11 Hadiah Terbaik Untuk Ibubapa Sempena Ramadan Bagi Tahun 2024


Ramadan semakin hampir, jadi kalau anda rasa nak hadiahkan sesuatu kepada ibubapa anda boleh tengok sini senarai lebih 10 jenis hadiah yang anda boleh beli untuk mereka.

Ramadan tahun 2024 pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, jika di Malaysia sendiri, kini kita sudah dibenarkan untuk pergi ke masjid untuk tarawih dan solat jemaah. Kerana kes COVID-19 dari hari ke hari menunjukkan penurunan.
Baca Juga : 10 Perfume Popular Pilihan Lelaki Yang Anda Boleh Cuba
Walaubagaimanapun, rentas negeri masih tidak dibenarkan lagi-lagi untuk pulang ke kampung. Jadi disebabkan itulah, ada anak yang terpisah dengan ibubapa di kampung. Tahun ini, tak sempat balik sempena Ramadan seperti tahun-tahun yang lain. Jadi mungkin ada anak yang terpaksa duduk di kampus atau mungkin ada anak yang tidak dapat pulang kerana kerja di bandar.

Disebabkan tidak boleh balik ke kampung tahun ini, sebagai tanda ingatan, mungkin anda boleh hadiahkan sesuatu untuk ibubapa anda di kampung. Jadi disini, disenaraikan lebih 10 jenis hadiah untuk ibubapa yang anda boleh beli sempena Ramadan. Anda boleh beli terus daripada Shopee dan Lazada dan boleh terus hantar ke rumah ibubapa anda sebagai tanda ingatan kan.
10+ Jenis Hadiah Untuk Ibubapa Sempena Ramadan Ada hadiah atau pemberian ini sesuai untuk ibu sahaja dan ada untuk ayah sahaja. Dalam pada itu juga, ada untuk seisi keluarga yang boleh digunakan sepanjang Ramadan.
#1 - Telekung
Tidak boleh tidak, telekung ini ada barangan keperluang untuk perempuan bagi mengerjakan solat. Anda boleh hadiahkan untuk ibu anda sebagai ganti kepada telekung yang lama. Mungkin dengan telekung baru ini, memberikan lebih keselesaan kepada ibu anda sepanjang menunaikan solat terutamanya pada bulan Ramadan. Belilah jenama Siti Khadijah.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#2 - Kopiah
Ini pastinya untuk lelaki. Jadi anda boleh beli untuk ayah yang berada di kampung. Belikan kopiah yang baru, bersih dan cantik supaya ayah anda bersemangat dan selesa untuk menunaikan solat terutama pada bulan Ramadan. Kadang kopiah tidak perlu yang mahal pun, sekadar kopiah baru, putih dan bersih sahaja.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#3 - Songkok
Mungkin ayah kita sudah ada kopiah yang baru dibeli, jadi nak hadiahkan juga untuk dipakai di kepala. Anda boleh hadiahkan songkok. Kadang ada mereka yang selesa apabila pakai songkok ataupun mereka sudah biasa dengan songkok. Yang penting solatnya dan bukan songkok atau kopiah kan. Jadi kalau ayah anda berminat, boleh belikan songkok juga.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#4 - Kurma
Inilah makanan sunnah yang selalu kita makan ketika bulan puasa iaitu Kurma. Sekurang-kurangnya setiap meja makan kita pasti akan ada bekalan Kurma tidak kira la jenis apa pun. Jadi anda sebagai anak, mungkin boleh tolong belikan atau hadiahkan ibubapa anda di kampung sekotak kurma. Lagipun sekarang sudah musim PKP dan tidak dibenarkan keluar rumah kan.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info

#5 - Naskhah Al-Quran
Betapa besarnya ganjaran yang menghadiahkan orang lain sebuah al-Quran. Selagi mana mereka baca, pastinya akan ada saham akhir untuk kita. Mungkin ibubapa kita di kampung perlukan al-Quran yang saiznya lebih besar disebabkan faktor usia warga tua yang mungkin kurang jelas penglihatan. Anda boleh beli saiz al-Quran yang lebih besar untuk mereka dan mungkin tambahan mempunyai terjemahan bahasa sekali.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#6 - Sejadah
Ramadan kali ini, semua masjid tutup, jadi kita semua akan mengerjakan solat fardhu beserta solat Tarawih hanya dirumah. Apakata, anda hadiahkan sejadah kepada ibubapa yang berada di kampung sempena Ramadan ini. Belilah untuk mereka sejadah yang tebal supaya, mereka selesa sepanjang melakukan ibadah solat.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#7 - Jubah
Jubah ni mungkin anda boleh beri keutamaan kepada ayah. Sama sahaja seperti kopiah. Belikan jubah yang bersih, putih dan selesa dipakai. Mungkin si ayah lagi semangat untuk terus beribadah sepanjang Ramadan ni kan. Tiap kali solat, boleh pakai jubah yang anda belikan.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#8 - Handsock
Handsock atau stoking tangan ni boleh dipakai oleh si ibu. Beri kemudahan kepada ibu kita bagi menjaga aurat. Walaupun tidak dibenarkan keluar rumah, handsock ini boleh juga dipakai bagi mengelakkan jika aurat terselak ketika solat terutamanya. Kalau nampak aurat kan, boleh batal solat. Kalau ada handsock, terjamin la sikit tangan tu kan.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info

#9 - Tasbih
Tasbih digunakan bagi perkiraan bilangan ucapan zikir kita kepada Allah. Pada bulan Ramadan kita disunatkan untuk banyak berzikir kepada Allah. Disebabkan kita sudah berada di rumah pada Ramadan 1441H kali ini, mungkin tasbih ini boleh sentiasa berada di tangan kita. Mungkin anda boleh hadiahkan kepada ibubapa anda tasbih biji atau tasbij digital sahaja. Lebih mudah kan.
Info Lanjut Tasbih Biji :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
Info Lanjut Tasbih Digital :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#10 - Microwave
Nak hadiahkan barang lebih besar sikit, mungkin boleh bagi mereka microwave. Kalau malam sudah masak untuk dibawa ke Sahur, boleh suruh mereka panaskan lauk pauk di dalam microwave je. Kerja lebih senang dan tidaklah kalut terutama bile waktu sahur kan. Mungkin sedikit mahal, tetapi ikutlah bajet anda.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info
#11 - Air Fryer
Air Fryer ni mungkin, ibu anda nak sangat tapi tak sanggup nak minta kat anak-anak kan. Inilah masanya yang sesuai untuk hadiahkan peralatan dapur ini. Dengan air fryer juga makanan menjadi lebih sihat dan sangat sesuai untuk warga ibubapa hatta kita sekali pun. Jika cukup bajet, boleh hadiahkan sebuah air fryer sempena Ramadan kali ini. Bukan selalu kan.
Info Lanjut :  SHOPEE/Icon/button  LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info


Selamat menyambut bulan Ramadan...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2020/04/10-jenis-hadiah-untuk-ibubapa-sempena-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Destinasi Rasa 2024 Santapan Raja Sehari Sempena Bulan Ramadan Di Le M Ridien Putrajaya

Destinasi Rasa 2024 Santapan Raja Sehari Sempena Bulan Ramadan Di Le M Ridien Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 355 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Ayuh meraikan bulan mulia dengan makanan yang enak dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menghayati cita rasa tempa...
Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2024

Lokasi Bazar Ramadan Bagi Seluruh Negeri Pahang Untuk Tahun 2024

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 349 hits
Dah setahun tak singgah di Bazar Ramadan kan Dah rindu dengan murtabak air katira dan tepung pelita Jadi disini saya senaraikan lokasi Bazar Ramadan yang ada di seluruh negeri Pahang untuk tahun 2024 Antara kebiasaan yang berlaku ketika Ram...
Ptptn Tawar Hadiah Rm100 000 Sempena Kempen Wow Syoknya Raya 2024

Ptptn Tawar Hadiah Rm100 000 Sempena Kempen Wow Syoknya Raya 2024

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 305 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menawarkan hadiah lumayan wang tunai keseluruhan berjumlah RM100 000 untuk 181 pemenang sempena Kempen WOW Syoknya Raya 2024 Tempoh kempen bermula 1 Mac 2024 sehingga 30 April 2024 Kempen WOW Syo...
Bufet Ramadan 2024 Jom Makan Makan Di Ibis Styles Sepang Klia

Bufet Ramadan 2024 Jom Makan Makan Di Ibis Styles Sepang Klia

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 237 hits
Hi Everyone This Ramadan season indulge in the spirit of togetherness and exquisite culinary delights with the Jom Makan Makan dinner buffet at ibis Styles Sepang KLIA From March 15 to April 7 2024 guests are invited to embark on a gastrono...
Kkm Bakal Teruskan Operasi Ramadan 2024 Sepanjang Bulan Puasa Bagi Menjamin Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan

Kkm Bakal Teruskan Operasi Ramadan 2024 Sepanjang Bulan Puasa Bagi Menjamin Keselamatan Makanan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 284 hits
Mulanya bulan Ramadan pada hari ini Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2024 secara serentak di seluruh negara yang melibatkan semua premis makanan termasuk di bazar Ramadan yang akan bertambah pengunjung sepanjang bulan p...
Ramadan 2024 Rasa Sayu Terkenang Ayahanda

Ramadan 2024 Rasa Sayu Terkenang Ayahanda

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 284 hits
Alhamdulillah dapat jumpa lagi Ramadan 2024 Syukur sangat sebab masih diberi peluang menarik nafas dan merasa nikmat dunia lagi Tahun ni lagi terasa sayu bila adik pun dah berkahwin dan duduk rumah asing Nikmat berbuka sekali dah tak macam ...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

Girls Leadership Institute

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Eur Usd 20 Februari Kebimbangan Fomc Terhadap Dasar Trump

Huawei Mate Xt Varian Spesifikasi Dan Harga Malaysia

S Pay Global Skas Cara Tebus Buat Bayaran Di Kedai

Majlis Tahlil Doa Selamat Potluck Sempena Menyambut Ramadhan