Umno Patut Kekal Bersama Pas Bersatu Hadi Awang


agendadaily.com9/8/2021

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu supaya tiga parti teras Melayu-Islam - PAS, UMNO, Bersatu - kekal di bawah Perikatan Nasional.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang mahukan UMNO dan Bersatu duduk semeja di dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk terus mentadbir negara.

Pada masa sama beliau mengingatkan umat Islam menunjukkan contoh dengan kembali kepada ajaran agama dan menolak sebarang agenda peribadi serta kumpulan yang berfikiran sempit.

Beliau membuat gesaan itu takkala segelintir Ahli Parlimen UMNO diketuai presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik diri daripada kerajaan PN setelah tidak lagi mahu menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun tindakan kumpulan itu dibantah majoriti Ahli Parlimen UMNO dan pemimpin peringkat bahagian yang mendakwa Zahid tiada hala tuju untuk memulihkan UMNO setelah kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 lalu.

Kumpulan Zahid juga dilihat semakin ghairah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai DAP.

Walaupun pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 lalu melaungkan ‘No Anwar No DAP’, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap laungan itu hanya sentimen dan Zahid boleh mengubahnya untuk duduk di bawah naungan PH.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS, UMNO dan Bersatu adalah tiga parti teras Melayu-Islam dan Bumiputera, dan perlu disatukan.

“Ia bertujuan bagi memimpin perubahan dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN), disertakan pendekatan masyarakat majmuk dengan penubuhan Perikatan Nasional bersama prinsip yang fleksibel) bagi melakukan perubahan yang positif berikutnya.

“Pada masa yang sama, (kerajaan PN) tidak menghapuskan rupa bangsa dan budaya masing-masing yang berkonsepkan tiada paksaan beragama dan adil kepada semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata semua pihak perlu mengetepikan tindakan negatif sebaliknya yakin dengan ketetapan Allah SWT.

“Maka, hendaklah disingkirkan langkah negatif yang diambil oleh kalangan penganut Islam yang lemah serta tidak yakin kepada agama sendiri dan rupa bangsa yang menjadi ketetapan Allah SWT.

“Kemudian diikuti dengan kumpulan bukan Islam yang ekstrem sehingga boleh merosakkan kaum mereka sendiri, bukan sahaja hubungan antara kaum dan agama,” katanya.

Abdul Hadi turut mengingatkan bagaimana negara besar memansuhkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan mereka dan menghapuskan sistem beraja, sehingga memaksa masyarakat majmuk menghapuskan identiti bangsa dan bahasa.

“Mereka dipaksa menukar nama diri dan tidak membenarkan bahasa kaum masing-masing digunakan, sehingga gagal menyatukan rakyat sendiri. Semua perkara tersebut sudah cukup untuk menjadi iktibar yang mewajibkan kita memperkenalkan acuan Islam bersama pelaksanaan hijrah,” katanya.

Oleh itu katanya, umat Islam sendiri terlebih dahulu perlu kembali kepada agama dengan perpaduan umat satu agama dan bangsa dengan menolak sebarang agenda peribadi dan kumpulan yang sempit kerana boleh merosakkan peranan Islam yang wajib memimpin.

“Manakala golongan bukan Islam perlu sedar betapa kedudukan mereka lebih baik daripada rakan mereka di negara lain yang dipaksa menukar rupa bangsa, nama bukan dalam bahasanya dan tidak membenarkan bahasa kaumnya dipelajari,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/umno-patut-kekal-bersama-pas-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Pengkhianat Demokrasi Di Bawah Hadi Awang Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Pas Pengkhianat Demokrasi Di Bawah Hadi Awang Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 404 hits
Hadi kata orang Islam dalam PH khadam kerajaan sekularJuly 31 2021 Pas mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mengulangi perkara sama sebagai mana berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 kira kira tiga tahun lalu Presidennya Datuk Seri Abdu...
Umno Berunding Dengan Bersatu Pas Tawar Nama Calon Pm Baharu Mereka

Umno Berunding Dengan Bersatu Pas Tawar Nama Calon Pm Baharu Mereka

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 392 hits
agendadaily com15 8 2021UMNO sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menawarkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada parti itu Bimbang sekiranya blok pembangkang akan dapat melantik calon Perdana Menteri baharu ...
Historical Bersatu Umno Dap Pas Nexus On The Cards

Historical Bersatu Umno Dap Pas Nexus On The Cards

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 323 hits
A few weeks back I wrote a blog post where I said that after the next General Elections the DAP will nominate the next Prime Minister Well it looks like events have really moved much faster than what I predicted perhaps not as exactly but w...
Umno Johor Kenyataan Putus Hubungan Dengan Pas Bersatu Adalah Palsu

Umno Johor Kenyataan Putus Hubungan Dengan Pas Bersatu Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 257 hits
Nickyson NyambarHari ini tular gambar kononnya kenyataan media yang mendakwa UMNO Johor telah mengisytiharkan untuk tidak mempunyai hubungan dengan Pas dan Bersatu KUALA LUMPUR UMNO Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad...
Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

Umno Sabah Kekal Kerjasama Dengan Kerajaan Dipimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 266 hits
gemilangdaily comUmno Sabah kekal kerjasama dengan kerajaan dipimpin Bersatu UMNO Sabah menjelaskan pendiriannya untuk terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Dalam satu ke...
Umno Kekal Pendirian Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin

Umno Kekal Pendirian Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 460 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin kekal walaupun Proklamasi Darurat tidak disambung selepas 1 Ogos ini kata laporan Ahmad Zahid dipetik Utusan Online berkat...
Pas Mula Menyerang Umno

Pas Mula Menyerang Umno

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 332 hits
Tindakan Umno jejas semangat penyatuan ummah kata PASFMT ReportersPETALING JAYA PAS menghentam tindakan Umno mengarahkan Ahli Parlimen parti itu menarik diri menyokong kerajaan Perikatan Nasional kerana tidak selari dengan agenda penyatuan ...
Terkini 31 Ahli Parlimen Umno Dan Bn Kekal Taat Kepada Muhyiddin Tidak Kepada Zahid

Terkini 31 Ahli Parlimen Umno Dan Bn Kekal Taat Kepada Muhyiddin Tidak Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 309 hits
August 6 2021 Sebanyak 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

Pas Dukacita Dengan Zahid Ingatkan Presiden Umno Itu Tentang Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM Tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam Piagam ...
Senarai Makanan Kecemasan Tahan Lama Untuk Situasi Banjir Wajib Simpan

Penduduk Felda Jengka 7 Menyanjung Tinggi Sikap Kemesraan Shahaniza Menyantuni Anak Oku Di Kampung Itu Baru Baru Ini

Hujan Lebat Di Shah Alam 4 Jalan Ini Ditutup Sepenuhnya Akibat Kenaikkan Air

Larangan Kanak Kanak 16 Tahun Ke Bawah Miliki Akaun Media Sosial

Daging Goreng Ketumbar Cili Padi Resipi Pedas Paling Padu Menggiurkan

Air Semakin Naik Di Changlun Penduduk Dijangka Dipindahkan

Menginap Di Homesay Ad Lia Villa Melaka

Why Some Rich People Sell Their House


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Baru Abah

Redakan Sakit Urat Atau Urid Acid Bagi Mengelakkan Gout

Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri Johor

Lirik Lagu Lipat Nyanyian Budak Nakal Hujung Simpang

Kad Kredit Islamik Ganjaran Terbaik Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Buasir Otak Tv Negara Apa Bahasanya Nama Orang Be Like