Tummy Time Bagus Tapi Bayi Kecil Yang Belum Boleh Meniarap Hanya Boleh Tidur Terlentang


Masih ramai ibubapa dan penjaga bayi yang keliru dan salah faham dengan kebaikan meniarap. Meniarapkan bayi untuk bermain atau berlatih menguatkan otot SEMASA BAYI BERJAGA di sebut ‘TUMMY TIME’.

Tummy time sangat disaran dan banyak manfaatnya. Antaranya:
Latihan menguasai perkembangan penting seperti meniarap dengan sendiri, duduk dan merangkak.
Meningkatkan kemahiran motor kasar bayi.
Merangsang kumpulan otot kurang guna yang lain.
Mengelakkan Plagiocephaly ( flat head syndrome atau sindrom kepala leper)
Bantu bayi menguasai kawalan kepala
Membantu penyingkiran gas/angin(sendawa atau buang angin)
Mendedahkan bayi kepada suasana sekeliling yang berbeza.
Jelas,ianya di lakukan SEMASA BERJAGA, DIBAWAH PEMERHATIAN IBUBAPA /PENJAGA dan BAGI TUJUAN latihan, senaman dan penerokaan (explore) rangsangan deria bayi.
Namun, MENIARAP UNTUK TIDUR pula MERBAHAYA DAN TIDAK DI BENARKAN buat bayi yang BELUM MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI (tanpa bantuan penjaga).
Sudah berdekad-dekad pakar pediatrik seluruh dunia berjuang menyelamatkan nyawa bayi dari kes kematian mengejut (SIDS) yang mana penyumbang terbesarnya ialah menidurkan bayi kecil secara meniarap!
Kempen pertama oleh Akademi Pediatrik USA (AAP) pada 1992 ialah menyarankan bayi kecil tidur secara terlentang sahaja. Selepas kejayaan penurunan kes sehingga hampir 70%, kempen kebangsaannya di mulakan pula pada 1996 yang terus menyaksikan penurunan kes sebanyak 24% lagi. Kempen ini sejarah yang besar.
Mana-mana individu yang mengajar bab tidur bayi namun tidak tahu atau tak menekankan sejarah ini ,maka ia sesuatu yg tak kena kerana sejarah ini terlalu di kenali ibarat ABC bab tidur bayi.
Pada 2010, SIDS masih menbunuh 2000 bayi dan masih pembunuh utama bayi sihat berusia 0-12 bulan (AAP News&Journal, January 2016, volume 137. National
Institute of Children Health and Dev. USA).
Maka, UNTUK BAYI KECIL YANG BELUM MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI HANYA BOLEH TIDUR SECARA TERLENTANG.
Bagi bayi yang TELAH MAHIR MENIARAP DENGAN SENDIRI iaitu sekitar usia 4 -7 bulan, YA, TIADA MASALAH bayi di tiarapkan untuk tidur kerana faktanya kadar SIDS menurun 80% di kalangan bayi yang telah mahir tiarap. Kenapa? Kerana bayi-bayi ini telah dengan sendiri mempunyai kekuatan koordinasi kawalan otot bagi ‘menyelamatkan’ diri seperti mengangkat kepala cukup lama dan cukup tinggi (melepasi tulang dadanya) jika tersembam di gumuh sendiri atau merasa lemas (akibat tekanan permukaan).
Malah, tak logik jika ibubapa perlu membalikkan badan bayi untuk terlentang setiap kali anak tertiarap dalam tidur. Adakah ibu perlu berjaga sepanjang waktu anak tidur bagi tujuan ini? Itu tak ada kerja namanya .
TAPI…….tidur terlentang buat bayi saya tak lena? . Kerana itu bedunglah! Supaya bayi boleh kekal lena walau dalam posisi terlentang. Ini fakta kebaikan dan keperluan amalan bedung:
Bayi manusia telah 9 bulan duduk di dalam keadaan ‘fetal positioning’ iaitu kepala tunduk, belakang melengkung dan kaki /lutut rapat ke dada serta di balut pula dengan dinding rahim. Hakikat ini membuat bayi selama hayat di kandung rahim telah merasa BAGAI DI PELUK DAN DI DAKAP. Apabila bayi lahir, mereka tak lagi duduk secara fetal position dan tiada lagi dinding rahim. Sekeliling terasa begitu luas dan asing maka ia membuat ramai bayi panik (kerap menangis) akibat perubahan drastik.
Pengganti terbaik rasa bagai di dakap dan di peluk ini ialah bila bayi di peluk/dakap/gendong oleh ibu kerana ‘closeness sensation’ yang didapatkan. Isunya, tidak ada ibu bayi yang mampu gendong dan dakap anak 24 jam seperti mana ibu rahim manusia telah beri. Maka ,bila-bila masa ibu perlu berlepas diri dan perlu meletakkan bayi terutama sekali untuk tidur, maka ibu gantikan dengan bedung untuk bayi terus rasa selamat bagai di dakap.
Bedung ini HANYA DI GUNAKAN PADA 2 KEADAAN: UNTUK TENANGKAN BAYI YANG MENGAMUK DAN UNTUK BANTU LENA SAHAJA. Kerana hanya bila bayi rasa ‘selamat’ dan ‘familiar’ dengan bantuan mententeramkan yang dia dapat, baru lah dia boleh benar-benar tenang (berhenti nangis) dan lena.
SELAIN DARI 2 KEADAAN INI, TIADA KEPERLUAN untuk bayi di bedung.
Tambahan pula, 2 gangguan tidur bayi kecil yang utama ialah: menggeliat dan reflek tersentak-sentak (moro reflex) membuat bayi kerap terjaga /terganggu kualiti tidurnya. Menggeliat dan moro reflex ini keduanya bagus untuk perkembangan bayi dan ia aktif sepanjang masa :berjaga atau tidur.Tiada ragu dan tiada bantahan dalam hal ini.
NAMUN, bila tidur, bagi bayi dari kategori high demand dan infantile colic di mana kedua mereka miliki state control atau kawalan pusat yang lemah (beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat/tidur), mereka sangat bermasalah untuk kembali lena sendiri bila tiap kali terjaga akibat menggeliat dan moro reflex ini lalu mula menangis minta bantuan ibu. Ini sebabnya mengapa ramai ibu kata ‘ anak saya tak lena bila di letak. Pasti sekejap saja dah berjaga. Tapi kalau di dukung atau dakap, lama pula tidurnya’.
Tiada masalah jika ibu mahu dakap lama-lama, namun jika ia mula meletihkan dan ibu buntu, maka ibu perlu tahu ANAK TETAP BOLEH SAMA LENA bila di letak ,’ helah’ nya ialah bedung lah.
Maka, TIDAK BENAR jika bedung di katakan menyekat pergerakan bayi dan bayi tak boleh meneroka (explore). Soalan saya:
APAKAH YANG BOLEH DI EXPLORE OLEH BAYI YANG SEDANG MARAH DAN TIDUR?
Paling penting, garis panduan bedung yang betul dan selamat ialah: kaki bayi WAJIB tetap boleh di gerakkan (move around) dan kekal bengkok (jangan paksa luruskan). Yang ‘dikunci’ seketika ketika tidur hanyalah tangan bayi. Kenapa? Kerana tangan bayilah yang paling memberi kesan tersentak/tergapai (trashing) setiap kali reflek moro aktif lalu bayi terkejut dan mula nangis semasa tidur. Jadi bagaimana pula ia menyekat pergerakkan bayi terutama ketika bayi bukan dalam fasa explore? Bila berjaga, explore lah semahunya. Bila tidur, tidurlah dengan berkualiti kerana tidur yang berkualiti ini besar kesannya kepada perkembangan dan pembesaran anak.
Tapi…….anak saya tak suka di bedung! 
Baik, perjelaskan maksud ‘tak suka’ itu. Jika:
1. ‘Tak suka’ itu kerana anak BUKAN SEDANG MENANGIS DAN BUKAN SEDANG TIDUR, ini tentulah dapat di faham. Kenapa pula mahu di bedung anak yang bukan sedang nangis dan bukan nak tidur? Tentulah anak itu marah kerana dia sedang dalam ‘mode’ meneroka dan mahu bermain, jadi kenapa di ‘perangkap’ nya dengan bedung? . Ini telah saya terang dalam hujah di atas iaitu waktu perlu bedung anak.
2. ‘ Tak suka’ itu kerana anak menangis makin kuat, meronta-ronta dan bagai mahu keluarkan tangannya, maka saya ingin tanya:
Jika anak tuan puan menangis sekuat hati, namun kaki dan tangannya lembik terkulai di tepi, adakah ini kelihatan normal buat tuan puan?
Tentulah TIDAK!. Saya telah sebut di atas bahawa anak yang menangis,pasti ‘trashing'( mencampak/hentak-hentak) tangannya. Pada masa inilah moro reflex (reflex tersentak-sentak) di aktifkan dan anak jadi makin panik lalu menjerit makin kuat SELAGI BEDUNG BELUM DISEMPURNAKAN. Kerana, bedung menghentikan ‘trashing’. Atau, peluk dan dakap anak anda. Ingat, saya telah sebut di atas, dakap, peluk dan bedung ini adik beradik.
Tapi……..anak saya tetap tak diam juga walau dah di bedung dan di dakap 
belajarlah teknik menenteramkan bayi. Jika dengan bedung saja semua bayi terus diam dan lena tidur..aduhai…mudahnya hidup ini. Semua ibubapa belajar bedung saja lah.Selesai masalah! INGATLAH, dalam rahim dahulu anak bukan rasa bagai di peluk saja. Dia juga berdodoi sepanjang masa, di dengarkan dengan bunyi rahim tak henti, tak kenal erti lapar (kerana plasenta salur makanan 24 jam) dan dapat menghisap (jari) dengan mudah tanpa masalah kerana keadaan sempit memudahkan jarinya terletak di depan muka. Jadi, kenapa pula sekarang selepas lahir ibubapa ‘expect’ anak boleh diam dan lena HANYA DENGAN BEDUNG?.
Tak patut…tak patut…
Sumber:
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA
THB ASSC . USA
DBL INSTITUTE SYDNEY
AHLI DOKTORBUDAK.COM
The post Tummy Time Bagus, Tapi Bayi Kecil Yang Belum Boleh Meniarap Hanya Boleh Tidur Terlentang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tummy-time-bagus-tapi-bayi-kecil-yang-belum-boleh-meniarap-hanya-boleh-tidur-terlentang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Jadi Tapi Belum Tentu Juga

Boleh Jadi Tapi Belum Tentu Juga

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 303 hits
Assalammualaikum wbtBOLEH JADI TAPI BELUM TENTU JUGA Logiknya bila membina istana pasir walau sebesar dan seindah mana pun Bila dihempas dek ombak Lebur juga Itu logik difikiran dan pandangan manusia Tidak melihat cuma sekadar membayangkan ...
Buah Pun Sama Manis Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

Buah Pun Sama Manis Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 392 hits
Persoalan sebegini sering kita dengar daripada pertanyaan ibu ibu mengenai pengambilan gula pada anak di bawah usia dua tahun Hakikatnya buah sememangnya teramat manis malah mempunyai kandungan gula yang agak tinggi Jadi mengapa buah boleh ...
Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 605 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
Mufti Jelaskan Boleh Guna Wipe Tissue Tapi Wajib Bersihkan Bayi Dengan Air Mutlak

Mufti Jelaskan Boleh Guna Wipe Tissue Tapi Wajib Bersihkan Bayi Dengan Air Mutlak

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 572 hits
Penggunaan baby wipes tissue memang memudahkan kerja ibu bapa untuk membersih najis bayi terutama ketika bercuti ataupun dalam perjalanan yang jauh Namun ia bukan sahaja digunakan ketika travel tetapi ramai yang menggunakanya ketika berada ...
Tiada Istilah Bayi Tahan Mata Tak Nak Tidur Bayi 1 3 Bulan Berjaga Tak Lebih 2 Jam

Tiada Istilah Bayi Tahan Mata Tak Nak Tidur Bayi 1 3 Bulan Berjaga Tak Lebih 2 Jam

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 751 hits
Banyak yang berubah bila ibu disahkan hamil terutama sekali fizikal si ibu Perasan tak makin lama saiz payudara makin besar dan warna puting payudara mula berubah warna Semua perubaha yang berlaku ada sebabnya Perubahan badan si ibu berlaku...
Pneumokokal Boleh Ragut Nyawa Bayi Ramai Tak Sedar Kepentingan Suntikan Vaksin Pneumokokal

Pneumokokal Boleh Ragut Nyawa Bayi Ramai Tak Sedar Kepentingan Suntikan Vaksin Pneumokokal

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 213 hits
Penyakit pneumokokal merupakan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonia Walaupun penyakit ini berisiko dijangkiti oleh semua golongan umur namun ianya lebih sering menjangkiti kanak kanak dan warga tua Bakteria daripa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids