Bajet 2022 Selaras Konsep Keluarga Malaysia Prihatin Siswa Umnosiswa
Bajet 2022 Selaras Konsep ‘Keluarga Malaysia’ Prihatin Siswa- UMNOSiswa
Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa), Mubarak Kunyi berpandangan Bajet 2022 yang diumumkan semalam dilihat merangkumi hampir ke semua aspek selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menjayakan agenda Keluarga Malaysia.
Jelas Mubarak, beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan di atas ke komitmen melalui Kementerian Kewangan yang memperuntukkan belanjawan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu sebanyak RM14.5 billion.
“Melalui Bajet 2022 ini terdapat banyak inisiatif yang telah diperkenalkan kepada mahasiswa dan graduan.
“UMNOSiswa menzahirkan ucapan setinggi penghargaan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan kelangsungan mahasiswa terbela.
“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan atas kesudian untuk menerima Memorandum Cadangan Mahasiswa Berkenaan Bajet 2022 tempoh hari,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Mubarak juga turut menyenaraikan inisiatif yang diumumkan kerajaan, berikut adalah perkongsian beliau:
1. a) Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta. Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.
b) Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022. Diskaun 15 peratus akan diberikan keatas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
c) Bagi memperkasa bidang Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM6.6 bilion untuk melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi-agensi berkaitan.
d) Peruntukan tambahan RM200 juta disediakan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industri.
e) Kerajaan juga akan mewujudkan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau JaminKerja) yang akan menjamin penyediaan 600 ribu peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.
f) Inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme atau MySTEP akan diteruskan dengan menawarkan 80 ribu peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan mulai Januari 2022.
g) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40. Di samping itu, kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif juga akan terus dijalankan di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
h) Kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri. Kerajaan juga telah menyeru majikan untuk melakukan perkara sama dan akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan, iaitu meningkat berbanding RM800 sebelum ini.
i) Kerajaan bercadang untuk melanjutkan galakan cukai bagi Program Latihan Industri Berstruktur sehingga tahun taksiran 2025 dan turut diperluas kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana, Sijil Profesional serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2.
j) Kerajaan juga akan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
k) Bagi merancakkan pertumbuhan e-Sukan, RM20juta disediakan bagi pembangunan e-Sukan kebangsaan termasuk 5 juta ringgit untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.
l) Kerajaan menyediakan RM423 juta di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan KPT bagi mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke arah mengaplikasikan pembaharuan yang selari dengan perkembangan sains dan teknologi. Peruntukan ini termasuk RM295 juta kepada universiti awam untuk terus berperanan dalam ekosistem penyelidikan dan inovasi serta menggalakkan kerjasama dengan industri.
2. Pada masa yang sama, UMNOSiswa juga berharap agar inisiatif kad debit siswa diperkenalkan semula dan bantuan secara one-off atau E-start tersebut dinaikkan kepada RM250, sesuai dengan keperluan mahasiswa pada hari ini.
3. UMNOSiswa juga berharap agar kerajaan dapat kembalikan semula biasiswa MyBrain untuk semua bidang sungguhpun perkara ini tidak disebut dalam Bajet 2022.
4. UMNOSiswa percaya memorandum tersebut juga telah diambil kira dalam memastikan Bajet 2022 ini inklusif dan memberi manfaat kepada semua golongan termasuk mahasiswa. – UMNO Online
Bajet 2022 Selaras Konsep ‘Keluarga Malaysia’ Prihatin Siswa- UMNOSiswa
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Meta nama baru Facebook
Islam boleh menang – Khabib
Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
Resepi asam pedas ikan kembung pekat
Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail
Ancaman China meningkat setiap hari
The post Bajet 2022 Selaras Konsep ‘Keluarga Malaysia’ Prihatin Siswa- UMNOSiswa appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/30/bajet-2022-selaras-konsep-keluarga-malaysia-prihatin-siswa-umnosiswa/