Ulama Pas Mahu Tokoh Jelik Terpalit Rasuah Dihalang Jadi Calon


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali, Alyaa Alhadjri & Low Choon Chyuan
Diterbitkan: Sep 2, 2022 11:19 AM
MUKTAMAR PAS | Dewan Ulama PAS menyuarakan cadangan agar kerajaan mengetatkan lagi syarat untuk seseorang individu layak dipilih sebagai calon pilihan raya.

Ketuanya Ahmad Yahya berkata cadangan tambahan itu wajar diketengahkan berdasarkan keadaan semasa.

Kata Ahmad, antara syarat baru yang diperlukan ialah menggugurkan kelayakan seseorang menjadi calon jika dia pernah mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian negara, serta mempertikaikan hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan.

"Hal yang demikian termasuklah mereka yang sedang dalam perbicaraan mahkamah dalam kes salah laku, penyelewengan dan rasuah, juga tidak wajar diberi peluang untuk bertanding kerana kita bimbang mereka akan menggunakan kedudukan mereka untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

"Dalam aspek ini kita mengharapkan agar kes-kes melibatkan rasuah dan salah laku para pemimpin parti politik dapat disegerakan perbicaraannya di mahkamah supaya proses pembersihan pemimpin politik dapat dilakukan dengan efektif.

"Kita semua perlu mengangkat semula maruah demokrasi dalam negara selaras dengan prinsip Islam," katanya ketika menyampaikan ucap utama sempena Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke-61 di Guar Chempedak, Kedah, hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika mengulas kejayaan kerajaan meluluskan pindaan perlembagaan bagi menyediakan ruang peruntukan berkenaan larangan ahli dewan rakyat bertukar parti.

Menurut Ahmad pindaan tersebut tidak hanya melibatkan individu calon serta parti politik yang mewakili rakyat semata-mata, bahkan pindaan yang dibawa ini bakal merubah ekosistem politik negara secara keseluruhannya.

"Bukan sahaja parti politik perlu berevolusi bagi memastikan perlembagaan parti disesuaikan dengan pindaan larangan antilompat parti, bahkan para pengundi turut memainkan peranan bagi memastikan sokongan diberikan kepada golongan yang benar-benar bersih dalam pilihan raya kelak.

"Dewan Ulama PAS berpandangan pindaan ini perlu diperluas menyentuh soal integriti calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Kita perlu bergerak ke arah kematangan demokrasi.

"Kita mengharapkan agar amalan demokrasi terus subur dan bersih daripada budaya rasuah dan salah laku sehingga akhirnya mengorbankan kepentingan rakyat," jelasnya.

Tambah Ahmad, Dewan Ulama PAS juga ingin memanjangkan perbahasan terhadap pindaan tempoh hari dengan menggubal akta pendanaan politik bagi membanteras budaya politik wang dalam kalangan parti politik.

Selain itu, katanya, syarat kelayakan bertanding dalam pilihan raya sama ada di peringkat DUN mahupun persekutuan perlu diperketatkan kepada mana-mana individu yang bertanding.

"Syarat yang menggugurkan kelayakan seseorang menjadi calon adalah kesalahan bagi hukuman penjara satu tahun ke atas serta denda melebihi RM2,000 atau seseorang itu telah mengisytiharkan kesetiaannya kepada negara lain.

"Perkara ini kelihatan masih longgar tidak sejajar dengan ketegasan yang dipamerkan dalam pindaan perlembagaan tersebut," kata Ahmad.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/ulama-pas-mahu-tokoh-jelik-terpalit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Tetap Tak Bekerjasama Pihak Terpalit Rasuah Kes Mahkamah

Pn Tetap Tak Bekerjasama Pihak Terpalit Rasuah Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 103 hits
ismaweb net10 mins agoAkan dapatkan penjelasan berhubung dakwaan kerjasama PAS UMNOKUALA LUMPUR 11 Safar 1444H Khamis Perikatan Nasional akan mendapatkan penjelasan daripada PAS berhubung dakwaan wujud rundingan sulit antara parti itu dan U...
Nak Percaya Kepada Pas Ph Tidak Lindungi Perasuah Tetapi Pas Sokong Umno Penuh Rasuah

Nak Percaya Kepada Pas Ph Tidak Lindungi Perasuah Tetapi Pas Sokong Umno Penuh Rasuah

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 150 hits
PH tidak lindungi perasuah tetapi Pas sokong Umno penuh rasuah Posted By on September 03 2022Tulisan pemimpin Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki membayangkan Pakatan Harapan di kelilingi perasuah dan mereka sangat tidak selesa dengan tulisan Preside...
Nik Amar Dicabar Namakan Calon Pm Dari Pas

Nik Amar Dicabar Namakan Calon Pm Dari Pas

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 152 hits
MOHD ALI HASHIMKenyataan Naib Presidean Pas Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bahawa Pas juga mempu menjadi Perdana Menteri kerana ia merupakan satu tugas mudah boleh diibaratkan sebagai angan angan Mat Jenin Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasiona...
Tiada Usul Tamat Kerjasama Dengan Umno Dibawa Ke Muktamar Pas Kata Takiyuddin

Tiada Usul Tamat Kerjasama Dengan Umno Dibawa Ke Muktamar Pas Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 108 hits
freemalaysiatoday com August 20 2022 10 25 AMTakiyuddin Hassan berkata pendirian PAS berkaitan penyatuan ummah amat jelas yang bukan sahaja terhad dengan Umno tetapi juga parti lain ALOR SETAR PAS tidak menerima sebarang usul berkaitan mena...
Skandal Lcs Pas Sedia Bantu Pertahan Umno

Skandal Lcs Pas Sedia Bantu Pertahan Umno

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Pas sedia memberi bantuan kepada UMNO yang kini dilihat cedera bagi memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Penerangan Pas Khairil Nizam Khirudin berkata kecederaan UMNO itu adalah berikutan serangan bertubi tu...
Frequent Concerts Will Anger Allah Pas Youth

Frequent Concerts Will Anger Allah Pas Youth

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 252 hits
PAS Youth today condemned the holding of concerts in Malaysia which it claims to be happening again and again The holding of concerts again and again is madness and invites Allah s anger Stop it Don t challenge the emotions of Muslims Autho...
Kalau Pas Dan Umno Bertembung Kita Hadap Sajalah

Kalau Pas Dan Umno Bertembung Kita Hadap Sajalah

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 88 hits
malaysiakini comCadangan untuk mewujudkan kerusi Muafakat Nasional timbul kerana PAS tahu parti itu tidak dapat bergantung kepada kekuatan Bersatu kata setiausaha agung veteran Umno Mustapha Yaakub Ini selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mo...
Kenapa Pas Amat Memalukan Islam

Kenapa Pas Amat Memalukan Islam

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 283 hits
Silalah baca Kenapa Pas Amat Memalukan Islam 1 Apabila Najib disabitkan kesalahan dengan penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam perbicaraan SRC Haji Hadi dan pemimpin tertinggi Pas segera datang memberikan sokongan moral kepada Najib K...
Umno Sabah Tetap Bekerjasama Dengan Bersatu Pas Hadapi Pru 15

Umno Sabah Tetap Bekerjasama Dengan Bersatu Pas Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 234 hits
agendaily com20 08 2022Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin Sabah tidak terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang mengarahkan parti itu di peringkat bahagian atau negeri untuk tidak mengadakan ...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Influencer Marketing For Businesses

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Buah Sukun 6 Khasiat Yang Tak Ramai Orang Tahu

Aepul Roza I L U Chord

Jadilah Cucu Yang Disayang