10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 Dosm


10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 – DOSM
PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Sepuluh daerah muncul sebagai daerah menua baharu iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai tujuh peratus pada 2025, menurut statistik Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran 2025 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Daerah berkenaan ialah Seremban (Negeri Sembilan), Jerantut dan Kuantan (Pahang), Kluang dan Pontian (Johor), Alor Gajah (Melaka), Bachok (Kelantan), Seberang Perai Selatan (Penang), Subis (Sarawak), Keningau (Sabah), oleh itu, semua daerah di Utara Malaysia kini diklasifikasikan sebagai daerah menua.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daerah Petaling, Selangor mencatatkan bilangan penduduk tertinggi pada 2025 dengan 2.4 juta, diikuti Johor Bahru, Johor (1.8 juta) dan Ulu Langat, Selangor (1.5 juta).
“Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi dengan 3.6 peratus, diikuti Marang, Terengganu (1.6 peratus) dan Kemaman, Terengganu (1.4 peratus). Bukit Mabong, Sarawak merekodkan jumlah penduduk terendah dengan 10,700 orang diikuti Song, Sarawak (10,400) dan Tanjung Manis, Sarawak (7,900).
“Tiga daerah di Kelantan mencatatkan peratusan penduduk muda berumur 0 hingga 14 tahun tertinggi pada 2025 iaitu Gua Musang (32.4 peratus), Kecil Lojing (31.9 peratus) dan Tumpat (31.6 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi kumpulan umur bekerja (15-64 tahun), Sebauh, Sarawak mendahului peratusan dengan 80 peratus, diikuti Belaga, Sarawak (78.8 peratus) dan Kinabatangan, Sabah (78.4 peratus). Lubok Antu, Sarawak pula merekodkan peratusan penduduk umur tua tertinggi iaitu 65 tahun dan lebih dengan 15.7 peratus.
BACA: 33.4 Juta Anggaran Penduduk Di Malaysia Pada 2023, 3 Juta Bukan Warganegara – DOSM  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan tiga kategori penuaan, iaitu masyarakat menua, masyarakat tua dan masyarakat sangat tua dengan masing-masing merujuk kepada penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencecah tujuh peratus, 14 peratus dan 20 peratus.
Sementara itu, penuaan berdasarkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) pula apabila penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.
Mohd Uzir berkata Setiu, Terengganu merekodkan komposisi bumiputera tertinggi dengan 99.8 peratus diikuti Nabawan, Sabah (99.6 peratus) dan Hulu Terengganu, Terengganu (99.4 peratus).
Komposisi Cina tertinggi direkodkan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan 63.5 peratus diikuti Sibu, Sarawak (48.0 peratus) dan Kampar, Perak (47.7 peratus).
Bagi India pula, komposisi tertinggi dicatatkan di Bagan Datuk, Perak iaitu 23.1 peratus, diikuti Klang, Selangor (18.6 peratus) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (18.2 peratus).
Sumber: BERNAMA
 
The post 10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 – DOSM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/02/10-daerah-di-malaysia-muncul-daerah-menua-baharu-pada-2025-dosm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 4607 hits
Kuala Lumpur kembali meriah pada 20 September 2025 dengan penganjuran Malaysia Sarong Music Run edisi kedua di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung penuh warna budaya dan komuniti Kali ini lebih 15 000 peserta menyarung kain sarong berlari d...
Varian Baharu Covid 19 Xfg Dikesan Di Malaysia

Varian Baharu Covid 19 Xfg Dikesan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1268 hits
Varian Baharu Covid 19 XFG Dikesan Di Malaysia KUALA LUMPUR 19 Sept Kementerian Kesihatan mengesan penularan varian baharu COVID 19 iaitu XFG daripada 43 087 kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke 35 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr...
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1025 hits
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan 20 September 2025 menjadi tarikh penuh warna warni di tengah kota Kuala Lumpur apabila Malaysia Sarong Music Run kembali dengan edisi ketiga sempena sam...
Medical Informatics Masters Malaysia 2025 Guide To Fees Careers

Medical Informatics Masters Malaysia 2025 Guide To Fees Careers

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2517 hits
Medical Informatics Masters Malaysia Guide to Fees Careers A medical informatics masters in Malaysia is an excellent option for graduates looking to merge healthcare and technology With the global rise of digital health this advanced degree...
Anwar Jemput Pm Thailand Baharu Ke Malaysia

Anwar Jemput Pm Thailand Baharu Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3099 hits
Anwar Jemput PM Thailand Baharu Ke Malaysia KUALA LUMPUR 18 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Perdana Menteri Thailand yang baharu Anutin Charnvirakul untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tuga...
Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 161 hits
TVS Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026 TV Sarawak stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform media...
Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 235 hits
Pengenalan Kos sara hidup yang meningkat selalu membuatkan isi rumah terasa tertekan terutama apabila harga petrol naik Untuk menangani isu ini dan memastikan subsidi benar benar sampai kepada mereka yang layak kerajaan memperkenalkan inisi...
Pm Perlu Campur Tangan Hentikan Buli Di Sekolah Nadzim Malaysia Gazette 23 09 2025

Pm Perlu Campur Tangan Hentikan Buli Di Sekolah Nadzim Malaysia Gazette 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 850 hits
KUALA LUMPUR Belum pun selesai kematian pelajar tingkatan satu dan pelatih Palapes dipercayai akibat buli kini timbul pula kes sama melibatkan remaja bawah umur di Selangor Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur Oleh kerana perlakuan buli itu did...
Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 647 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan kes buli yang semakin berleluasa kini Tambahnya lagi jika tiada sebara...
Rm250k Penalty Per Aerotrain Breakdown Should Have Been Imposed From Outset Not After Almost 2 Dozen Disruptions

Malaysia Needs To Adapt To Hybrid Security Threats Immediately

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

September 2025 A Great Increase In Sales Of New Cars In Europe

Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis

Kenapa Setiap Isnin Rasa Tak Bermaya Nak Ke Ofis

Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Fake Baby Products How To Protect Your Child From Counterfeit Gear In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Kafe Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Disyorkan Untuk Pengembara Digital

Jalan Jalan Di Wuhua District Kunming

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

City Tour Bandar Milan Day 4 1

Adab Adab Berdoa Yang Betul Dalam Islam

Pisang Serendah