Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Yang Pekat Tanpa Santan Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style


 As Salam,
Dengan Bismillah,
Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Tanpa Santan Yang Pekat Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style. Entri masak-masak ni sebenarnya entri throwback gitu.Saya masak menu ni untuk makan tengahari hari semalam. Weekend kan.Kita masaklah hok yang heavy sikit untuk bapak dan anak bapak makan tengahari.Lebih tepat lagi, bapak anak yang request menu ni.Haruslah kita usahakan ianya menjadi dengan jayanya.
Kari Daging Kambing mamak style.Ini cara saya masak kari Daging kambing yang pekat tanpa santan.Bagi saya, untuk masakan daging seperti kari kambing ni, memang lebih sedap kalau dapat yang pekat dengan campuran bahan rempah yang banyak. 
Encik Suamiku kerap request menu kari kat rumah ni.Saya agak dia dah kena manderem dengan resepi kari saya.haha.Dalam seminggu, pasti ada ulangan menu kari.Kalau tak daging kari atau ayam, ikan pun harus dikarikan jugak.mueheh.Bersyukurlah ya.Untung dia mintak benda yang kita mampu sediakan.Kalau menu yang level tinggi lagi, memang mampu order jelah.hiks.
Alhamdulillah.Syukur dapat sediakan menu permintaan Encik Suamiku:) Marilah kita sama-sama cuba dan masak sendiri Kari Daging Pekat tanpa santan mamak style.yeahh


Marilah kita teruskan kepada tujuan entri kita pada kali ini ya Ibu-Ibu semua.InshaAllah, resepi yang saya kongsikan ini adalah masakan kari pertama yang saya kongsi dalam Blog Cik Matahariku. Kalau tak silap saya, saya pernah kongsi kari ikan senangin sebelum ini.Tapi yang ini kita masak Kari Daging Kambing pulak ya.Jom, tengok resepi dulu.


Resepi Cara Masak Kari Daging Kambing Tanpa Santan Yang Pekat Dan Pasti Sedap Ala Mamak Style


Sumber Resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan Utama :
 1 kilo Daging Kambing  siap potong kiub
3 sudu besar kari daging Babas
3 sudu besar cili kering blend
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 labu bawang besar saiz sederhana dihiris
5 tangkai daun kari
4 sekawan rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, buah cengkih )
Asam keping ( 1 keping )
2 sudu makan kerisik
2 biji kentang dipotong/ belah 4
1 biji tomato belah 4
1 sudu makan cuka (untuk makanan)
Minyak untuk menumis


Bahan-bahan untuk dikisar
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan kasar


Cara Menyediakan Kari Daging Kambing yang Super Sedap Mamak Style.

Bila minyak dah panas, Mula-mula kita masukkan dulu bawang besar yang dah dihiris bersama rempah empat sekawan dan daun kari.Masak sehingga naik bau

Kemudian masukkan bahan yang kita kisar seperti bawang, halia, kunyit dan lain-lain.Kacau sehingga semua bahan sebati.Biarkan seketika sebelum kita masukkan bahan lain

Sebelum masukkan cili kering blend dan serbuk kari, kita biarkan dahulu air lebihan dari bahan yang kita kisar tadi, kering dahulu, barulah kita masukkan serbuk kari


Kemudian, masa ni bolehlah kita masukkan cili kering blend, serbuk kari dan kacau hingga sebati.Kita biarkan semua bahan ini sebati hingga terbit minyak.Masak sehingga kari dan cili benar-benar masak.Kalau bahan tumisan jadi kering, tambah lagi air sedikit demi sedikit



Bila bahan tumisan tadi dah terbit minyak macam dalam gambar, barulah kita masukkan daging kambing.Masukkan juga satu sudu teh cuka masakan.Saya dapat petua masukkan cuka dalam masakan daging adalah untuk empukkan daging dan memendekkan tempoh masa kita memasak daging. Boleh juga masukkan kentang time ni. Boleh tambah lagi satu cawan air nak bagi lembutkan daging kambing ni selain penggunaan cuka tadi

Orait, masa ni kuah kari daging style mamak kita dah semakin pekat.Bolehlah masukkan  tomato dan juga kerisik

Amacam gais.Suka dak tengok hasilnya? heh.Seperti yang diharapkan, kari daging mamak style ini memenuhi piawian kesedapan Encik Suamiku.ewahh


Kita bagi close up sikit kari daging pekat style mamak yang telah diusahakan sehingga berjaya oleh Cik Matahariku-Jangan lupa gais hashtag #resepicikmatahariku-hiks.InshaAllah, pasti menjadi

Kari daging kambing tanpa santan ini juga telah membuatkan anak kedua saya yang tak suka daging kambing akhirnya mengalah dan telah menambah makan nasi akibat tidak tahan dengan kesedapan kari mamak style ni.Kan dah kata, depa ni semua dah kena manderem sebenarnya.haha


Selamat mencuba semua:)Kuah kari ni kalau dapat makan dengan lempeng, roti puri, roti canai segera atau roti bomm pun massyuk kan.Jomlah buat


Terima kasih sudi membaca post ini hingga baris terakhir.Korang memang readers dan followers sejati Cik Matahariku.huwaa.Terharu sangatt




























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2021/06/resepi-cara-masak-kari-daging-kambing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap

Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 358 hits
Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap Sebenarnya resepi gulai daging ni ada bermacam macam mazhab sebab walaupun pada asasnya semuanya kari tapi bahan bahan yang digunakan tu ada yang pelik pelik tapi sedap contoh resepi dibawah ni memang s...
Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar

Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 362 hits
Sebut sahaja mengenai restoran Nasi Kandar pasti terbayang bayang keenakan Kari Mamak dan aneka lauk pauknya yang lain Sangat padu Masakan seperti telur ikan dan sotong semestinya buat kita kecur liur Hidangan Kari Ayam Mamak pun jangan dil...
Tak Rugi Masak Kari Daging Tetel Rebung Ni Sedap Padu

Tak Rugi Masak Kari Daging Tetel Rebung Ni Sedap Padu

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 273 hits
Ramai sukakan Kari Daging Tetel Rebung hingga ada pelbagai versi kari seumpamanya asalkan ia bersesuaian dengan selera keluarga Anda yang belum pernah masak atau makan berikut dikongsikan resipinya yang boleh anda cuba sendiri kerana menu d...
Resepi Cara Masak Nasi Tomato Dengan Menggunakan Rice Cooker

Resepi Cara Masak Nasi Tomato Dengan Menggunakan Rice Cooker

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 433 hits
Bila teringin waktu pkp ni kenalah rajin rajin masak sendiri Memandangkan ada beras basmati dalam stok di rumah bahan bahan lain pun ada ana penuhi permintaan suami nak makan nasi tomato Hasil pencarian di internat jumpa lah resepi youtuber...
Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap

Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 450 hits
Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap Hai korang nak dijadikan cerita busyra teringin gila nak makan butter chicken lepas tengok video dekat youtube haha pengaruh youtube Tapi memandangkan tak ada daun kari terpaksa lah skip Tr...
Resepi Sotong Masak Ala Thai

Resepi Sotong Masak Ala Thai

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 483 hits
Sotong Masak Ala ThaiBahan bahan SotongKacang PanjangCili Padi MerahBwg Merah mayangSerai 1 Daun Limau Purut 4 5 helaiSerbuk Lada Hitam sikitSos Ikan Renjis ikut suka Serbuk KunyitMushroom Seasoning optionalBahan Kisar 4 5 btg cili merah4 5...
Resepi Mee Kari Nyonya Simple Sedap Dan Puas Hati Makan Bertambah

Resepi Mee Kari Nyonya Simple Sedap Dan Puas Hati Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 369 hits
RESEPI MEE KARI NYONYA SIMPLE SEDAP DAN PUAS HATI MAKAN BERTAMBAH Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca semua Resepi Mee Kari ni sangat sedap kalau bahan yang di gunakan tidak kedekut dan terlebih lebih Ada pelbagai variasi Rese...
Resipi Ayam Kari Masak Merah Pekat Dua Rasa Dalam Satu Menu Buat Nasi Bertambah

Resipi Ayam Kari Masak Merah Pekat Dua Rasa Dalam Satu Menu Buat Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 344 hits
Bila disebut kari mungkin kita sudah biasa Namun bila menggabungkan dua menu dalam satu resipi terfikir fikir bagaimana gabungan rasa masakan ini Rupanya ia adalah gabungan rempah yang rasanya hampir sama Nak tahu macam mana rasa Ayam Kari ...
Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

The Upsides Of Saying Sorry

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Separuh Akhir Muzik Muzik 39

Helter Skelter Memori Mardiana Chord

Caffeine Aku Takkan Memiliki Chord

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm

Senyum Itu Satu Sedekah Senyum Itu Serlahkan Keperibadian

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn