U Turn Moratorium Apa Khabar Mak Cik Kiah



Saya bersimpati dengan rakyat biasa yang mengharapkan agar ada sedikit kelegaan untuk penangguhan bayaran ansuran bank selama 6 bulan tanpa perlu tanggungan bayaran faedah atau keuntungan bank.

Dengan perkembangan terbaru, pasti ramai yang kecewa.

Walaupun masih ada segelintir yang cuba mempertahankan pusingan-U ini, bagi saya cubalah letak kepentingan jawatan dan politik ke tepi dan fikirkanlah cabaran yang terpaksa dihadapi orang Malaysia.

Nak kecam, kecamlah.

Cuma apa salahnya kalau kita bantu ringankan beban rakyat.

Saya bersependapat dengan kenyataan sdr Chang Lih Kang, MP Tanjung Malim/Naib Presiden KEADILAN seperti berikut:

Pusingan-u moratorium satu penganiayaan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah membuat satu pengumuman tentang moratorium pinjaman sewa beli selama 6 bulan agar beban rakyat akibat PKP dapat diringankan. Dalam ucapan khas pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat, Perdana Menteri telah memberi gambaran bahawa moratorium pinjaman sewa beli akan dilakukan tanpa tunggakan faedah terakru. Demi memudahkan pemahaman, Perdana Menteri memberi contoh keluarga Makcik Kiah, yang dapat jimat RM1800 daripada moratorium pinjaman sewa beli kereta selama 6 bulan.

Malangnya, baru selepas satu bulan, Perikatan Nasional telah membuat pusingan-u atas polisi tersebut. Menurut kenyataan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), kini bank akan kenakan faedah moratorium atas pinjaman sewa beli. Peminjam yang mengambil moratorium diberi 2 pilihan, sama ada membayar penangguhan ansuran terkumpul 6 bulan (April hingga September) bersama dengan ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan; atau lanjutkan 6 bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang kontrak, faedah akan dikenakan.

Saya mengecam sekeras-kerasnya pusingan-u moratorium ini, yang merupakan satu penganiayaan Perikatan Nasional terhadap rakyat jelata. Keputusan ini hanya akan membebankan para peminjam dan menguntungkan industri perbankan. 2 pilihan yang diberi kepada peminjam amat tidak munasabah. Sekiranya peminjam berupaya untuk membayar balik penangguhan ansuran terkumpul 6 bulan secara sekali gus, mereka tidak perlu mengambil moratorium. Maka, kebanyakan peminjam terpaksa memilih pilihan kedua, iaitu melanjutkan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang kontrak dan dikenakan faedah tambahan.

Keluarga Makcik Kiah terpaksa simpan RM1800 yang “dijimat” akibat moratorium ini, dan membayar balik kepada bank pada bulan Oktober nanti, supaya tidak dikenakan faedah tambahan. Maka, apa maknanya “penjimatan” ini jika wang yang “dijimat” tidak boleh dibelanja? Polisi yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan keluarga Makcik Kiah yang sebelum ini diwar-warkan banyak dapat bantuan menjadi bahan ketawa jiran tetangga.

“Dalam keadaan di mana kebanyakan rakyat hidup dalam kesengsaraan, keputusan kerajaan untuk membuat pusingan-u dalam perkara ini amat mengecewakan. Perikatan Nasional telah menyediakan hadiah Hari Pekerja yang paling pahit kepada kaum pekerja di dalam negara kita.”

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB perlu jelaskan kepada rakyat jelata, dalam proses mencapai keputusan ini, beliau memainkan peranan wakil rakyat atau wakil industri perbankan? Adakah keputusan ini dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat atau industri perbankan? Sekiranya Menteri tidak dapat memberi penjelasan yang wajar, beliau harus letak jawatan kerana gagal mempertahankan kepentingan rakyat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malayjaya.blogspot.com/2020/05/u-turn-moratorium-apa-khabar-mak-cik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Syarat Moratorium Diubah Mak Cik Kiah Dan Keluarga Akan Bertambah Susah Syed Saddiq

Jika Syarat Moratorium Diubah Mak Cik Kiah Dan Keluarga Akan Bertambah Susah Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 395 hits
Berita keputusan Bank Negara Malaysia menukar syarat moratorium menjadi buah mulut netizen pada saat ini Sebelum ini BNM menawarkan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pinjaman pembiayaan untuk jangka masa yan...
Moratorium Bank Negara U Turn Makcik Kiah Terkena

Moratorium Bank Negara U Turn Makcik Kiah Terkena

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 344 hits
Apa khabar mak cik Kiah Haritu Kerajaan kata kalau ambil moratorium untuk pinjaman sewa beli kenderaan Bank tidak akan kenakan kadar faedah Apa sudah jadi Bank pula u turn Bagi yang kerja ada gaji boleh pilih untuk tidak ambil tawaran morot...
Saya Tak Tengok Isu Moratorium Sebagai U Turn Kerana Dari Mula Perkara Ini Dah Dimaklumkan Najib Razak

Saya Tak Tengok Isu Moratorium Sebagai U Turn Kerana Dari Mula Perkara Ini Dah Dimaklumkan Najib Razak

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 317 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan memberikan pendapat mengenai isu Bank Negara Malaysia yang didakwa melakukan u turn dalam isu pemberian moratorium atau penangguhan bayaran selama enam bulan sepanjang Perint...
Moratorium Pn U Turn Rakyat Ternganga

Moratorium Pn U Turn Rakyat Ternganga

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 233 hits
Via WhatsApp Apa Yg Kita Kena Tahu Pasal U turn HP 1 Bangga betul masa umumkan monotorium loan bank ni melibatkan penangguhan 100 bil ansuran loan Percuma katanya 2 Bab selain HP hari tu pun den berbuih terangkan tapi ramai dok tak faham2 d...
Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang Gembira Bukan Sempurna Yang Sempurna Itu Tak Wujud

Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang Gembira Bukan Sempurna Yang Sempurna Itu Tak Wujud

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 454 hits
Tiada manusia yang sempurna bukan Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa Secara ju...
Mak Kenyang Lagi Lepas Masak Mak Lah Orang Terakhir Yang Akan Makan Asalkan Anak Kenyang

Mak Kenyang Lagi Lepas Masak Mak Lah Orang Terakhir Yang Akan Makan Asalkan Anak Kenyang

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 251 hits
Ibu insan yang paling banyak bekorban untuk anak anak Kadang kadang dia korbankan perasaan hanya untuk melihat anak gembira dan bahagia Kadang kadang dia korbankan keinginan hanya untuk memenuhi keinginan anak anak walaupun dia sendiri tak ...
Mata Mak Semakin Kabur Kerap Menangis Selepas Arwah Pergi

Mata Mak Semakin Kabur Kerap Menangis Selepas Arwah Pergi

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 280 hits
Ramadan tahun ini pasti berbeza buat keluarga Ali Puteh tanpa kehadiran abangnya Allahyarham Abam Bocey Berkongsikan keadaan ibunya Sabariah Arshad Ali berkata The post appeared first on
Impian Mak Tercapai Ibu Meninggal Dunia Di Bulan Puasa Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu

Impian Mak Tercapai Ibu Meninggal Dunia Di Bulan Puasa Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 469 hits
Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya small Cover image via Twitter hadzeriaz small Benda yang paling menakutkan bagi setiap insan di muka bumi ini adalah kehilangan orang disayangi Ia ibarat mimpi ngeri apabila insan yang kita sayang terutam...
Anak Senyap Senyap Masuk Dapur Tak Sedar Banyak Bahayanya Mak Ayah Jangan Leka

Anak Senyap Senyap Masuk Dapur Tak Sedar Banyak Bahayanya Mak Ayah Jangan Leka

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 557 hits
Ada waktunya kita sendiri tidak sedar anak kecil kita mengekori kita ke dapur Malah ada juga yang mula merangkak dan bertatih hingga ke dapur Mak ayah tolong jangan biarkan dan biasakan bayi dan anak kecil kita di dapur Jika terbiasa anak m...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kkv Alamanda

Kaya Sebab Duit Banyak

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak

Pengalaman Ukjk Ptd Pada Tahun 2019

Inside Romania S Movile Cave A Toxic Ecosystem Thriving Without Sunlight

Hay Cafe Sekincahan Tempat Santai Dengan Pemandangan Sawah Yang Memukau

10 Resepi Best Guna Air Fryer 2025 Dari Sarapan Sampai Dinner