Sebenarnya Saya Akan Rasa Takut Bila Setiap Kali Nak Menulis Sesuatu Di Media Sosial




Afiq Nordin









Saya risau ada kemungkinan yang saya tersilap menilai, tersilap fakta, atau tanpa sedar menyumbang kepada masalah yang sedang melanda dunia digital hari ini.


Sebab itu setiap kali saya membaca, menilai dan menulis, saya selalu berhenti kejap untuk kaji sedalam-dalamnya isu tersebut dan bertanya kepada diri saya sama ada saya sedang mencari kebenaran atau saya sebenarnya hanyut dalam arus perhatian yang sedang menenggelamkan ramai orang.


Saya lihat makin ramai sanggup melakukan apa saja demi satu perkara yang tidak pernah cukup dalam hidup mereka.


Mereka mahukan perhatian.


Perhatian yang belum tentu membawa kebenaran tetapi cukup untuk menaikkan ego. Perhatian yang tidak membawa apa apa nilai sebenar tetapi perlahan lahan merosakkan kehidupan orang lain.


Perhatian yang kini menjadi budaya baru dalam dunia digital dan mula menghakis pertimbangan manusia.


Ia telah menjadi perlumbaan angka. Makin ramai yang sanggup mengabaikan batas hanya untuk meningkatkan tontonan, menaikkan kadar penglibatan, menambah pengikut dan mendapatkan lebih banyak penjanaan pendapatan.


Apabila angka menjadi tujuan utama, kebenaran dengan mudah diketepikan.


Itulah yang berlaku apabila dua warga asing, seorang dari Bosnia dan seorang lagi dari China, muncul dalam video mendakwa mereka berjaya lolos dari KLIA2 menggunakan pasport palsu.


Keyakinan dalam cara mereka bercakap menggambarkan seolah olah Malaysia negara yang terlalu mudah ditipu. Dan daripada komen yang saya lihat, ramai yang terus percaya tanpa menunggu penjelasan.


Namun apabila semakan rasmi dibuat, cerita itu runtuh sepenuhnya.


Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, mengesahkan bahawa pasport kedua dua individu itu adalah pasport yang sah.


Rekod masuk dan rekod keluar mereka disahkan oleh kedutaan. Pemeriksaan yang mereka rakamkan dalam video itu bukan pun pemeriksaan imigresen.


Ia hanyalah pemeriksaan polis bantuan sebelum menaiki pesawat, tanpa semakan biometrik dan tanpa proses rasmi yang menentukan keluar masuk negara.


Dalam kata lain, sempadan Malaysia tidak ditembusi. Yang ditembusi sebenarnya ialah kepercayaan masyarakat terhadap fakta.


Ini bukan kali pertama ruang digital kita dimanipulasi dengan kandungan sensasi yang tidak pun berpijak pada realiti.


Sebelum ini saya ada kongsikan kisah Safiudeen Pakkeer Mohamad. Beliau seorang pekerja asing yang akhirnya hidup sebagai gelandangan setelah pasportnya dipegang majikan dan gajinya tidak dibayar selama berbulan bulan.


Beliau melarikan diri kerana terdesak. Kemudian muncul video yang merakam beliau dipukul, dijirus air dan ditendang ketika tidur di kaki lima sebuah bank.


Ramai yang bersimpati dan ramai yang marah melihat layanan yang tidak berperikemanusiaan itu.


Namun seperti biasa, dalam setiap insiden pasti muncul orang yang melihat peluang untuk mencipta cerita baharu.


Ada seorang wanita mendakwa bahawa Safiudeen sebenarnya pemabuk, suka membuat kacau dan sengaja tidur di situ. Cerita ini cepat menyambar perhatian kerana sensasi lebih mudah dipercayai daripada fakta.


Tetapi apabila diminta bukti dan pengesahan, dakwaan itu hilang begitu sahaja. Akhirnya dia mengaku bahawa cerita itu hanyalah sesuatu yang “didengar daripada orang”.


Inilah wajah dunia digital hari ini. Fitnah lebih laju daripada fakta. Tuduhan lebih cepat dikongsi daripada maklumat yang sah. Khabar angin pula lebih mudah dipercayai berbanding akal yang waras.


Apabila manusia terlalu mengejar angka, kemanusiaan tidak lagi menjadi perkara penting. Selagi tontonan naik, selagi penglibatan meningkat, selagi pengikut bertambah dan selagi penjanaan pendapatan bergerak, ramai yang tidak lagi memikirkan kesan terhadap maruah orang lain atau nama negara sendiri.


Apabila saya melihat kembali isu KLIA2 ini, saya sedar bahawa dua warga asing tersebut tidak memecahkan sistem keselamatan Malaysia.


Mereka memecahkan garis etika. Mereka menggunakan nama Malaysia sebagai alat untuk mendapatkan angka tontonan. 


Sebenarnya ini bukan kali pertama mereka menghasilkan kandungan seperti itu. Ada video mereka yang sengaja dibesar-besarkan dan ada yang jauh daripada konteks sebenar.


Kerajaan kini sedang menyiasat motif mereka. Jika terbukti mereka sengaja memburukkan imej negara, tindakan sewajarnya perlu diambil. Malaysia berhak mempertahankan integriti sempadannya termasuk daripada manipulasi kandungan digital yang tidak bertanggungjawab.


Apabila saya susun kedua dua kisah ini, saya tiba pada satu kesimpulan yang mungkin tidak menyenangkan tetapi semakin jelas kebenarannya.


Masalah sebenar bukan pasport palsu atau gelandangan yang dianiaya.


Masalah sebenar ialah manusia yang sanggup menggadaikan maruah orang lain, malah maruah sebuah negara, hanya untuk beberapa saat perhatian.


Selagi perhatian dianggap lebih penting daripada kebenaran, selagi itulah ruang digital kita akan dipenuhi kandungan yang merosakkan kematangan masyarakat.


Selagi kita tidak berhenti untuk menyemak apa yang kita baca, satu hari nanti kita mungkin tidak lagi mampu membezakan mana cerita yang dicipta dan mana realiti yang benar benar berlaku.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/sebenarnya-saya-akan-rasa-takut-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Pengisytiharan Cuti Umum Sempena Kemenangan Kerajaan Grs Yang Tular Di Media Sosial Adalah Tidak Benar

Dakwaan Pengisytiharan Cuti Umum Sempena Kemenangan Kerajaan Grs Yang Tular Di Media Sosial Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 102 hits
SEBENARNYA Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Adalah dimaklumkan bahawa mesej berangkai yang menularkan dakwaan mengenai Pengisytiharan Cuti Umum Sempena Kemenangan Kerajaan GRS adalah tidak benar dan tidak
Larangan Kanak Kanak 16 Tahun Ke Bawah Miliki Akaun Media Sosial

Larangan Kanak Kanak 16 Tahun Ke Bawah Miliki Akaun Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 214 hits
Zaman sekarang budak sekolah rendah pun dah ada TikTok sendiri kan Tapi lepas ni mungkin tak lagi Kerajaan tengah rancang nak larang kanak kanak bawah 16 tahun ada akaun media sosial dan sasaran pelaksanaannya ialah tahun depan Wah betul ke...
Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 166 hits
Perodua Jelaskan Klausa Bateri EV Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd hari ini menjelaskan bahawa terdapat salah faham komunikasi dalaman berhubung dokumen terma dan syarat perkhidmatan Battery...
Kerajaan Tetap Had Umur Minimum 16 Tahun Bagi Akses Media Sosial

Kerajaan Tetap Had Umur Minimum 16 Tahun Bagi Akses Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 88 hits
Kuala Lumpur Langkah menetapkan had umur minimum 16 tahun dan mewajibkan pengesahan identiti mampu menangani peningkatan ancaman bahan eksploitasi seksual kanak kanak Pendekatan tegas berkenaan bagaimanapun memerlukan sokongan ibu bapa seko...
Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah

Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 162 hits
Setiap kali balik dari pasar sabtu ke atau ahad pagi nieyl mesti akan singgah kedai ni pekena Bihun Sup ataupun Kuey Teow Sup Daging boleh dikatakan setiap minggu hahaha Tak tahu la kenapa kadang kadang masa order tu akan cakap nak daging l...
Fiza Frizzy Sindir Penyampai Radio Berattitude Dakwa Perangai Sebenar Tak Seindah Di Media Sosial Tak Hadap Tak Hamak

Fiza Frizzy Sindir Penyampai Radio Berattitude Dakwa Perangai Sebenar Tak Seindah Di Media Sosial Tak Hadap Tak Hamak

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 184 hits
Pengacara dan personaliti TV Fiza Frizzy meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap seorang individu yang dipercayai penyampai radio tempatan Menerusi hantaran di Instagram Story Fiza mempersoalkan kelakuan individu berkenaan yang menuru...
Gadis Tertekan Suis Komputer Pemain Game 2 Kali Di Cyber Cafe Netizen Tak Tahu Nak Gelak Atau Kesian

Gadis Tertekan Suis Komputer Pemain Game 2 Kali Di Cyber Cafe Netizen Tak Tahu Nak Gelak Atau Kesian

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 160 hits
LUAR NEGARA Kalau anda fikir cyber cafe selamat untuk bermain game tanpa gangguan silap besar Baru baru ini tular satu video yang menunjukkan detik paling keliru minggu ini apabila seorang gadis secara tidak sengaja menutup suis komputer le...
Mohon Doa Semua Kurang Sihat Keluarga Sahkan Bung Moktar Kini Dirawat Di Hospital

Terengganu Perlu Selesaikan Isu Fgv Guna Kaedah Islam Tindakan Sita Tak Patut Berlaku Dr Khairuddin

Pas U Turn Isu Undang Undang Banteras Lgbt

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Isu Tng Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

Jenis Susu Di Pasaran Mana Yang Sesuai Untuk Korang

6 2025 Auto Top 70 By Adele Okc4


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Arak Diakui Semua Pihak

Easy Mexican Recipe With Beef

Boikot Touch N Go Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Best Place Buy Diamonds Online Made Simple And Easy

Kejadian Salah Masuk Kereta

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi