Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir


 


KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung dakwaan mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu, untuk mencampuri perbicaraan mahkamah.
Ahmad Zahid , 69, yang juga Presiden UMNO selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq di Mahkamah Tinggi di sini, pada 20 April lalu dengan menamakan Dr Mahathir, 97, sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan dalam sistem mahkamah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada 19 Oktober 2018 atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Semua pertuduhan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ahmad Zahid mendakwa bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya, pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Februari lalu.
"Pada hari sama juga, rakaman video mengenai kenyataan fitnah pada majlis itu diterbitkan semula secara langsung di akaun YouTube Astro AWANI dikendalikan oleh portal berita dalam talian popular, iaitu Astro AWANI berdurasi 56 minit dan 46 saat yang boleh diakses melalui internet," katanya dalam pernyataan itu.
Menurut plaintif, setakat tarikh writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan, rakaman video majlis itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 23,443 tontonan dan akaun Youtube Astro AWANI mempunyai 1.44 juta pelanggan, selain rakaman video itu dilaporkan secara meluas melalui pelbagai medium media sosial, iaitu akaun YouTube 'MalaysiaGazette TV', Facebook profil 'Astro AWANI' dan akaun TikTok 'MalaysiaGazette TV'.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah berkenaan antaranya membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan.
Beliau juga mendakwa difitnah menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Perdana Menteri bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.
"Kenyataan itu juga membawa maksud saya seorang yang bermuka-muka dan tidak boleh dipercayai. Setiap tindakan saya disyaki dan diragui ketelusannya serta cuba mencampuri sistem kehakiman negara," katanya.
Ahmad Zahid menegaskan kenyataan fitnah itu memburukkan dan merosakkan reputasi serta nama baiknya, selain menjatuhkan, merendahkan maruah serta kredibilitinya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO.
"Oleh demikian, kenyataan fitnah itu jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepada saya selaku pemimpin tertinggi parti BN yang secara tidak langsung, memberikan imej buruk kepada parti berkenaan yang bertanding dalam PRN Johor," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut memfailkan notis permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) untuk perintah injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai, pembantu, ejen, pekerja dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.
Ia juga bagi menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platfom media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.
Turut dimohon perintah injunksi interim bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah dalam portal berita dalam talian dan sosial media di Youtube dan Facebook 'Astro AWANI' serta Youtube dan Tiktok 'MalaysiaGazette TV'.
Selain itu, plaintif juga memohon perintah injunksi interim mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadamkan serta menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman ketika dihubungi pemberita, berkata mahkamah menerusi pengurusan kes di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nor Afidah Idris hari ini, menetapkan 17 Jun ini bagi pendengaran permohonan inter-parte.
"Permohonan inter-parte itu di depan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff yang berlangsung secara dalam talian," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/04/dakwa-di-pengaruhi-minta-campur-urusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Saman Fitnah Pensyarah Terhadap Khalid Samad

Mahkamah Tolak Saman Fitnah Pensyarah Terhadap Khalid Samad

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 144 hits
Mahkamah tolak saman fitnah pensyarah terhadap Khalid Samad Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak tuntutan saman fitnah yang dikemukakan pensyarah di Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Kh...
Seorang Lagi Aktivis Di Saman Rm1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Dakwaan Fitnah Banjir Balak

Seorang Lagi Aktivis Di Saman Rm1 Juta Oleh Kerajaan Pahang Dakwaan Fitnah Banjir Balak

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Seorang lagi aktivis menerima writ saman daripada Kerajaan Pahang atas dakwaan fitnah kaitkan pembalakan dalam isu banjir lumour di Bentong pada Disember lalu Mohd Shukri Mohd Ramli 50 yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau...
Zahid Saman Mahathir

Zahid Saman Mahathir

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid 69 selaku plaintif memfailkan saman it...
Zahid Saman Dr M Berhubung Dakwaan Minta Bantuan Gugur Tuduhan Rasuah

Zahid Saman Dr M Berhubung Dakwaan Minta Bantuan Gugur Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 150 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memfailkan satu lagi saman fitnah kali ini terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa beliau meminta bantuan bekas perdana menteri itu untuk menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya Zahid mempertikaikan dak...
Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 176 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Najib Razak mendakwa pesalah sebenar di sebalik kerugian besar yang dialami 1MDB telah digugurkan daripada tindakan sivil Najib berkata dia masih dikekalkan sebagai salah seorang defendan dalam saman be...
Tol Percuma Tambah Keceriaan Rakyat Sambut Hari Raya Pukulan Kepada Kegagalan Tun Mahathir

Tol Percuma Tambah Keceriaan Rakyat Sambut Hari Raya Pukulan Kepada Kegagalan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 178 hits
Sebahagian daripada mereka yang tinggal di ibukota sekarang ini sudah pun berada di kampung masing masing untuk menyambut hari raya yang dijangka disambut pada hari Selasa Setelah dua tahun tidak dapat pulang berhari raya kerana kekangan PK...
Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

Hiburan Hentilah Fitnah Saya Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 320 hits
Baru baru ini nama telah dikaitkan dengan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun namun dinafikan oleh anak perempuannya iaitu Nurulhidayah Selepas anaknya menafikan hal berkenaan kali ini giliran Zahid Hamidi pula menafikan tuduhan itu dengan mem...
Saya Tiada Kuasa Berbuat Demikian Zahid Nafi Dakwaan Melindungi Siti Bainun

Saya Tiada Kuasa Berbuat Demikian Zahid Nafi Dakwaan Melindungi Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 274 hits
Kes remaja Sindrom Down Bella didera pengasas Rumah Bonda masih hangat dibincangkan di media sosial Terbaru timbul dakwaan yang mengatakan pengasas berkenaan Siti Bainun adalah anak angkat kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Nfcorp Pengerusi Kalah Rayuan Berhubung Saman Fitnah Terhadap Rafizi

Nfcorp Pengerusi Kalah Rayuan Berhubung Saman Fitnah Terhadap Rafizi

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 128 hits
April 21 2022 NFCorp dan pengerusinya Mohamad Salleh Ismail menyaman bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan membatalkan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri