Apa Kata Kali Ini Apandi Kemuka Saman Sivil Pula Terhadap Tun Mahathir


 


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak setuju dengan penyelesaian luar mahkamah yang diputuskan kerajaan terhadap saman bekas Peguam Negara, Apandi Ali.Katanya, kerajaan juga tidak patut menyelesaikan kes penamatan perkhidmatan Apandi sebagai Peguam Negara di luar mahkamah dan merahsiakan terma serta pampasan yang dibayar kepadanya.Perkembangan itu, tambahnya, amat mengejutkan kerana beliau dimaklumkan bahawa tindakan ke atas Apandi dibuat mengikut undang-undang sewaktu memberi keterangan kepada Peguam Negara sekarang, Idrus Harun.Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosedur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.“Pada masa itu saya berasa Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana dia merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.“Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Najib Razak,” jelas Tun Mahathir lagi berhubung tindakannya menamatkan perkhidmatkan Apandi pada 2018 lalu.Seterusnya, tegas Tun Mahathir lagi, beliau kekal dengan pendirian tidak mengaku atas tindakannya menamatkan perkhidmatan Apandi serta sedia mempertahankan pendiriannya di mahkamah.Kenyataan penuh Tun Mahathir adalah seperti di bawah:-********************************PENAMATAN PERKHIDMATAN TAN SRI APANDI ALI1. Tan Sri Apandi Ali telah fail tuntutan di Mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang-undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.2. Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak Peguam Negara. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosidur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara.3. Pada masa itu saya berasa Tan Sri Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana beliau merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.4. Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Dato Seri Najib. Malahan dia telah kata bahawa Najib tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat.5. Sikap berat sebelah Apandi ini terbukti apabila Najib didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.6. Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosidur dan Rule of Law.7. Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Tan Sri Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.8. Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian diluar mahkamah dibuat diantara Kerajaan dan Apandi. Terma penyelesaian juga dirahsiakan.9. Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.10. Saya menulis pada Peguam Negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat. Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada Kerajaan.11. Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.12. Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.13. Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali diwaktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi di adili di mahkamah.DR MAHATHIR BIN MOHAMAD6 Mei 2022********************************Dalam hal ini, meskipun saman Apandi terhadap kerajaan dan Tun Mahathir telah dikira selesai dengan tindakan kerajaan menyelesaikannya di luar mahkamah, tetapi dari segi moral kepada bekas Peguam Negara itu, ia belum lagi dianggap sudah berakhir.Tindakan Tun Mahathir mempertikaikan penyelesaian di luar mahkamah yang diputuskan kerajaan, tidak mengaku salah atas tindakannya menamatkan perkhidmatan Apandi serta sedia ke mahkamah untuk mempertahankan pendiriannya, adalah suatu cabaran terbuka kepada Apandi sendiri.Ternampak masih ada calit-calit hitam yang diragui yang tidak beres yang ingin diberitahu oleh Tun Mahathir di dalam mahkamah yang mulia berhubung keputusannya menamatkan perkhidmatan Apandi.Secara tidak langsung, rakyat juga tentunya ingin tahu kebenaran yang sebenar mengenainya.Maka, apa kata, terutama jika Apandi kekal berpegang dengan pendirian bahawa pemecatannya oleh Tun Mahathir adalah tindakan yang salah sebagaimana beliau mengemukakan saman sebelum ini, kali ini beliau terus saja menyaman sivil bekas Perdana Menteri itu kerana masih lagi mengaibkannya serta mempertikaikan keputusan kerajaan menyelesaikan kes samannya itu di luar mahkamah.Harap-harap Apandi sentiasa berani dan tidak menunggu lama untuk memfailkan saman tersebut. – ShahbudinHusin 06/05/2022.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/apa-kata-kali-ini-apandi-kemuka-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Bantah Kerajaan Selesai Kes Saman Bekas Ag Apandi Ali Di Luar Mahkamah

Tun Dr Mahathir Bantah Kerajaan Selesai Kes Saman Bekas Ag Apandi Ali Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 153 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju terhadap langkah kerajaan menyelesaikan kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap dirinya dan kerajaan di luar mahkamah Bekas perdana ...
Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

Dakwaan Di Pengaruhi Minta Campur Urusan Mahkamah Zahid Saman Fitnah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri perbicaraan mahkamah Ahmad Zahid 69 ...
Muafakat Nasional Terengganu Pas Kata Mahu Kerjasama Pula

Muafakat Nasional Terengganu Pas Kata Mahu Kerjasama Pula

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 136 hits
Usaha PAS untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional di Terengganu masih tergantung Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang mendakwa pihaknya cuba mengatur pertemuan dengan pihak UMNO namun sehingga kini masih b...
Pakar Kriminologi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Terhadap Pesalah Trafik Banyak Saman Tertunggak

Pakar Kriminologi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Terhadap Pesalah Trafik Banyak Saman Tertunggak

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 368 hits
nbsp Pakar kriminologi mendesak kerajaan supaya segera bertindak terhadap pemandu dan pemilik kenderaan yang mempunyai banyak saman belum dijelaskan susulan laporan berlakunya kejadian samseng jalanan membabitkan individu memiliki 56 saman ...
Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad Hakim Tuan Zulqarnain Hassan da...
Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

Sultan Dan Agong Boleh Diserang Tetapi Tak Boleh Serang Hakim Kata Ketua Hakim Proxy Mahathir

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 143 hits
Selepas serangan bertubi tubi terhadap badan kehakiman sejak kebelakangan ini Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akhirnya bersuara Jelas beliau serangan yang dibuat terhadap hakim dan institusi tersebut disifatkan melampaui batas...
Mahathir Mahu Berdepan Dengan Apandi Ali Di Mahkamah

Mahathir Mahu Berdepan Dengan Apandi Ali Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 95 hits
Apandi Ali telah fail tuntutan di mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai perdana menteri Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai peguam negara Saya telah be...
Selepas Terpalit Dicerai Talak Satu Tular Pula Laporan Polis Terhadap Mak Wan Latah Kerana Menipu

Selepas Terpalit Dicerai Talak Satu Tular Pula Laporan Polis Terhadap Mak Wan Latah Kerana Menipu

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 253 hits
KETIKA terpalit isu diceraikan talak satu selepas tiga bulan berkahwin kini timbul pula episod baharu terhadap pelakon Mak Wan Latah apabila tular laporan polis terhadapnya kerana langgar kontrak
I Ve Informed Mahathir On Terms Of Settlement In Apandi S Suit Says Ag

I Ve Informed Mahathir On Terms Of Settlement In Apandi S Suit Says Ag

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 99 hits
Attorney General Idrus Harun said Dr Mahathir Mohamad had written to him recently seeking information on the terms of settlement over the suit filed by Apandi Ali KUALA LUMPUR Attorney General Idrus Harun said today that he had already info...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Poll Who Will Win The Kuala Kubu Bharu By Election

Jadi Andalan Banyak Orang Inilah Berbagai Fitur Menarik Laptop Tipis Zenbook S 13 Oled Ux5304

How To Maximize Retirement Planning In Malaysia

Amd Ryzen 7 5800u Processor Gaming Yang Menyaru

Anak Bongsu Darjah 1

Bolehkah Berangkat Umrah Tetapi Ke Madinah Terlebih Dahulu