Anak Senyap Senyap Masuk Dapur Tak Sedar Banyak Bahayanya Mak Ayah Jangan Leka


Ada waktunya kita sendiri tidak sedar anak kecil kita mengekori kita ke dapur. Malah ada juga yang mula merangkak dan bertatih hingga ke dapur. Mak ayah tolong jangan biarkan dan biasakan bayi dan anak kecil kita di dapur. Jika terbiasa anak mungkin beranggapan dapur merupakan kawasan yang selamat sedangkan hakikatnya dapur adalah ruang paling berbahaya di rumah.
Risiko terkena air panas, minyak panas malah memegang peralatan yang panas antara kemungkinan yang boleh berlaku bila-bila masa pada anak-anak kita. Begitu juga dengan peralatan yang berbahaya dan tajam. Semua ini mengundang bahaya kepada anak-anak kecil kita.
Perkongsian cerita dan tip dari Dr Redza Zainol ini patut dijadikan panduan oleh semua mak ayah. Kita boleh mengubahkan jika kita peka dan prihatin ketika berada di dapur.

Ketika saya sampai ke zon merah Jabatan Kecemasan, saya lihat anak kecil ni sedang baring mengerang kesakitan.
“Mak, mak. Adik sakit,” dia cuba memanggil ibunya.
Ceritanya, anak umur 3 tahun ni senyap-senyap masuk ke dapur. Dia tarik wayar alatan elektrik yang dia lihat terjuntai ke bawah.
Alat elektrik tu beralih sampai terlanggar periuk berisi air mendidih dan air panas tu pun tumpah ke atas badannya. Dia meraung sekuat-kuatnya meminta tolong. Dari bahu kanan, ke dada, perut dan sebahagian kaki kanannya semuanya melecur kemerah-merahan.

Sepanjang masa terbaring di katil pesakit, asyik-asyik dia lihat tangan kanannya yang dah berubah warna.
“Kenapa dengan adik?”
“Adik melecur,” itu saja yang mampu dibalas.
Menangis ibu tu. Kami yang ada pun mahu sama ikut menangis. Cerita ni berlaku pada bulan Ramadan beberapa tahun lepas.

Ibu ayah tolong perhatikan perkara ni ketika berada di dapur:
Letak makanan dan minuman panas di tengah meja.
Letak periuk dan kuali yang panas di tempat memasak bahagian belakang (back burners).
Rapatkan periuk dan kuali tu hingga menyentuh dinding selepas selesai digunakan.
Pemegang periuk dan kuali dipusing supaya mengadap bahagian dalam.
Jauhkan anak dari oven yang panas. Letak pengadang supaya anak tak dapat masuk ke kawasan dapur.

Semua wayar alatan elektrik diletak tinggi dan jauh dari jangkauan tangan anak.
Tidak mendukung anak ketika memegang cawan berisi air panas atau ketika memasak.
Tolong saya #sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang lain ya. Kita cuma nak pastikan anak-anak kita selamat ketika kita sibuk memasak.
The post Anak Senyap-Senyap Masuk Dapur, Tak Sedar Banyak Bahayanya, Mak Ayah Jangan Leka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-senyap-senyap-masuk-dapur-tak-sedar-banyak-bahayanya-mak-ayah-jangan-leka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 462 hits
Semua ibu bapa sememangnya merasa cukup bangga bila anak kecil seusia lima atau enam tahun sudah pandai berpuasa Namun sedarkah mereka si kecil yang terpaksa mencuba berpuasa seharian itu lemah dan mengalami kesakitan sepanjang hari Jangan ...
Jangan Malu Beritahu Dia Anak Luah Rasa Menyesal Tak Mengaku Sayangkan Ayah

Jangan Malu Beritahu Dia Anak Luah Rasa Menyesal Tak Mengaku Sayangkan Ayah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 481 hits
Jangan sampai terlambat Kalau betul sayangkan ibu ayah selalulah beritahu mereka Pastikan mereka tahu betapa kita sayangkan mereka Garang mereka bertempat setiap kali kita dirotan dulu tu semuanya untuk membentuk kita jadi manusia Seperti y...
Coco Pops Jar Sedap Rangup Untuk Anak Anak Layan Lepas Tarawih Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali

Coco Pops Jar Sedap Rangup Untuk Anak Anak Layan Lepas Tarawih Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 789 hits
Percaya atau tidak walaupun baru sahaja berbuka puasa anak anak kecil kita sudah memasuki dapur semula selepas selesai bertarawih bersama keluarga Ada yang mengambil air tak kurang juga potongan kuih yang disediakan ibu Risau memikirkan ana...
Ibu Baru Masuk Rumah Sekejap Sedar Sedar Anak Lemas Di Sungai Belakang Rumah

Ibu Baru Masuk Rumah Sekejap Sedar Sedar Anak Lemas Di Sungai Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 339 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam Sungai Lubuk Badak Kuala Kedua Baling pada jam 5 petang Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata mangsa Muhammad Danish Iskandar Abdul Muizz berm...
Tiga Anak Yatim Dan Seorang Anak Yang Ditinggalkan Mak Ayah

Tiga Anak Yatim Dan Seorang Anak Yang Ditinggalkan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 498 hits
Berikut adalah beberapa pelajar yang perlu diberi perhatian di maahad ini Tiga dari mereka adalah anak yatim kehilangan ayah sejak kecil sementara salah seorangnya pula anak yang terbiar tanpa perlindungan dan kasih sayang dari ibu dan ayah...
Mak Ayah Kena Pandai Ambil Hati Anak Sulung Ni Sensitif Mudah Terasa Diabaikan Kalau Dimarah

Mak Ayah Kena Pandai Ambil Hati Anak Sulung Ni Sensitif Mudah Terasa Diabaikan Kalau Dimarah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 321 hits
Jika anda sering berdepan dengan situasi anak sulung dan adiknya bergaduh mungkin boleh gunakan pendekatan ini Menurut perkongsiannya di Facebook Sharifah Zahidah memberitahu cara untuk menenangkan kedua dua pihak tidak mudah tetapi tidak m...
Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 338 hits
Menerima khabar pemergian seseorang yang amat kita sayang itu satu perkara yang agak berat untuk diterima apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri Namun taqdir Tuhan sudah menentukan bahawa yang pergi tetap akan pergi dan tid...
Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang Gembira Bukan Sempurna Yang Sempurna Itu Tak Wujud

Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang Gembira Bukan Sempurna Yang Sempurna Itu Tak Wujud

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 443 hits
Tiada manusia yang sempurna bukan Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa Secara ju...
Tak Dapat Bawa Keluarga Bercuti Sebab Covid 19 Ezzaty Abdullah Luang Lebih Banyak Masa Dengan Anak Masa Pkp

Tak Dapat Bawa Keluarga Bercuti Sebab Covid 19 Ezzaty Abdullah Luang Lebih Banyak Masa Dengan Anak Masa Pkp

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 489 hits
Memang banyak perancangan untuk bercuti terpaksa dibatalkan akibat penularan Covid 19 Walaupun kes kes baharu di Malaysia sudah makin berkurangan penangguhan untuk bercuti dan berkumpul di tempat orang ramai amatlah digalakkan Pelakon Ezzat...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai