapai adalah nama yang perlu disepakati perlulah terdiri daripada kalangan pemimpin kanan UMNO
Persetujuan itu sekali gus menolak nama seorang lagi Ahli Parlimen UMNO yang turut disebut-sebut sebelum ini, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk bertemu dengan pemimpin kanan parti-parti politik di Istana Negara
Antara kelibat pemimpin yang dilihat memasuki perkarangan Istana Negara selain Ahmad Zahid, ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
Selain itu, difahamkan Parti Warisan Sabah diwakili Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin
Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama dua jam, sebelum para pemimpin politik berkenaan dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara sekitar 4 petang
Semalam, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/08/calon-pm-mkt-umno-malam-ini-putuskan.html