Tuntutan Hutang Nafkah Tertunggak Daripada Harta Si Mati



SOALAN:
Seorang suami telah mengabaikan nafkah zahir berbelas tahun lamanya. Apabila suami ini meninggal dunia, adakah nafkah yang tertunggak dianggap hutang? Bolehkah isteri menuntut segala nafkah tertunggak sebelum bakinya difaraidkan?

JAWAPAN:
Sebagai mukadimah, kami kemukakan dalil pada asalnya wajib suami menafkahi isteri dan anak-anaknya. Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا ، فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
“Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” [Riwayat al-Bukhari (6763) dan Riwayat Muslim (997)]

Imam al-Syaukani menyebut: “Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin. Ijma’ ulama’ turut sepakat mewajibkan nafkah terhadap isteri dan anak-anak.” [Lihat: Nail al-Autar, (6/381)]

Fuqaha' mazhab telah membahaskan nafkah yang berlalu tempoh masa (tunggakan). Jumhur fuqaha' mazhab berpendapat gugur tunggakan nafkah anak dan tidak menjadi hutang sekiranya ayahnya telah memenuhi keperluan anak pada tempoh masa lalu. Berbeza pula dengan nafkah isteri yang tetap menjadi hutang walaupun sudah berlalu tempoh masa menurut majoriti fuqaha' kecuali fuqaha Hanafi. [Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, (7 /816, 829)]

Selain itu, Akta 303 Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 bahagian VI Nafkah isteri, anak-anak dan lain-lain. Seksyen 69 memperuntukkan tuntutan tunggakan nafkah: “Tunggakan nafkah yang tanpa jaminan boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu, dan jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya, dan jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya.” [Lihat: Pin. Akta A902:s.21]

Berdasarkan akta tersebut, tunggakan nafkah yang telah diabaikan dalam tempoh perkahwinan menjadi hutang ke atas suaminya. Hutang perlu dilangsaikan walaupun selepas orang yang berhutang tersebut meninggal dunia. Oleh itu, hutang termasuk dalam perkara yang wajib dilangsaikan sebelum pembahagian harta pusaka secara faraid. Hal ini jelas sepertimana sabda Rasulullah SAW:

أَنَا أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ، فَمَنْ تُوُفِّيَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ فَعَلَيَّ قَضَاؤُهُ، وَمَنْ تَرَكَ مَالًا فَهُوَ لِوَرَثَتِهِ
“Aku adalah lebih penting bagi orang-orang Mukmin daripada diri mereka sendiri. Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan masih berhutang dan tidak dapat diselesaikan, maka kami akan melunaskannya. Sesiapa yang meninggalkan harta maka serahkan kepada warisnya.” [Riwayat al-Bukhari (2298), Riwayat Muslim (1619)]

Berdasarkan hadith di atas, apabila meninggalnya seseorang, maka harta peninggalannya mestilah diagihkan kepada para waris mengikut faraid setelah diselesaikan terlebih dahulu kewajipan-kewajipan harta pusaka iaitu pengurusan jenazah, menyelesaikan hutang-hutangnya dan melunaskan wasiatnya.

Penutup

Tuntasnya, kami berpendapat bahawa tunggakan nafkah terhadap isteri yang tidak ditunaikan dianggap sebagai hutang berdasarkan pandangan majoriti fuqaha'. Maka hutang wajib dilangsaikan daripada harta si mati sebelum pembahagian harta pusaka secara faraid dilaksanakan. Justeru, kes nafkah tertunggak mahupun harta sepencarian boleh tuntut di Mahkamah Syariah.

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman dan pencerahan kepada masyarakat. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/tuntutan-hutang-nafkah-tertunggak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Hutang Si Mati Dibahagikan Mengikut Sistem Faraid

Bolehkah Hutang Si Mati Dibahagikan Mengikut Sistem Faraid

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 256 hits
SOALAN Ada tak hukum faraid hutang Faraid harta saya biasa dengar tapi kalau mati tak ada harta hutang saja berlambak lambak ada ke orang faraidkan hutang tu Mohon penjelasan Terima kasih JAWAPAN Hutang bukanlah satu perkara yang disukai da...
Anda Mungkin Ok Tapi Yang Mati Nanti Orang Tersayang Ini Luahan Lee Chong Wei

Anda Mungkin Ok Tapi Yang Mati Nanti Orang Tersayang Ini Luahan Lee Chong Wei

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 458 hits
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyampaikan pesanan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini Dalam satu hantaran di media sosial Chong Wei berkongsi kisah lucu bagaimana beliau juga ter...
Biar Virus Di Masjid Mati Dulu Cikgu Rayu Orang Ramai Solat Di Rumah Ikut Saranan Mufti

Biar Virus Di Masjid Mati Dulu Cikgu Rayu Orang Ramai Solat Di Rumah Ikut Saranan Mufti

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 399 hits
Pelbagai langkah drastik terpaksa diambil untuk membendung wabak COVID 19 kini Sehingga kini sebanyak 790 kes dicatatkan di Malaysia sekaligus menjadikan negara kita memiliki bilangan kes tertinggi di rantau ASEAN Dari jumlah itu sebanyak l...
Owg Macam Korang Ni Elok Mati Dulu Kena Virus Ni Bengang Dikecam Netizen Sebab Upload Tiket Flight Melancong Ke Korea

Owg Macam Korang Ni Elok Mati Dulu Kena Virus Ni Bengang Dikecam Netizen Sebab Upload Tiket Flight Melancong Ke Korea

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 360 hits
Isu penularan wabak Covid 19 belum reda sepenuhnya Terdahulu kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Bergerak bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 Namun begitu pengumuman tersebut seperti tidak diendahkan malah ada pula yang mengamb...
Kita Bukan Takut Mati Tapi Takut Jadi Penyebab Orang Lain Sakit Peserta Tabligh Rayu Semua Taat Perintah Kawalan

Kita Bukan Takut Mati Tapi Takut Jadi Penyebab Orang Lain Sakit Peserta Tabligh Rayu Semua Taat Perintah Kawalan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 424 hits
Salah seorang jemaah tabligh yang terlibat kuarantin berkongsi beberapa nasihat buat rakan rakan jemaah dan orang ramai mengenai tatacara menghadapi situasi semasa Dalam video dimuatnaik beliau Duan berpesan agar tidak keluar rumah dan tida...
Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak

Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 373 hits
Setiap daripada insan yang bergelar ibu pastinya sudah berpengalaman dalam melalui detik detik sukar dalam melahirkan seorang cahaya mata Umum telah mengetahui bahawa melahirkan anak sememangnya sesuatu yang sukar dan pelbagai risiko kesiha...
Percobaan Roti Berjamur Tunjukkan Kuman Dan Virus Tak Bisa Mati Dengan Hand Sanitizer

Percobaan Roti Berjamur Tunjukkan Kuman Dan Virus Tak Bisa Mati Dengan Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 416 hits
Hand sanitizer jadi barang yang paling diburu sejak virus corona merebak Padahal produk pencuci tangan ini tidak terlalu aktif membunuh kuman dan virus Sejak ramai kasus virus corona hand sanitizer jadi primadona dadakan Banyak orang mengan...
Sedia Genset Sebelum Mati Lampu

Sedia Genset Sebelum Mati Lampu

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 392 hits
Alangkah kecewanya jika kita sedang asik asiknya mengerjakan pekerjaan di komputer dan tiba tiba mati lampu Begitu pula jika kita mesti mengirimkan data lewat internet tapi komputer kita mati gara gara listriknya mati Kita mesti menunggu be...
Vaksin Covid 19 Khas Untuk Warga Amerika Sahaja Trump Tamak Gila Mahu Satu Dunia Mati Kecuali As

Vaksin Covid 19 Khas Untuk Warga Amerika Sahaja Trump Tamak Gila Mahu Satu Dunia Mati Kecuali As

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 724 hits
Perusahaan bioteknologi Jerman CureVac dilaporkan sedang dalam proses penghasilan vaksin virus corona yang telah mendorong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ingin membeli hak eksklusif ke atas penggunaan vaksin tersebut Kontroversi ter...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak