Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang Gembira Bukan Sempurna Yang Sempurna Itu Tak Wujud


Tiada manusia yang sempurna, bukan? Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan!
Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa? Secara jujurnya, sikap itu wujud. Cuma anda sebagai ibu bapa mungkin tidak menganggap apa yang anda lakukan itu sesuatu yang mungkin menyebabkan wujudnya persekitaran negatif.

Tidak mengapa. Berikut  disenaraikan 7 sikap untuk anda semak. Jika ada, haaa…cepat-cepatlah berubah, okay?
Bersaing menjadi ibu bapa terbaik
Sebagai ibu bapa sepatutnya anda berganding bahu dengan pasangan untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, wujud sesetengah pasangan yang berkelakukan seperti ia adalah 1 persaingan.
Tetapi tahukah anda, persaingan seperti itu adalah tidak sihat? Kerana keluarga yang kuat adalah apabila wujud kerjasama sebagai 1 pasukan.
Cuba membuktikan anda adalah yang terbaik berbanding pasangan merupakan 1 sikap yang tidak baik dan contoh negatif kepada anak-anak.
Berbeza gaya keibubapaan
kesan kepada anak
Ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza antara satu sama lain memberikan kesan kepada anak tanpa anda sedari.
Mungkin pasangan anda cenderung menjadi ibu bapa yang bersikap tegas, manakala anda pula menjadi ibu bapa dengan sikap yang terlalu tenang – tujuan anda adalah untuk memberikan keseimbangan dalam gaya keibubapaan, tetapi adakah ia bagus?
Sebenarnya TIDAK. Memilih untuk mewujudkan peranan “ibu/bapa yang baik dan ibu/bapa yang garang” boleh menyebabkan anak-anak untuk memanipulasikan keadaan. Ia sudah tentu tidak bagus kepada persekitaran anak-anak.
Jika anda dan pasangan tidak bersetuju dalam hal melibatkan disiplin, berbincanglah. Dapatkan kata putus tentang cara untuk mengaplikasikan peraturan dalam rumah yang boleh diterima anda berdua.
Terlalu mengkritik
Mengkritik adalah 1 cara untuk menjadikan diri lebih baik dan membuatkan kita belajar untuk menjadi lebih baik.
Tetapi mengkritik anak secara keterlaluan adalah 1 sikap toksik ibu bapa yang harus disingkirkan. Ia adalah antara kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa.
Kononnya bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan kesilapan. Namun, sikap seperti ini pada hakikatnya membuatkan wujud rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka menjadi pendendam.
Halang anak luahkan emosi
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan anak-anak untuk bersikap terbuka – meluahkan apa yang mereka rasai. Tetapi apabila mereka mahu berkongsi dengan anda tentang apa yang mereka lalui atau rasai, anda memperkecilkan mereka.
Sudah tentu lama-kelamaan, sikap toksik anda itu membuatkan anak-anak tidak lagi mahu berkongsi apa-apa dengan anda. Bukankah itu 1 kerugian buat anda?
Membuatkan anak takut
Anak yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang, diberikan sokongan dan hubungan sosial yang seimbang cenderung membesar menjadi individu dewasa yang bahagia.
Namun, anak yang dibesarkan dalam persekitaran “rasa takut kepada ibu bapa” boleh memberikan impak negatif kepada tumbesaran mereka.
Walaupun disiplin itu penting, namun ia tidak bermakna perlu membuatkan anak-anak berasa takut semata-mata untuk mewujudkan rasa hormat kepada anda sebagai ibu bapanya.
Berpakat dengan anak
Anda pernah berpakat dengan anak untuk merahsiakan sesuatu perkara daripada pasangan anda? Hmmm…rasanya macam tidak pernah? Ye ke?
“Mama nak beli baju ni, awak jangan bagitau Papa, okay?” Haaa…pernah gunakan dialog seperti itu kepada anak?
Anda mungkin berasakan ia bukan 1 masalah. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya antara sikap toksik ibu bapa yang sangat perlu dielakkan. Ini kerana tabiat seperti itu seolah-oleh mengajar anak untuk menipu.
Tidak bersetuju secara terbuka
Berselisih faham atau bertengkar secara terbuka di hadapan anak-anak bukanlah 1 contoh yang baik. Ia secara tidak langsung cenderung menimbulkan rasa tidak hormat anak kepada ibu bapa.
Sekiranya wujud situasi anda tidak bersetuju dengan pasangan anda, lakukan perbincangan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan meninggikan suara atau menjerit. Jadilah contoh terbaik untuk anak-anak.
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara sikap toksik ibu bapa yang kerap kali dilakukan tanpa anda sedari. Sebaiknya, berbincanglah dengan pasangan untuk mengurangkan atau menyingkirkan segala sikap yang negatif tersebut.
Jika tidak mampu, anda dan pasangan mungkin memerlukan bantuan pakar. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan, kerana ini adalah demi kesejahteraan keluarga. Anak-anak hanya mahukan ibu ayah yang gembira, bukan sempurna. Kerana keluarga yang sempurna itu tidak wujud.
Baca: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu!
Sumber: Hello Doktor
The post Anak Hanya Nak Mak Ayah Yang ‘Gembira’ Bukan ‘Sempurna’. Yang Sempurna Itu Tak Wujud appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-hanya-nak-mak-ayah-yang-gembira-bukan-sempurna-yang-sempurna-itu-tak-wujud/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 442 hits
Semua ibu bapa sememangnya merasa cukup bangga bila anak kecil seusia lima atau enam tahun sudah pandai berpuasa Namun sedarkah mereka si kecil yang terpaksa mencuba berpuasa seharian itu lemah dan mengalami kesakitan sepanjang hari Jangan ...
Nak Jadi Jutawan Jadilah Dermawan Pada Mak Isteri Anak Tip Murah Rezeki Ebit Lew

Nak Jadi Jutawan Jadilah Dermawan Pada Mak Isteri Anak Tip Murah Rezeki Ebit Lew

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 503 hits
Ustaz pendakwah yang sangat terkenal di media sosial melalui kerja amal yang dilakukan olehnya berkongsi bagaimana cara mendapat rezeki yang melimpah ruah Menurutnya melalui perkongsian di Instagram beliau sebelum ini pernah melalui kehidup...
Zahir Hanya Tersenyum Genap Setahun Anak Hilang Ayah Mimpi Seakan Petanda Anak Masih Selamat

Zahir Hanya Tersenyum Genap Setahun Anak Hilang Ayah Mimpi Seakan Petanda Anak Masih Selamat

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 506 hits
Genap setahun kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra atau Zahir masih menjadi tanda tanya sehingga kini Pelbagai usaha telah dijalankan namun kesemuanya menemui jalan buntu Bapa kepada Zahir iaitu berkongsikan pelbagai petanda yang hadir...
Mak Ayah Kena Pandai Ambil Hati Anak Sulung Ni Sensitif Mudah Terasa Diabaikan Kalau Dimarah

Mak Ayah Kena Pandai Ambil Hati Anak Sulung Ni Sensitif Mudah Terasa Diabaikan Kalau Dimarah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 308 hits
Jika anda sering berdepan dengan situasi anak sulung dan adiknya bergaduh mungkin boleh gunakan pendekatan ini Menurut perkongsiannya di Facebook Sharifah Zahidah memberitahu cara untuk menenangkan kedua dua pihak tidak mudah tetapi tidak m...
Coco Pops Jar Sedap Rangup Untuk Anak Anak Layan Lepas Tarawih Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali

Coco Pops Jar Sedap Rangup Untuk Anak Anak Layan Lepas Tarawih Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 776 hits
Percaya atau tidak walaupun baru sahaja berbuka puasa anak anak kecil kita sudah memasuki dapur semula selepas selesai bertarawih bersama keluarga Ada yang mengambil air tak kurang juga potongan kuih yang disediakan ibu Risau memikirkan ana...
Sayu Ayah Naik Motor Jual Tudung Cari Duit Nak Belikan Susu Dan Lampin Anak

Sayu Ayah Naik Motor Jual Tudung Cari Duit Nak Belikan Susu Dan Lampin Anak

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 679 hits
Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan memasuki fasa keempat sehingga 12 Mei depan adalah satu usaha negara membendung penularan wabak Covid 19 Walau hampir keseluruhan rakyat akur akan perintah tersebut namun tidak dapat dinafika...
Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 401 hits
Maaf admin saya nak tanya anak saya 5 tahun tapi dia masih gagap Saya risau tengok dia macam susah nak buat ayat nak bercakap Boleh saya tahu macam mana nak rawat gagap Rahsiakan nama saya Jawapan daripada doktor Apa itu gagap di kalangan k...
Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 324 hits
Menerima khabar pemergian seseorang yang amat kita sayang itu satu perkara yang agak berat untuk diterima apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri Namun taqdir Tuhan sudah menentukan bahawa yang pergi tetap akan pergi dan tid...
Tiga Anak Yatim Dan Seorang Anak Yang Ditinggalkan Mak Ayah

Tiga Anak Yatim Dan Seorang Anak Yang Ditinggalkan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 481 hits
Berikut adalah beberapa pelajar yang perlu diberi perhatian di maahad ini Tiga dari mereka adalah anak yatim kehilangan ayah sejak kecil sementara salah seorangnya pula anak yang terbiar tanpa perlindungan dan kasih sayang dari ibu dan ayah...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids