Kalau Pas Dan Umno Bertembung Kita Hadap Sajalah


malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Aug 20, 2022 10:00 AM

Cadangan untuk mewujudkan kerusi 'Muafakat Nasional' timbul kerana PAS tahu parti itu tidak dapat bergantung kepada kekuatan Bersatu, kata setiausaha agung veteran Umno, Mustapha Yaakub

Ini selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki, berkata PAS perlu segera mencari jalan mewujudkan "kerusi Muafakat Nasional" bersama Umno-BN.

"Kenyataan itu keluar selepas PAS menyedari bahawa mereka tidak mampu bergantung kepada kekuatan Bersatu untuk menang dalam PRU ke-15 nanti.

"PAS kini baru menyedari bahawa mereka tidak mampu menumpang Bersatu, kedudukan mereka dalam PN juga agak terpinggir," katanya kepada Malaysiakini.

Kata Mustapha, Umno kekal dengan pendirian untuk bergerak solo meskipun PAS menjangkakan 27 kerusi berisiko dimenangi Pakatan Harapan (PH) jika berlaku pertembungan antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

"Risiko hilang kerusi atau tewas kepada PH jika berlaku pertembungan kita hadap saja, tak kiralah berapa penjuru, kita lawan saja," katanya.

Pada 12 Ogos lalu, Zuhdi berkata Muafakat Nasional (MN) adalah kaedah yang mampu menafikan kemaraan PH pada PRU akan datang.
"Oleh yang demikian, ruang perlu diterokai dalam MN agar usaha itu dapat dilaksanakan.

"Di Semenanjung Malaysia, ada 27 kerusi yang sangat berisiko untuk jatuh ke tangan PH sekiranya Umno dan PAS bertembung," kata Mohd Zuhdi.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata Umno tidak perlu melayan sandiwara PAS yang baru menyedari bahawa PN tidak mempunyai kekuatan seperti mana diharapkan.

"Hasrat PAS untuk menumpang Bersatu, tapi sebaliknya Bersatu yang menumpang jentera PAS," katanya.

'Beri laluan Umno tanding 27 kerusi'

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Umno, Syed Mohd Johan Rizal, berkata PAS perlu memberi laluan kepada Umno bertanding di 27 kerusi jika benar ia berisiko dimenangi PH.

Katanya, jika PAS mendukung penyatuan ummah, parti itu perlu sedia membuka ruang kepada Umno bagi memastikan PH dapat dikalahkan.
Tambahnya, cadangan itu relevan memandangkan kekalahan PAS dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini.

"Lagi pun dilihat bahawa setelah kalah di Melaka dan Johor, kenyataan PAS ini menunjukkan PAS tidak lagi yakin dengan gabungan PN.

"Jadi, daripada hanya jadi parti nyamuk yang menjadi penyebab PH bakal menang di 27 kerusi tersebut, lebih baik serah pada Umno.

Jelasnya, Pemuda Umno kekal konsisten dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) setelah usaha memulihkan MN di Melaka dan Johor buntu.

"Kita telah buat keputusan untuk bergerak solo, itulah prinsip Umno dan BN. Jadi PAS pujuklah Bersatu supaya 27 kerusi itu diserahkan pada BN dan jangan letakkan calon PN di situ," katanya kepada Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/kalau-pas-dan-umno-bertembung-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Pas Sedia Bantu Pertahan Umno

Skandal Lcs Pas Sedia Bantu Pertahan Umno

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Pas sedia memberi bantuan kepada UMNO yang kini dilihat cedera bagi memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Penerangan Pas Khairil Nizam Khirudin berkata kecederaan UMNO itu adalah berikutan serangan bertubi tu...
No Autonomy For Umno State Leaders To Decide On Working With Pas Bersatu

No Autonomy For Umno State Leaders To Decide On Working With Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 332 hits
Umno s state and division leaders do not have the autonomy to decide on cooperation with PAS and Bersatu says the party s secretary general Ahmad Maslan Instead he said all parties need to refer to the Umno general assembly in March 2021 wh...
Pemimpin Umno Pas Henti Berkelahi Di Media Reezal Merican

Pemimpin Umno Pas Henti Berkelahi Di Media Reezal Merican

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 281 hits
Reezal Merican Naina Merican berkata adalah lebih baik pandangan yang hendak diberikan itu dituju terus kepada parti Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Pemimpin politik termasuk daripada UMNO dan Pas dinasihatkan tidak menggunakan media untuk ...
Tiada Usul Tamat Kerjasama Dengan Umno Dibawa Ke Muktamar Pas Kata Takiyuddin

Tiada Usul Tamat Kerjasama Dengan Umno Dibawa Ke Muktamar Pas Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 194 hits
freemalaysiatoday com August 20 2022 10 25 AMTakiyuddin Hassan berkata pendirian PAS berkaitan penyatuan ummah amat jelas yang bukan sahaja terhad dengan Umno tetapi juga parti lain ALOR SETAR PAS tidak menerima sebarang usul berkaitan mena...
Muktamar No Motion Yet On Pas Cooperation With Umno

Muktamar No Motion Yet On Pas Cooperation With Umno

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 322 hits
PAS has yet to receive a motion to be discussed and debated at its upcoming general assembly on whether it should continue its political cooperation with Umno through Muafakat Nasional Instead its secretary general Takiyuddin Hassan said so...
Umno Sabah Tetap Bekerjasama Dengan Bersatu Pas Hadapi Pru 15

Umno Sabah Tetap Bekerjasama Dengan Bersatu Pas Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 317 hits
agendaily com20 08 2022Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin Sabah tidak terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang mengarahkan parti itu di peringkat bahagian atau negeri untuk tidak mengadakan ...
Pru 15 Pas Bergerak Di Bawah Payung Pn Sedia Bertembung Dengan Barisan Nasional

Pru 15 Pas Bergerak Di Bawah Payung Pn Sedia Bertembung Dengan Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 232 hits
KOTA KINABALU PAS sedia berhadapan sebarang kemungkinan termasuk bertembung dengan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sekiranya BN memutuskan untuk bergerak solo m
Pas Urges Umno To Reconsider Decision Not To Cooperate For Ge15

Pas Urges Umno To Reconsider Decision Not To Cooperate For Ge15

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 239 hits
Umno should not ban its state and divisional leadership from cooperating with PAS for the upcoming general election said PAS spiritual leader Hashim Jasin He alleged that some Umno chapters wanted to work with PAS to unite the ummah believi...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini