Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu Istilah Dolar Brunei Ganti Ringgit


Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu, Istilah ‘Dolar Brunei’ Ganti ‘Ringgit’
Brunei memperkenalkan wang kertas baharu yang diseragamkan kepada penggunaan istilah ‘Dolar Brunei’, menggantikan ‘Ringgit’ pada Isnin.
Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) dalam satu kenyataan berkata, siri baharu wang kertas itu dijadualkan diedarkan dalam lima denominasi iaitu BND1, BND5, BND10, BND100, dan BND500 pada separuh pertama tahun 2026.
“Siri baharu ini akan menampilkan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan, sejajar dengan kemajuan global dalam industri mata wang.
“Penambahbaikan ini bertujuan melindungi keselamatan dan integriti mata wang Brunei Darussalam serta memperkukuh perlindungan terhadap pemalsuan.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen BDCB untuk memastikan keselamatan mata wang, khususnya kerana wang tunai masih memainkan peranan penting dan masih digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, walaupun Brunei Darussalam sedang bergerak ke arah ekonomi digital.
“Wang kertas baharu ini akan kekal dikenali dan mesra kepada orang ramai, sambil mengekalkan identiti serta warisan kebangsaan yang kukuh.
“Secara khusus, ia akan terus menampilkan potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam pada denominasi BND1, BND5, BND10 dan BND100, serta potret Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien pada denominasi BND500, bersama ikonografi pada bahagian hadapan dan belakang setiap wang kertas,” maklum kenyataan itu.
BACA: TUDM Bakal Laksana Latihan Penerbangan Taktikal, Terbang Rendah Di Sabah Tambah BDCB, siri baharu ini menggunakan unit mata wang rasmi Brunei Darussalam menurut Currency Order, 2004, iaitu ‘dollar’.
“Istilah ‘Ringgit’ telah digantikan dengan ‘Brunei Dollars’ pada semua denominasi.
“Perubahan ini bertujuan mengukuhkan kefahaman masyarakat serta menggalakkan penggunaan istilah tersebut secara lebih meluas.
“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosikan keterangkuman dan memastikan akses pembayaran kekal mudah bagi semua lapisan masyarakat, BDCB turut memperkenalkan ciri baharu DOMINOTM dalam siri wang kertas akan datang bagi membantu golongan cacat penglihatan.
“Ciri ini terdiri daripada titik timbul yang terletak di penjuru kanan bawah setiap wang kertas baharu, dengan setiap denominasi memaparkan susunan unik untuk memudahkan pengguna mengenal pasti nilai wang kertas tersebut.
“BDCB memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua wang kertas sedia ada dalam edaran masih sah digunakan dan akan terus beredar bersama Siri Baharu Wang Kertas Keluarga ini,” kata kenyataan itu lagi.
Sumber: Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) 
The post Brunei Perkenal Wang Kertas Baharu, Istilah ‘Dolar Brunei’ Ganti ‘Ringgit’ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/23/brunei-perkenal-wang-kertas-baharu-istilah-dolar-brunei-ganti-ringgit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Bakal Perkenal Teknologi Komputer Baharu Pacu Ai Di China

Huawei Bakal Perkenal Teknologi Komputer Baharu Pacu Ai Di China

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1039 hits
Gergasi teknologi China Huawei merancang melancarkan sistem komputasi berkuasa tinggi yang membolehkan cip berhubung pada kelajuan pantas menurut kenyataan seorang eksekutif pada Khamis ketika Beijing berusaha memperkukuh keupayaan AI domes...
Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2926 hits
MyKad Dah Rosak JPN Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu Bagi mengesahkan dan mengenal pasti identiti seseorang kad pengenalan merupakan salah satu dokumen penting yang perlu dimiliki Oleh kerana kepentingannya kad pengenalan perlu dibawa ke...
Dolar Menjadi Pemerhati

Dolar Menjadi Pemerhati

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1764 hits
Memandangkan undi tidak percaya semakin hampir nilai pasangan EUR USD semakin meningkat Peletakan jawatan kerajaan Francois Barnier telah mengurangkan kebimbangan para pelabur Beliau mengambil tindakan berani dengan meminta sama ada rancang...
Dolar Australia Bertindak Balas Terhadap Perubahan Ekonomi Positif

Dolar Australia Bertindak Balas Terhadap Perubahan Ekonomi Positif

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1488 hits
Selepas pertumbuhan KDNK Australia pada suku kedua melepasi ramalan berikutan peningkatan permintaan yang tidak dijangka beberapa penunjuk lain yang diterbitkan dalam beberapa hari kebelakangan ini turut menyumbang kepada prospek positif Ke...
Elak Bakteria Tersembunyi Ganti Segera 5 Barang Di Bilik Air Ini

Elak Bakteria Tersembunyi Ganti Segera 5 Barang Di Bilik Air Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1577 hits
Elak Bakteria Tersembunyi Ganti Segera 5 Barang di Bilik Air Ini Bilik air sering dianggap ruang paling bersih di rumah kerana di sinilah kita mandi mencuci muka dan membersihkan diri setiap hari Namun hakikatnya bilik air juga adalah tempa...
Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2328 hits
Subsidi Bersasar RON95 Segera Periksa MyKad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin Orang ramai diingatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan yang rosak menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada hujung b...
Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1513 hits
Orang ramai dinasihatkan segera memeriksa dan menggantikan cip MyKad yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati harga petrol RON95 subsidi bersasar pada kadar RM1 99 seliter Menurut kenyataan media hanya pemegang MyKad layak mendapatkan h...
Dolar Utamakan Kepentingannya Sendiri Dahulu

Dolar Utamakan Kepentingannya Sendiri Dahulu

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1286 hits
Jika Indeks Harga Pengeluar memberi isyarat hijau untuk menjual EUR USD ketika kenaikan Indeks Harga Pengguna mencetuskan reaksi yang bertentangan sepenuhnya Pasangan mata wang utama ini dibeli apabila harga jatuh Dua kali berturut turut ia...
Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sinopsis Filem Banduan

Kebaikan Belimbing Buluh Rahsia Superfood Tempatan Yang Menakjubkan

Pound Sterling Terpaksa Merosot Seiring Pasaran

Zinidan Zidan Feat Yaya Nadila Saat Kau Jauh Chord

Sal Priadi Nyala Chord

Doa Malam 15 Okt 2025