Platform Media Sosial Dianggap Berlesen Automatik Mulai 2026 Skmm




 

SITI NUR ZAWANIDecember 15, 2025Semua platform pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia akan dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) tanpa perlu melalui proses pendaftaran biasa (melalui Peruntukan Deeming).
(ASP(C) – kerangka pelesenan di bawah Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, langkah ini untuk memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan. 




Pendekatan ini juga selaras dengan kerangka pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025 bagi mengukuhkan akauntabiliti serta pematuhan terhadap undang-undang Malaysia.
“Inisiatif ini bagi memastikan semua platform terlibat untuk memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga,” maklum SKMM dalam kenyataan.
Pelaksanaan Peruntukan Deeming ini dilaksanakan terhadap penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria ditetapkan termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026. 
Penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar, dan pelaksanaan ini hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh pendaftaran sedia ada tamat.
Penyedia perkhidmatan yang terlibat akan terus beroperasi menerusi platform  global mereka seperti biasa. Pendekatan ini sejajar dengan amalan  antarabangsa dalam mengawal selia platform dalam talian berskala besar.
SKMM akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memperkukuh keselamatan dalam talian terutamanya kanak-kanak serta keluarga demi manfaat semua pengguna di Malaysia.
Maklumat terperinci tentang pelaksanaan Peruntukan Deeming boleh diperoleh melalui laman sesawang MCMC di. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf2/FAQ_Pelaksanaan-Peruntukan-Deeming_15-Disember-2025.pdf. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/platform-media-sosial-dianggap-berlesen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia Disifatkan Berdaftar Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia Disifatkan Berdaftar Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 83 hits
Semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar berkuat kuasa 1 Januari 2026 Selepas 8216 disifatkan berdaftar 8217 penyedia perkhidmatan terl...
Aksi Basikal Lajak Merbahaya Yang Tular Di Media Sosial 2 Remaja Ditahan

Aksi Basikal Lajak Merbahaya Yang Tular Di Media Sosial 2 Remaja Ditahan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 122 hits
Bernama nbsp Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights Subang Jaya Selangor tular di media sosial Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wa...
Konsistensi Content Kunci Bisnes Kecil Terus Hidup Di Media Sosial

Konsistensi Content Kunci Bisnes Kecil Terus Hidup Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 122 hits
Dalam dunia keusahawanan hari ini poster bukan lagi masalah utama Template boleh dicari di mana mana dan kecerdasan buatan kini mampu menghasilkan ratusan idea dalam beberapa saat Namun satu perkara yang tidak dapat digantikan oleh teknolog...
Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 116 hits
KUALA LUMPUR 7 Dis Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights Subang Jaya Selangor tular di media sosial Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Az...
Sebenarnya Saya Akan Rasa Takut Bila Setiap Kali Nak Menulis Sesuatu Di Media Sosial

Sebenarnya Saya Akan Rasa Takut Bila Setiap Kali Nak Menulis Sesuatu Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 145 hits
Afiq NordinSaya risau ada kemungkinan yang saya tersilap menilai tersilap fakta atau tanpa sedar menyumbang kepada masalah yang sedang melanda dunia digital hari ini Sebab itu setiap kali saya membaca menilai dan menulis saya selalu berhent...
Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026

Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 54 hits
Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026 Penguatkuasaan palang penghadang dengan had ketinggian 3 5 meter serta had muatan kenderaan BTM BDM lima tan di laluan masuk dan keluar Jambatan Angkat Kuala Terengga...
Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 193 hits
Perodua Jelaskan Klausa Bateri EV Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd hari ini menjelaskan bahawa terdapat salah faham komunikasi dalaman berhubung dokumen terma dan syarat perkhidmatan Battery...
Kerajaan Tetap Had Umur Minimum 16 Tahun Bagi Akses Media Sosial

Kerajaan Tetap Had Umur Minimum 16 Tahun Bagi Akses Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 116 hits
Kuala Lumpur Langkah menetapkan had umur minimum 16 tahun dan mewajibkan pengesahan identiti mampu menangani peningkatan ancaman bahan eksploitasi seksual kanak kanak Pendekatan tegas berkenaan bagaimanapun memerlukan sokongan ibu bapa seko...
Australia Kuat Kuasakan Larangan Akaun Media Sosial Pengguna Bawah 16 Tahun

Australia Kuat Kuasakan Larangan Akaun Media Sosial Pengguna Bawah 16 Tahun

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 115 hits
Australia kini mengenakan larangan penggunaan media sosial untuk kanak kanak bawah 16 tahun berkuat kuasa 10 Disember 2025 Langkah pertama seumpamanya di dunia ini bertujuan melindungi kanak kanak daripada ketagihan telefon dan risiko dalam...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo