Ulasan Redmi Buds 3 Tws Bajet Dari Redmi



Redmi juga nampaknya ingin meluaskan lagi ekosistem produknya dengan melancarkan beberapa siri ‘Buds’. Redmi Buds 3 ialah salah satu daripada produk dalam siri tersebut, dan ia menggunakan reka bentuk ‘semi-in-ear’ yang menyerupai produk dari Apple.
Saya bukanlah peminat kepada reka bentuk ini, kerana seringkali ia tidak memenuhi kehendak saya yang lebih ke arah audio berbanding rupa luaran.
Sebelum kita meneliti lebih lanjut lagi, mari tonton dahulu segmen buka kota untuk Redmi Buds 3 ini.

Spesifikasi Ringkas Earbuds ini menggunakan diafragma komposit gegelung bergerak bersaiz 12mm, SoC audio Bluetooth Qualcomm QCC3040, menyokong Bluetooth 5.2, menyokong penyahkodan aptX Adaptive HD, dan teknologi pengurangan bunyi bising ketika membuat panggilan suara (cVc).
Malangnya, saya tidak pasti model yang saya peroleh ini menggunakan SoC audio apa, kerana ia tidak mempunyai pilihan aptX – maka yang pastinya tiada chipset Qualcomm pada model di tangan saya.
Buktinya anda boleh lihat pada tangkap layar di bawah.

Apa yang anda dapat dalam kotak adalah ringkas sahaja. Seperti yang anda boleh tonton dalam video buka kotak itu, ada earbuds dan bekas pengecasnya, wayar pengecasan USB-C, buku/manual panduan pengguna.
Jika anda lihat kepada bekas pengecasannya, ia berbentuk petak yang dipenuhi bucu bulat/melengkung. Terdapat satu butang kecil yang boleh digunakan untuk reset.

Operasi Dari segi pengalaman interaktif, Redmi Buds 3 menggunakan operasi sentuh, menyokong tiga mod: klik dua kali, klik tiga kali dan tekan lama.
Fungsi jeda/main ditetapkan kepada tekan lama, dan tekan lama juga menyokong membangunkan fungsi pembantu suara. Klik dua kali digunakan untuk penukaran lagu, akan tetapi saya tidak berjaya menggunakan fungsi klik tiga kali untuk menukar kadar kelantangan bunyi.
Tidak pasti apa ‘masalahnya’ dengan earbuds ini, mungkin saya mendapat yang kurang elok dan terlepas dari proses QC. Ya, ia turut menyokong ciri ekosistem interkoneksi MIUI, tetapi hanya setakat ‘itu’ sahaja – iaitu kemampuan untuk berhubung dengan telefon. Selain itu, tiada ciri tambahan melainkan pilihan untuk menyahaktif AAC atau tidak.

Panggilan Suara Dari segi panggilan suara, Redmi Buds 3 mempunyai dua mikrofon kepekaan tinggi terbina dalaman beserta teknologi pengurangan hingar/bunyi bising panggilan suara Qualcomm (pembatalan gema dan bunyi bising). Ciri ini boleh mengurangkan bunyi persekitaran secara dinamik mengikut persekitaran sekeliling dan mengurangkan bunyi bising persekitaran ketika membuat panggilan suara dengan berkesan.
Bateri Dari segi ketahanan kuasa bateri, tiada apa yang luar biasa kerana dijangka ia dapat digunakan sehingga 5 jam, manakala apabila digabungkan bersama bekas pengecasnya yang dapat diguna sebanyak 4 kali, maka jumlah keseluruhan ketahanan kuasa bateri ialah 20 jam.
Ini ialah ‘tawaran’ biasa yang boleh didapati pada kebanyakan TWS ketika ini.
Spesifikasi/kapasiti bateri: 35mAh.
Kapasiti bekas pengecas: 310mAh.
Kualiti Audio Seperti yang telah saya nyatakan di atas, Redmi Buds 3 menggunakan reka bentuk ‘semi-in-ear’. Pada sesetengah orang, reka bentuk ini selesa untuk dipakai. Terdapat pengesan inframerah dalaman yang boleh mengaktifkan fungsi pengesanan pemakaian. Ia akan menjeda lagu apabila earbuds ditanggalkan dari telinga, dan memainkan semula lagu secara automatik apabila ia dipakai semula.
Untuk diri saya sendiri, ini ialah reka bentuk yang saya paling kurang gemari. Kebiasaannya, audio dihasilkan oleh earbuds dengan reka bentuk ini agak menghampakan, dan Redmi Buds 3 tidak terkecuali.

Jadi, bagaimana kualiti audionya?
Benar, harganya tidaklah terlalu mahal, tetapi untuk julat harga bawah RM200, ada banyak lagi TWS lain yang mampu memberi kepuasan dari segi kualiti audio.
Pun begitu, sekiranya anda hanya sekadar inginkan sebuah TWS yang mampu memberikan anda ‘bunyi’, maka Redmi Buds 3 tidak akan menghampakan anda. Penalaan Redmi Buds 3 dibuat seakan berhati-hati, kerana bassnya tidak begitu ketara, dan dalam masa yang sama frekuensi lain dinaikkan sekadarnya.
Saya mendengar lagu Eminem – Venom (Remix), dan lagu ini kedengaran sama seperti yang saya jangkakan – ia didengari agak ‘kosong’, dan kurang ‘kedalaman’ (depth). Jelasnya, TWS ini tidak mampu mengendalikan lagu yang jauh lebih kompleks lagi.
Ini belum lagi menyentuh mengenai kadar kekuatan kelantangan. Ia mencukupi untuk tetapan perkakasan dan kemampuan Redmi Buds 3, tetapi disebabkan ia mengadaptasi reka bentuk semi-in-ear, sebaik sahaja ia semakin menggelungsur keluar dari telinga, bunyinya akan semakin kurang dan mendap.
Konklusi Jadi, untuk siapa sebenarnya Redmi Buds 3 ini?
TWS ini sesuai jika anda peminat reka bentuk AirPods. Itulah hakikatnya.
Tidak lupa juga jika anda inginkan TWS berserta bekas pengecas yang apabila digunakan bersama, ia masih lagi berdimensi kecil – sesuai untuk dibawa tanpa terasa beban yang berat.
Manakala sekiranya anda mahu earbuds yang mampu melekap dalam telinga dengan baik, memberikan kualiti audio lebih memuaskan, dan menawarkan penyahkodan aptX, ada TWS yang lebih elok untuk dibeli di luar sana.
Pembelian bolehlah dibuat di: Shopee.

The post Ulasan Redmi Buds 3: TWS Bajet Dari Redmi appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ulasan-redmi-buds-3-tws-bajet-dari-redmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2022 Paling Aman Tanpa Jeritan Pembangkang Dijangka Lulus Mudah

Bajet 2022 Paling Aman Tanpa Jeritan Pembangkang Dijangka Lulus Mudah

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 360 hits
AGENDA DAILY Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dimerterai antara pembangkang dengan kerajaan pada 13 September 2021 Pembentangan Bajet 2022 kali ini dibawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan ...
Bajet Dibentang Tengku Zafrul Abai Mou Ph Ismail Bidas Tkm P Pinang

Bajet Dibentang Tengku Zafrul Abai Mou Ph Ismail Bidas Tkm P Pinang

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA Bajet 2022 yang dibentang Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak mencerminkan langkah ke arah transformasi dan kestabilan yang dikehendaki memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Isma...
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia Pm Ismail Sabri

Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 339 hits
Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia PM Ismail Sabri Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam tidak meminggirkan golongan belia dalam negara kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri...
Bajet 2022 Selaras Konsep Keluarga Malaysia Prihatin Siswa Umnosiswa

Bajet 2022 Selaras Konsep Keluarga Malaysia Prihatin Siswa Umnosiswa

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 343 hits
Bajet 2022 Selaras Konsep Keluarga Malaysia Prihatin Siswa UMNOSiswa Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia Mubarak Kunyi berpandangan Bajet 2022 yang diumumkan semalam dilihat merangkumi hampir ke semua aspek selaras dengan hasrat Perdana ...
Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam Ptptn

Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam Ptptn

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 749 hits
Pembentangan Bajet 2022 Malaysia Umum Berita Gembira Buat Peminjam PTPTN Assalammualaikum semua Hari ni telah berlangsung Siaran Khas Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zefrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan ...
Bajet 2022 Pulihkan Keyakinan Rakyat Bukan Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Kata Bersatu Sarawak

Bajet 2022 Pulihkan Keyakinan Rakyat Bukan Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Kata Bersatu Sarawak

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 296 hits
Pengumuman Bajet 2022 adalah susulan hasil kejayaan program imunisasi Covid 19 dirancang di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf Suffian PETALING JAYA Kerajaan perlu mengembalikan keyakin...
Taraf Wanita Diangkat Dalam Bajet 2022

Taraf Wanita Diangkat Dalam Bajet 2022

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 286 hits
BAJET 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera yang dibentangkan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat dijangka berupaya memulihkan ekonomi negara Bernilai RM332 1 bilion B...
Anggaran Hasil Tersasar 9 Semak Semula Bajet 2022

Anggaran Hasil Tersasar 9 Semak Semula Bajet 2022

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 317 hits
Belanjawan 2022 perlu disemak semula apabila anggaran hasil 2021 didakwa terpesong sehingga 9 Ahli Parlimen Wong Chen berkata anggaran yang terpesong boleh menyebabkan kerajaan tidak mempunyai hasil yang cukup untuk membuat pembayaran kepad...
Fahami Bajet 2022

Fahami Bajet 2022

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 185 hits
Fahami BAJET 2022 Lihat Bagaimana Kerajaan Perkena Rakyat Please Share More cartoons www zunar my
A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Euro Dibawah Tekanan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gunakan Prinsip Pilihan Dalam Semua Pergaulan Dan Perhubungan Anda Dalam Kehidupan

Pusat Pakaian Hari Hari Sediakan Kelengkapan Sekolah Setempat

Strategi Efisiensi Energi Pada Penggunaan Forklift Di Industri Logistik

Tuduh Pm Derhaka Tidak Berasas Hanya Modal Politik Pembangkang Penganalisis

Januari Telah Pun Meninggalkan Kita

Santai Santai Bowling