Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil


Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah. Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak-anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak-anak menjadi rosak.
Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim menerusi akaun Facebooknya, dia menyeru ibu-ibu untuk tidak ambil mudah dengan kepentingan gigi susu anak-anak. Dalam perkongsian tersebut juga Dr Azila sempat berkongsi tip untuk mencegah karies susu yang sering terjadi kepada anak-anak yang masih kecil.
Kesilapan ibu bapa..
Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun.
Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu? Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’. Kita ambil senario ini
-Senario 1-
Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?
rupa jahitan selepas cabutan keseluruhan gigi susu -Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.
Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur.
Inilah namanya KARIES SUSU.
TIPS CEGAH KARIES SUSU.
Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok! Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.
Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
Ini adalah contoh Karies Susu.
Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?
Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula?
Yes, I feel you. I understand you.
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
Saya kongsikan caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini
Pesakit Dr Azila yang berumur 4 tahun. Gigi geraham susu bawah rosak dulu Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;
”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Alhamdulillah
Semoga bermanfaat
Sumber: Azila Mohd Kasim

Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
 
 
 
The post Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi, Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tidur-sambil-hisap-susu-boleh-undang-karies-gigi-doktor-saran-nak-gigi-anak-cantik-tolong-jaga-dari-mereka-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 259 hits
Dalam masyarakat Melayu berpantang adalah amalan turun temurun yang masih diamalkan sehingga ke hari ini kerana ada banyak manfaat dengan amalan tersebut Tambahan pula ada berita gembira baru baru ini apabila Kementerian Sumber Manusia menc...
Susukan Bayi Sambil Mengopi Bukan Tak Boleh Buat Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur

Susukan Bayi Sambil Mengopi Bukan Tak Boleh Buat Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 423 hits
Bolehkah ibu yang menyusukan anaknya mengambil minuman kopi pracampuran untuk menambah kecergasan tubuh Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi Pasti persoalan ini antara soalan yang sering berlegar di...
Kalau Sakit Tolong Jangan Dekat Dengan Bayi Nak Elak Si Kecil Kena Jangkitan Penyakit

Kalau Sakit Tolong Jangan Dekat Dengan Bayi Nak Elak Si Kecil Kena Jangkitan Penyakit

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 496 hits
Bayi yang baru dilahirkan memang belum cukup kuat sistem imunnya mereka lebih mudah dijangkiti virus atau penyakit yang berjangkit Oleh kerana itu ibu dan anak yang sedang berpantang memang tak digalakkan sangat berjumpa ramai orang Bukan a...
Ayah Tak Bertanggungjawab Viral Lelaki Selamber Hisap Rokok Hembus Asap Kat Muka Anak Kecil

Ayah Tak Bertanggungjawab Viral Lelaki Selamber Hisap Rokok Hembus Asap Kat Muka Anak Kecil

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 434 hits
Satu video yang mendakwa seorang ayah menghembuskan asap rokok pada muka anaknya telah tular di media sosial Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan itu telah dirakam oleh orang awam yang tidak senang duduk akan perbuatan individu yang ...
Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 577 hits
Sebenarnya tak susahpun nak bekalkan anak dengan sumber protein Telur adalah makanan yang paling mudah dan paling disukai anak anak kita Namun sebagai ibu kita harus bijak mempelbagaikan menu daripada telur ini Cuba berkreatif sebaik mungki...
Tummy Time Bagus Tapi Bayi Kecil Yang Belum Boleh Meniarap Hanya Boleh Tidur Terlentang

Tummy Time Bagus Tapi Bayi Kecil Yang Belum Boleh Meniarap Hanya Boleh Tidur Terlentang

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 573 hits
Masih ramai ibubapa dan penjaga bayi yang keliru dan salah faham dengan kebaikan meniarap Meniarapkan bayi untuk bermain atau berlatih menguatkan otot SEMASA BAYI BERJAGA di sebut TUMMY TIME Tummy time sangat disaran dan banyak manfaatnya A...
Hisap Jari Bukan Petanda Nak Dapat Adik Mungkin Petanda Anak Anda Stres

Hisap Jari Bukan Petanda Nak Dapat Adik Mungkin Petanda Anak Anda Stres

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 455 hits
Pernahkah anda mendengar kata kata yang mengatakan bayi yang menghisap ibu jari menandakan bahawa dia akan mendapat adik baharu Ketepikan dahulu kesahihan hal tersebut kerana kita akan meneliti satu lagi perkara yang lebih penting Adakah hi...
Bersalin Caesar Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal Boleh Buat Tapi Kena Tahu Kemampuan Diri

Bersalin Caesar Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal Boleh Buat Tapi Kena Tahu Kemampuan Diri

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 502 hits
Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya Mungkin juga kerana terlalu banyak mendengar cerita tentang kesukaran jika selalu melahirkan secara Caesarean ...
Percaya Tak Mama Papa Boleh Guna Cara Ini Untuk Mudahkan Anak Anda Tidur

Percaya Tak Mama Papa Boleh Guna Cara Ini Untuk Mudahkan Anak Anda Tidur

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 555 hits
Kanak kanak diketahui sebagai kelompok umur yang begitu aktif terutamanya jika mereka telah mula pandai berjalan dan mula meneroka apa yang terdapat di sekelilingnya Keaktifan kanak kanak kecil ini memberikan sedikit kesukaran kepada ibu at...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah