Ketam Masak Lemak Cili Api Suami Untuk Isteri Mengidam
Assalamualaikum dan Salam Alam Maya,
Kembali  menulis nak ulang tayang balik semasa Si Isteri mengidamkan Ketam. Di  sebabkan menjadi 'weekend husband', sama-sama merantau jauh dari kampung  halaman. Nak mintak Ma-Mak masak pun jauh. Maka dengan berkat usaha  gigih Si Suami ni termuncullah Plan Projek Ketam Masak Cili Api pada  hujung minggu yang lepas

Ini  adalah kali pertama aku mengopek ketam, kali pertama masak cili  api..dan bergabung terjadi Kali-Pertama-Ketam-Masak-Cili-Api. Oleh  kerana Wife teringin nak makan Ketam, jadi kebetulan pergi ke Star Mall  Mentakab, Pahang.. Kami singgah di TF Mall Temerloh mencari bahan mentah  untuk Projek Ketam Masak Lemak Cili Api ni
(Segala bahan-bahan di pilih oleh wifey.. hubby cari skit-skit je bahan tambahan)
Kemudian selepas dah pilih barang untuk masak makan tengahari esoknya..
Sebenarnya  oleh kerana ni pertama kali aku cuba untuk memasak Ketam MasaK Lemak  Cili Api, maka terjumpa lah satu resipi koleksi masakan ketam di  facebook
Rujuk SINI tengok Cara Blogger Siang Ketam dengan bergambar dan SINI
KETAM MASAK LEMAK CILI API 
 Masa:
 Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
 Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan 
 Bahan-Bahan: 
 3 ekor ketam segar
 1 batang serai, dititik
 1 helai daun kunyit, carikkan
 2 cawan santan pekat
 1 keping asam gelugor
 Bahan untuk kisar halus:
 5 biji cili api
 2 biji cili merah
 1/2 biji bawang besar
 1 inci kunyit hidup
 3 biji bawang merah
 3 ulas bawang putih
 Secubit belacan 
 Cara Penyediaan: 
 Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit  ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang  dimakan kemudian. 
 Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan  masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati  santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat. 
 Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit. 
 Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih. 
 Tips:
 Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit  (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua  bahagian dan leraikan kaki bersepit. 
 Credit: Facebook. Boleh Rujuk Koleksi Pelbagai Resipi Masakan Ketam di SINI

Sebelum  nak mulakan masakan, buka Youtube siap-siap macam mana cara untuk  menyiang ketam...haha. Bila dah tau konsepnya maka mudahlah untuk  meneruskan perjuangan ni. Mula-mula buka cengkerang atas tu elok-elok,  lepas tu buang insang-insang, bersihkan isi dalam
Ada  tengok Youtube Mat Salleh tentang cara siang ketam ni, ada  bahagian-bahagian isi perut ketam tak di galakkan buang sepenuhnya  kerana untuk memberi rasa ketam yang kaw-kaw ho liao dalam masakan
p/s: Cengkerang belakang tu boleh di buang atau di simpan untuk hiasan, deko-deko sebgai final touch nanti
Selepas  dah selesai bersihkan dan menyiang ketam tu, boleh potong kecil-kecil.  Semua atas pilihan. mana-mana bahagian yang bajet kurang isinya tu boleh  di buang. Tapi bagi situasi aku ni sengaja untuk biarkan sebab nak bagi  deko-deko extra... Bahagian Penyepit tu kena retakkan supaya senang nak  kopek nanti.. dan bagi rasa ketam meresap keluar. Api kena perlahan  supaya santanya tak 'pecah' kata wife

Tada.. Siap la Ketam Masak Lemak Cili Api
AKu  follow 95.5% Langkah-langkah dalam resipi di atas tu. Insya-allah  menjadi walaupun anda seorang lelaki dan pertama kali nak masak  ketam..haha.

Menu tambahan, Sotong celup tepung goreng butter dan sayur goreng je..
Markah Isteri kepada Hasil Masakan Suami ni 7/10 katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://ismiqbal.blogspot.com/2019/02/ketam-masak-lemak-cili-api-suami-untuk.html