Bolehkah Hutang Si Mati Dibahagikan Mengikut Sistem Faraid



SOALAN:
Ada tak hukum faraid hutang. Faraid harta saya biasa dengar tapi kalau mati tak ada harta, hutang saja berlambak-lambak, ada ke orang faraidkan hutang tu? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Hutang bukanlah satu perkara yang disukai dan digalakkan dalam agama Islam. Ianya jelas sehinggakan Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita semua satu doa meminta berlindung daripada hutang. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah R.Anha bahawa beliau memberitahu Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam seperti berikut:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)]

Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudian orang yang berhutang tidak mampu untuk membayarnya.” (Lihat: Fath al-Bari, 2/371)

Menjawab kepada persoalan di atas, sekiranya seseorang itu mati dan mempunyai hutang ketika hayatnya, maka hutang tersebut wajib dilangsaikan dengan harta-harta yang ditinggalkannya. Hal ini kerana, perkara paling utama yang perlu dilakukan oleh waris si mati ialah membayar hutang-hutang yang ditinggalkan bagi melepaskan belenggu hutang tersebut daripada si mati. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:

نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
“Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” [Riwayat al-Tirmidzi (1079), Imam al-Tirmidzi menghukumkan sanad hadith ini sebagai hasan]

Adapun begitu, sekiranya si mati tidak meninggalkan sebarang harta atau harta yang dimilikinya tidak mencukupi untuk membayar hutang yang ditinggalkan, maka waris tidak harus untuk membayar hutang-hutang si mati tersebut. Hal ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
“Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah al-An’am: 164)

Walau bagaimanapun, sekiranya waris menolong membayar hutang yang ditinggalkan itu, maka ianya termasuk dalam bab ihsan kepada si mati dan semestinya diganjarkan pahala oleh Allah SWT.

Hutang adalah bebanan tanggungjawab yang perlu diselesaikan segera oleh penghutang. Setiap Muslim sewajarnya beriltizam untuk melangsaikan hutang yang dimiliki. Iltizam yang dipupuk tersebut perlulah disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan hutang yang telah dilakukannya. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ، وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ
“Barangsiapa meminjam harta orang lain dengan maksud untuk mengembalikannya maka Allah akan melunasinya, barangsiapa yang meminjam dengan niat tidak akan mengembalikannya, maka Allah akan memusnahkan harta tersebut.” [Riwayat al-Bukhari (2387)]

Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

إِنَّ خَيْرَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً
“Sesungguhnya sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik dalam menunaikan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (2390)]

Kesimpulan

Kami nyatakan bahawa hutang yang dimiliki oleh si mati tidak boleh difaraidkan kepada waris-waris. Pembayaran hutang tersebut perlu dilangsaikan terlebih dahulu menggunakan harta peninggalan si mati sebelum harta tersebut di faraidkan kepada waris. Adapun begitu, sekalipun harta tersebut tidak mencukupi, pihak waris tidak harus untuk membayar hutang si mati. Namun begitu sekiranya waris menolong membayar hutang tersebut ianya termasuk dalam bab berbuat ihsan kepada si mati. Sudah pasti perkara tersebut adalah baik kepada si mati dan terlebih baik kepada ahli waris tersebut.

Semoga dengan pencerahan ini memberikan kefahaman kepada kita semua dalam melayari kehidupan dengan syariat Islam yang sebenar. Amin.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/bolehkah-hutang-si-mati-dibahagikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Hutang Nafkah Tertunggak Daripada Harta Si Mati

Tuntutan Hutang Nafkah Tertunggak Daripada Harta Si Mati

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 186 hits
SOALAN Seorang suami telah mengabaikan nafkah zahir berbelas tahun lamanya Apabila suami ini meninggal dunia adakah nafkah yang tertunggak dianggap hutang Bolehkah isteri menuntut segala nafkah tertunggak sebelum bakinya difaraidkan JAWAPAN...
Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti Wp

Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 551 hits
Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti WP Bila kita sentuh bab harta pusaka mungkin ramai waris yang dah mula celik mata dan tahu selok belok hukum faraid demi mempertahankan hak mas...
Menteri B Mufti Perkenalkan Cara Kerja Sistem Piramid

Menteri B Mufti Perkenalkan Cara Kerja Sistem Piramid

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 430 hits
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berucap di majlis Tausiyah Am Agensi Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya NSTP Mohd Fadli Hamzah Takkan jam 4 petang masih makan ZulkifliPUTRAJ...
Magisk Tidak Lagi Boleh Menyembunyikan Aplikasi Dari Sistem Yang Bootloader Dinyahkunci

Magisk Tidak Lagi Boleh Menyembunyikan Aplikasi Dari Sistem Yang Bootloader Dinyahkunci

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 174 hits
Magisk adalah sistem yang digunakan oleh pengguna peranti Android untuk root peranti mereka Melalui Magisk ia hadir dengan fungsi MagiskHide iaitu kemampuan menyembunyikan aplikasi dari sistem yang bootloader dinyahkunci Ini kerana dalam pe...
Pemkot Bandung Berlakukan Sistem Belajar Jarak Jauh Dan Hentikan Posyandu

Pemkot Bandung Berlakukan Sistem Belajar Jarak Jauh Dan Hentikan Posyandu

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 254 hits
Pemerintah Kota Bandung resmi mengeluarkan surat edaran pembatasan aktivitas pendidikan Ini juga berlaku untuk area publik yang berada dalam kewenangan pemerintah Kota Bandung
Berlakukan Sistem Kuliah Jarak Jauh Pihak Ui Bantah Tutup Kampus

Berlakukan Sistem Kuliah Jarak Jauh Pihak Ui Bantah Tutup Kampus

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 208 hits
Universitas Indonesia membantah memberlakukan status lockdown atau tutup di lingkungan kampus Hal itu menyusul diberlakukan sistem pembelajaran jarak jauh di UI untuk langkah pencegahan penyebaran virus Covid 19
Vitamin C Yang Sesuai Untuk Pesakit Gastrik Untuk Tingkatkan Imun Sistem

Vitamin C Yang Sesuai Untuk Pesakit Gastrik Untuk Tingkatkan Imun Sistem

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 736 hits
Ramai pesakit gastrik takut untuk mengambil vitamin C kerana risau ia boleh mengundang kepada terjadinya gastrik Anda tak perlu risau sebab kami ada vitamin C yang sesuai untuk pesakit gastrik Vitamin C Yang Sesuai Untuk Pesakit Gastrik Vit...
Sistem Kapitalis Barat Zionis Yahudi Kristian Italian Mirip Ajaran Al Quran Pula Camno

Sistem Kapitalis Barat Zionis Yahudi Kristian Italian Mirip Ajaran Al Quran Pula Camno

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 292 hits
Surah 2 280 And if someone is in hardship then let there be postponement until a time of ease But if you give from your right as charity then it is better for you if you only knew 2 280 Dan jika orang itu sedang mengalami kesempitan maka be...
Plus Tawar Kemudahan Rfid Di Tol Sistem Tertutup Bermula April

Plus Tawar Kemudahan Rfid Di Tol Sistem Tertutup Bermula April

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR 11 Mac Bermula 1 April pengguna lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan bakal menikmati kemudahan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di semua 83 tol sistem tertutup dari utara ke selatan Pengara...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya