Udang Masak Lomak Cili Api Vs Kari Ikan Termenung


 Assalamualaikum...
DAH beberapa hari Iman minta masakkan lauk Udang Masak Lomak Cili Api. Tapi, Sk bilang, habiskan lauk-lauk yang ada dulu. Jadi, setiap waktu tengahari, cuma makan lauk-lauk yang dipanaskan. Bila malam pulak, dah masak lauk permintaan bapaknya, lupa pulak nak masakkan lauk kegemaran anaknya 😆
Jadi, hari ini, Sk bercadang nak masakkan lauk permintaan Iman petang-petang. Pukul 12, Pak Inche ajak keluar tapau lauk untuk makan tengahari. Sk bukan tak kenal perangai Pak Inche, nak tapau lauk, mahu tiga empat kedai dia pergi. Dia kata, nak cari lauk kari-kari. Hurmmm.. malas pulak nak keluar, terbayang nanti akan singgah ke sana.. ke siniiii.. jadi, Sk kata, kalau nak kari, boleh je masak, tak payah tapau di kedai, hihi.

Kebetulan pulak,  Kak Amie di LD dan Emak Cella di KL masak udang jugak hari ni ya, memang sejiwa betul, hihi. 
Antara sebab Sk asyik bertangguh memasak masakan kegemaran Iman ni, kerana Sk kehabisan stok kunyit hidup. Dapat Sk bayangkan muka kecewa Iman kalau mengadap lauk kari lagi hari ini. Jadi, Sk nekad jer la, masak lomak cili api guna serbuk kunyit sahajo 🧑‍🍳. Udang tu pun, beli di pasaraya dalam taman aje. 
Udang Masak Lomak Cili Api
15 ekor udang saiz sederhana2 batang serai diketuk21 biji cili api 1/2" halia3 hiris lengkuas1 sudu serbuk kunyit2 asam keping1 1/2 cawan air1 cawan santan pekat3 helai daun limau purutGaram secukup rasaAjinomoto jika suka
Cara-cara :
1. Kisar halus cili api, lengkuas dan halia. Masukkan ke dalam periuk bersama serai dan panaskan hingga cili masak. Jika agak kering tambahkan sedikit sedikit air

2. Bila cili cukup masak, tambahkan serbuk kunyit dan air, biar mendidih. 
3. Masukkan udang, santan dan asam keping, sentiasa kacau sehingga udang masak dan kuah mendidih

4. Masukkan daun limau purut, garam secukup rasa dan ajinomoto. Boleh matikan api

Selalunya kalau masak lomak udang ni, Sk suka masukkan kacang buncis, tapi tak ada stok, nak ke kedai banyak pulak cekadaknya, jadi udang solo sajalah nampaknya. Lepas Pak Inche bangun dari meja makan, Iman tanya, boleh tak kalau dia habiskan tiga ekor udang yang berbaki dalam mangkuk. Nak tambah nasi jugak, katanya. Haaa.. tu dia kalau dah dapat lauk kegemoran 😅

Kari Ikan Termenung untuk Pak Inche. Beli ikan empat ekor, dua ekor masuk dalam kari, dua ekor perap garam kunyit, seekor sahaja yang digoreng, lagi seekor kita goreng tengahari esok. Ikan dalam kari pun ada seekor lagi, punnnn esok kita panaskan untuk makan tengahari. 
Kari Ikan Termenung
2 ekor ikan termenung (kembung)1 bawang besar merah dimayang2 bawang putih dimayang1/2" halia dihiris1 kulit kayu manis yang kecil2 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelaga1 tangkai daun kari2 sudu rempah kari ikanAir secukupnya2 asam kepingGaram secukup rasaAjinomoto jika suka
Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga, bawang dan halia hingga layu

2. Masukkan daun kari dan rempah kari serta sedikit air, tumis hingga pecah minyak. Tambah air sedikit dan tumis lagi hingga pecah minyak beberapa kali

3. Tambah air secukupnya, masukkan asam keping dan ikan. Masak hingga mendidih dan ikan masak

4. Masukkan garam dan cap cap cap ajinomoto

Macam udang jugak, ikan pun solo jer dalam kari. Tomato ke.. bendi ke.. semua tak masukkan sebab tak ada, hihi. Tapiiiiii..


Sambal belacan dan ikan goreng jangan tak ado... Boleh jadi amukan 😂😂😂 Macam Sk beritahu tadi, goreng ikan seekor sahajo. Iman kata, dia tak nak ikan goreng, nak makan udang semato.. Jadi, ikan goreng ni memang semua Pak Inche punya la. Sk boleh jer hidup tanpa ikan goreng.. lalalalala










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2021/07/udang-masak-lomak-cili-api-vs-kari-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Petai Kikis

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Petai Kikis

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 490 hits
Assalamualaikum Hi korang Petai kikis Apa maksud petai kikis Haaa ni antara style masakan yang Mak SA ajar dan biasa dia buat dalam masakan yang melibatkan petai petai ni petai kikis bermaksud kulit luaran petai yang warna hijau tu di kikis...
Daging Dan Keli Salai Masak Lomak Cili Api

Daging Dan Keli Salai Masak Lomak Cili Api

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum TENGAHARI ini Sk cuma masak nasi Lauk lauk semalam kelmarin semua dah wassalam jadi Sk pesan lauk yang asyik lalu lalang dalam whatsapp dari satu page Makan makan Delivery Terdapat pelbagai pilihan masakan salai yang dimasak...
Ketam Masak Lemak Cili Api Suami Untuk Isteri Mengidam

Ketam Masak Lemak Cili Api Suami Untuk Isteri Mengidam

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 328 hits
Assalamualaikum dan Salam Alam Maya Kembali menulis nak ulang tayang balik semasa Si Isteri mengidamkan Ketam Di sebabkan menjadi weekend husband sama sama merantau jauh dari kampung halaman Nak mintak Ma Mak masak pun jauh Maka dengan berk...
Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Yang Pekat Tanpa Santan Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style

Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Yang Pekat Tanpa Santan Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 992 hits
As Salam Dengan Bismillah Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Tanpa Santan Yang Pekat Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style Entri masak masak ni sebenarnya entri throwback gitu Saya masak menu ni untuk makan tengahari hari semalam Weekend kan K...
Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Dan Sambal Cili Api Pedas Meletop

Resepi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk Dan Sambal Cili Api Pedas Meletop

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 420 hits
Assalamualaikum dan Selamat pagi Lama teringin makan Nasi Ayam Kicap 3 Budak Gemuk dengan Sambal Cili Api Pedas Meletop dekat The H Damansara tu Kalau sebelum PKP ni memang selalu Bonde pergi This is a content summary only Visit my website ...
Resepi Siakap Goreng Masak Cili

Resepi Siakap Goreng Masak Cili

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 285 hits
Siakap goreng masak ciliBahan bahan 2 biji bawang besar4 5 bawang putih3 biji cili hidupTumbuk kasar kesemua bahan diatas 3 4 sudu cili boh cili kisarGulaSecukup rasaGaramIkan yang telah digaram kunyitkan dan goreng ketepikan Cara cara Tumi...
Kari Ikan Bawal Sedap

Kari Ikan Bawal Sedap

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 542 hits
Teringin nak makan masak kari ikan Bawal apa kata cuba resepi ini pasti sedap dan menyelerakan Untuk resepi ini anda perlukan bahan2 di bawah 1 ekor ikan bawal2 sudu besar serbuk kari ikan1 sudu besar serbuk cili1 tangkai daun kariair asam ...
Kari Merah Thai Ikan Jenahak Menu Untuk Lunch

Kari Merah Thai Ikan Jenahak Menu Untuk Lunch

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 556 hits
KARI MERAH THAI IKAN JENAHAK MENU UNTUK LUNCHBuka peti ais lihat apa ada didalamnya Haaa ada sekor ikan jenahak rupanya Lepas la lauk untuk makan tengahari esok ye
Resepi Sotong Masak Kari

Resepi Sotong Masak Kari

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Sotong Masak Kari pula dengan korang Sebenarnya kan nie pertama kali Kak Sue cuba masak nie tau Biasanya goreng kunyit goreng tepung dan masak sambal aja Kali nie saja lah nak cub...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti