Ulasan Menarik Untuk Dibaca Gabungan Boleh Menang Terbina Atas Kekuatan Lapangan Pertengahan





Pada 5 Ogos 2019
oleh Liew Chin Tong
Politik identiti, terutamanya melibatkan kaum dan agama, adalah suatu daya yang kuat, sepertimana yang dapat kita lihat dalam fenomena Trump di Amerika Syarikat; dan juga di Malaysia, sebagaimana yang diketahui umum. Adakah Pakatan Harapan mampu menang dalam pilihan raya akan datang, dengan berhadapan gabungan PAS-Umno yang menunggang rasa tidak percaya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan, selain terhakisnya kepercayaan dan sokongan warga bukan-Melayu?

Pada saat-saat yang baik, terutamanya ketika ekonomi rancak berkembang, Pakatan Harapan berada di kedudukan tengah yang paling baik untuk memenangi sokongan warga Melayu dan bukan-Melayu. Dalam keadaan itu, gabungan ‘centrist’ akan memenangi golongan pertengahan kerana parti-parti pembangkang yang berasaskan kaum akan terasing di tepian. Dalam keadaan ekonomi yang buruk, sebaliknya pula yang terjadi.

Satu cabaran besar yang harus ditempuhi Pakatan Harapan ialah media massa. Walaupun setiap saluran media mengakui ia merupakan media nasional, kebanyakannya adalah berasaskan etnik. Ada antaranya yang tidak kisah meniup api keresahan perkauman demi mendapatkan untung mudah, atau kerana agenda tersembunyi untuk melihat berakhirnya pentadbiran PH dalam masa satu penggal sahaja.

Di tengah dominasi media berasas etnik, kelihatan juga kurangnya wartawan yang dilatih secara profesional untuk membuat liputan wacana polisi awam secara lebih mendalam, melampaui sudut pandang etnik.

Kita memerlukan ‘media baharu’ yang membincangkan polisi awam bukan dari sudut pandang perkauman, tetapi dari sudut pandang warga Malaysia. Bahasa tidak menjadi masalah, akhbar tersebut boleh jadi dalam bahasa Tamil atau Iban tetapi ia mengambil sudut pandang nasional, ketimbang menggunakan kantan perkauman sempit.

Lapangan pertengahan

Pertambahan sehingga 7.9 juta pemilih baharu di Malaysia menjelang 2023 kepada senarai asal 14.9 juta pengundi berdaftar pada tahun 2018 membuka lebih banyak peluang kepada Pakatan Harapan untuk membina sebuah gabungan boleh menang di lapangan pertengahan.

Kita seharusnya memiliki wawasan yang jauh melampaui identiti Melayu atau bukan-Melayu. Kita memerlukan sebuah wawasan ala Wawasan 2020 untuk menyatupadukan semua pihak. Ia telah berjaya pada sekitar 90-an atas sebab sifatnya yang merangkum dan mendakapi semua, selain juga ekoran kerancakan ekonomi melampaui impian ramai dalam tempoh yang begitu singkat antara 1989 dan 1994 setelah melalui saat-saat sukar pada 1985-1988. Ekonomi kemudiannya terlebih aktif dan gelembungnya meletus ekoran Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1997.

Bagi mana-mana perkumpulan politik yang mahu menang dari lapangan tengah, kita harus dengan tulus hati mengiktiraf bahawa rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak persamaan berbanding perbezaan. Majoriti rakyat Malaysia, meski datang daripada latar budaya yang berbeza, berkongsi aspirasi yang serupa.

Kita semua berharapkan pekerjaan yang baik dengan gaji yang berpadanan. Kita mahu perniagaan kita maju. Kita mahukan pendidikan yang baik untuk generasi akan datang. Manakala generasi akan datang pula mahukan kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.

Kita juga bercita-cita besar untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik di bandar dan desa; serta di rumah milik kita sendiri, dengan pengangkutan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Kita ingin merasa selamat dalam semua semua segi, termasuklah merasa bebas daripada segala jenayah dan peperangan, serta terhindar daripada sebarang kerosakan alam sekitar.

Pekerjaan dan gaji

Bagi Pakatan Harapan, kemenangan dalam pilihan raya akan datang bukan sekadar soal mengekalkan kuasa, tetapi soal melindungi demokrasi untuk rakyat Malaysia, daripada mereka yang beroleh keuntungan daripada sentimen kaum dan agama, serta para pelampau yang suka membesarkan hal-hal kecil.

Kerajaan mesti jauh terkedepan mengubah terma-terma perbahasan dasar secara besar-besaran secepat mungkin bagi penambahbaikan yang drastik.

Ini bererti kerajaan – menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha setiap kementerian dan penjawat awam senior – harus bekerjasama untuk menumpukan kepada usaha mencipta peluang pekerjaan yang membayar gaji setimpal untuk rakyat Malaysia. Gaji di Malaysia sudah membeku sepanjang dua dekad lampau, yang kini membawa kepada keresahan tentang tingginya kos sara hidup.

Gaji rakyat Malaysia tidak ditetapkan di Malaysia. Ia bahkan ditetapkan di Bangladesh dan Singapura. Apa maksud saya kata begini?

Kita mengimport beberapa juta buruh tidak terlatih dengan gaji rendah dari Bangladesh untuk bekerja di Malaysia, sementara setengah juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura dalam bidang-bidang yang membayar gaji kurang SGD2,000 sebulan. Tidak termasuk rakyat Malaysia yang terus menetap di Australia dan New Zealand bekerja mengutip buah serta menjadi buruh binaan; tidak termasuk mereka yang bekerja secara haram di Seoul, Korea Selatan.

Ekonomi Bangladesh sedang berkembang pesat. Pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus, dan dividen demografi yang besar, akan tiba masanya tiada warga Bangladesh yang mahu bekerja sebagai buruh murah di Malaysia, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi.

Malaysia sebagai sebuah masyarakat dan negara perlu berkira-kira untuk menyusun sektor kerja bawahan yang menuntut bekalan buruh yang ramai untuk melabur di Bangladesh, sepertimana China kini memindahkan kesemua sektor bawahannya ke luar negara.

Mereka yang menerima gaji SGD2,000 sebulan pula tidak berniat untuk menyamakan kedudukan gaji mereka. Jika mereka dibayar dua-pertiga gaji yang mereka terima di Singapura, saya pasti dua-pertiga daripada mereka akan pulang bekerja di tanah air dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Demi memajukan ekonomi negara, kita perlu mencipta pekerjaan mahir dan separa mahir yang membayar gaji RM4,000 ke atas. Pun begitu saya mesti menyebut bahawa saya tidak mencadangkan kenaikan gaji secara dibuat-buat.

Apa yang saya cadangkan ialah dengan menggurangkan bekalan buruh asing tidak mahir sambil membantu industri secara besar-besar untuk mengautomasi dan menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0, kita boleh menukarkan tiga pekerjaan yang membayar RM1,500 kepada seorang warga Bangladesh menjadi satu pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang membayar RM4,000 ke atas. Dengan cara demikian, kedua-dua industri dan negara dapat beroleh manfaat daripada kemajuan produktiviti yang tinggi di setiap peringkat.

Buruh asing

Untuk buruh asing tidak terlatih, kita memerlukan suatu rancangan 10 tahun dengan aturan yang jelas. Kebanyakan negara selalunya sangat cerewet dalam membenarkan buruh asing tidak terlatih dalam bidang perkhidmatan mereka.

Seboleh mungkin, peluang kerja-kerja perkhidmatan wajar diisi oleh warga Malaysia. 

Pembuatan boleh dijalankan secara automasi, sekiranya diberi insentif yang betul. Pembinaan juga boleh menjadi sektor yang menyediakan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia dengan bertukar kepada sistem pembinaan perindustrian. Juga, dengan insentif yang tepat. Pertanian dan perladangan hadir di akhir urutan, kerana hakikatnya sektor ini adalah yang paling sukar untuk diautomasi.

Persoalan aspirasi bersama yang lain, seperti mobiliti sosial, kualiti kehidupan dan keselamatan dalam tulisan akan datang.

Cukup sekadar saya katakan bahawa untuk melawan politik identiti, kita harus mempunyai identiti Malaysia yang lebih kuat, yang menyatupadukan kita semua untuk melihat seluruh rakyat Malaysia sebenarnya berkongsi aspirasi sejagat, yang boleh direalisasikan sebuah kerajaan aktivis dengan dasar-dasar yang masuk akal dari segi ekonomi dan politik sekaligus.

Kalau ini boleh dilakukan, kita mempunyai sebuah gabungan yang kuat dan kukuh di lapangan pertengahan, sesuatu yang mahu dicapai oleh ‘Kemakmuran Bersama 2030’. 

Artikel ini merupakan terjemahan kolum Bahasa Inggeris Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong. (https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/08/510070/winning-coalition-built-strength-middle-ground) 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/ulasan-menarik-untuk-dibaca-gabungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karnival Huawei Beli Dan Menang Sebelum Ahad Ini Pelbagai Peranti Pada Harga Menarik

Karnival Huawei Beli Dan Menang Sebelum Ahad Ini Pelbagai Peranti Pada Harga Menarik

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 351 hits
Huawei Malaysia kini telah pun membawa masuk salah satu telefon pintar menarik pada harga sangat kompetitif iaitu Huawei Y9 Prime Ia hadir pada harga hanya RM899 dilengkapi skrin 6 59 inci dijana cip Kirin 710 memori 4GB RAM dan bateri 4000...
10 Aktiviti Menarik Yang Anda Tidak Boleh Ketinggalan Untuk Tahun 2019

10 Aktiviti Menarik Yang Anda Tidak Boleh Ketinggalan Untuk Tahun 2019

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 740 hits
Jeju adalah tempat yang kami suka dan tidak keberatan akan kembali lagi dan lagi Pemandangan sangat indah kelajuan kehidupan lebih perlahan dan ia adalah cara terbaik untuk melarikan diri dari kesibukan dan kehidupan kota Pasti aka nada ses...
Ada Jalan Raya Ada Mall Taman Perumahan Unik Atas Bangunan Tinggi Rasa Macam Boleh Sentuh Awan

Ada Jalan Raya Ada Mall Taman Perumahan Unik Atas Bangunan Tinggi Rasa Macam Boleh Sentuh Awan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 527 hits
Kelihatan seperti taman perumahan biasa namun siapa sangka taman perumahan di Jakarta ini sebenarnya terletak sepuluh tingkat di atas awan Cosmo Park yang terletak di atas Thamrin City yang terdiri daripada blok A sehingga F ini disewa pada...
Ketua Ph Sarawak Mahu Gabungan Itu Menang Pilihan Raya Negeri

Ketua Ph Sarawak Mahu Gabungan Itu Menang Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 228 hits
Ketua PH Sarawak mahu gabungan itu menang pilihan raya negeri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 28 Jul 2019 11 48
39 Tempat Menarik Sekitar Kl Boleh Anda Pergi Masuk Percuma

39 Tempat Menarik Sekitar Kl Boleh Anda Pergi Masuk Percuma

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 796 hits
Assalamulaikum korang Asal weekend atau cuti umum je mesti terperap kat rumah Bosan la asyik pergi mall sama setiap minggu sampai boleh hafal setiap kedai dalam tu Well sebenarnya banyak tempat menarik dalam KL boleh korang pergi untuk jala...
Jaga Jaga Ramai Tak Tahu Boleh Kena Denda Jika Muatan Dibawa Kenderaan Jatuh Atas Jalan

Jaga Jaga Ramai Tak Tahu Boleh Kena Denda Jika Muatan Dibawa Kenderaan Jatuh Atas Jalan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 222 hits
Jaga Jaga Ramai Tak Tahu Boleh Kena Denda Jika Muatan Dibawa Kenderaan Jatuh Atas Jalan Kegagalan menutup muatan kenderaan seperti lori dan kereta pikap boleh membawa kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain Objek yang jatuh daripada...
Kerja Part Time Yang Boleh Dilakukan Hanya Dari Rumah Ini Ulasan Saya

Kerja Part Time Yang Boleh Dilakukan Hanya Dari Rumah Ini Ulasan Saya

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 635 hits
Ada pelawat blog ini yang bertanya Saya nak cari kerja part timer yang mana saya boleh bekerja dari rumah Bermula tahun 2019 isteri saya yang bekerja dengan sebuah syarikat Insurans di Kuala Lumpur sudah mula bekerja dari rumah Kalau sebelu...
Musim Haji Tiba Lagi Apa Yang Boleh Dilakukan Buat Ahli Keluarga Yang Akan Berangkat Pergi

Musim Haji Tiba Lagi Apa Yang Boleh Dilakukan Buat Ahli Keluarga Yang Akan Berangkat Pergi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 1169 hits
Musim haji tiba lagi Dijadualkan bahawa penerbangan pertama jemaah Haji dari Malaysia akan berangkat pada 4 Julai ini Pasti sekarang mereka yang terlibat termasuklah petugas haji sedang melakukan persiapan terakhir bagi memastikan perjalana...
If You Terus Makan May Lead To Usus Berlubang Doktor Beri Amaran Ayam Goreng Mcd Extra Spicy Boleh Cederakan Usus

If You Terus Makan May Lead To Usus Berlubang Doktor Beri Amaran Ayam Goreng Mcd Extra Spicy Boleh Cederakan Usus

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 1049 hits
The ReporterRestoran McDonald s mengeluarkan menu terbarunya iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3X membuatkan ramai yang mahu mencubanya Bagi mereka yang sudah mencuba menu terbaru itu rata rata mengatakan tahap kepedasannya memang berbeza dan h...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu