Tular Di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol Yang Baru


Views: 2
Kita dah masuk zaman AI, tak kanlah nak beratur lagi macam zaman 90an? Tak dipastikan kesahihannya, tapi dalam video yang lain dengan mesin yang sama, individu dalam video beberapa kali menyebut ia adalah sistem pengesahan untuk BUDI. Pada siapa yang sudah lupa, BUDI adalah skim bantuan subsidi bagi bahan api kenderaan.
Video: https://www.facebook.com/61577344192525/videos/1478616716785502
Jika benar maklumat tular ini? Amatlah memalukan sekali. Dalam pada kita sibuk menggembar-gemburkan kemajuan kita dalam IoT dan AI, kita kembali ke tahun 90an di mana kita semua perlu beratur di kaunter untuk membeli petrol dan diesel.
Macam yang pernah kami cadangkan lama dulu. Syarikat petroleum negara, angsa emas kerajaan, PETRONAS sudahpun memiliki sistem pembayaran petrol terbaik di dunia setakat ini dengan aplikasi Setel. Setel bukan sahaja cepat dan mudah, malah berfungsi sebagai e-dompet di bawah seliaan BNM. Yakni, setiap akaun sudahpun dilengkapi ciri pengesahan kad pengenalan dan eKYC.
Setel, aplikasi Petronas bertaraf SuperApps. Kita boleh tahu di mana bahan api dibeli, stesen mana, jumlah bahan api dibeli, masa dibeli, jenis bahan api yang dibeli. Malahan, pam nombor berapa kita beli pun boleh diketahui dari sistem Setel! Mudah kerja kerajaan! Jadi, mengapa perlu ke kaunter lagi? Tidakkah semuanya sudah boleh diimplementasikan secara terus dengan Setel? PETRONAS itu pun bukan orang lain, ‘provider’ utama kerajaan juga. Apalah salahnya jika PETRONAS dapat sedikit kelebihan?
Kerajaan dan rakyat sudah banyak mengambil hasil daripada PETRONAS. Ketika pandemik, PETRONAS antara tabung kecemasan kerajaan untuk menggerakkan semula ekonomi dalam negara. Dalam keadaan PETRONAS yang getir sekarang dilanda kerugian, bila lagi masa untuk kita membalas budi?
Ada ramai juga yang marah dengan cadangan kami dulu. Kononnya ia langkah yang menghapuskan persaingan.
Mungkin dia lupa atau tak ambil tahu perkembangan dunia luar. Di Indonesia, PERTAMINA diberi hak ekslusif menjual Ron92 yang jadi pilihan rakyat marhaen. Di Arab Saudi, Aramco jadi pengelola tunggal untuk semua aktiviti upstream. Di Arab Saudi dan Bulgaria, hanya syarikat petrol milik kerajaan yang dibenarkan menjual petrol dengan harga subsidi. Di China, Rusia dan Iran, stesen minyak kerajaan boleh menjual petrol mereka dengan harga lebih murah dari pesaing asing dalam pasaran terbuka kerana layanan istimewa pelepasan cukai dan bantuan kewangan kerajaan.
Di Malaysia, kita terlalu baik hati. Syarikat kita nak tembusi pasaran asing punyalah payah. Tapi syarikat asing boleh masuk ke Malaysia mudah-mudah. Apalah salahnya kalau orang ingin tebus subsidi BUDI di syarikat petrol asing kena beratus di kaunter, tapi kalau di PETRONAS boleh Setel saja?
Bukannya kita menafikan dan membuang terus subsidi di syarikat petrol asing. Tapi mereka tidak layak mendapat layanan istimewa. Kalaupun mereka ada aplikasi petrol sendiri, mereka tidak layak diberi akses kepada API dan sistem BUDI kerajaan. Dengan kawalan undang-undang keselamatan data kerajaan Malaysia yang lemah, tak payahlah buat tambah masalah dan sakit kepala. Nanti bocor lagi data BUDI, semua menggelupur salahkan orang itu dan ini.
Aplikasi e-Dompet milik tempatan lain seperti TnG e-Wallet pun apa kurangnya? Sudah berdaftar dengan BNM dan dilengkapi ciri eKYC untuk pengesahan pengenalan diri dan MyKad. Cadangan kami di OMGH mudah. Di syarikat petrol asing, kalau nak tebus subsidi kena beratur di kaunter untuk tap MyKad di mesin. Kalau di PETRONAS, guna Setel saja. Mudah kan? Tak kan tak boleh buat? Ingat, PETRONAS yang tanggung separuh perbelanjaan tahunan kerajaan tau? Bukan Shell, bukan Petron, bukan Caltex, bukan BuraqOil.
PETRONAS, angsa emas negara yang perlu dijaga dan dipertahankan… Syarikat petrol lain yang layak pun saya fikir mungkin Smart Stream yang sebahagiannya dimiliki oleh koperasi FELDA. Tapi Smart Stream setahu saya tak ada aplikasi mereka sendiri.
Jika dulu kerajaan boleh salurkan kredit e-tunai RM30 kepada warganegara dengan menggunakan mekanisme pengesahan e-dompet dan eKYC, saya tak nampak perkara yang sama tidak boleh dilaksanakan juga dengan kredit subsidi minyak. Bukankah insentif e-tunai RM30 dulu pun kerajaan boleh tetapkan had lokasi dan barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit e-tunai?
Dulu pun kerajaan dah pernah buat kan… Agihan kredit terus ke e-Dompet masing-masing. Hanya perlu buat pengesahan eKYC dan MyKad saja. Sekarang kan dah ada MyDigitalId? Sepatutnya jadi lebih senang. p/s: apa jadi dengan PADU? Bila lagi nak guna MyID? Tak kanlah dah susah payah buat pendigitalan, nak kena beratur macam zaman pen dan kertas lagi?
The post Tular di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol yang Baru appeared first on OMGHACKERS.COM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/tular-di-media-sosial-mesin-terminal-pengesahan-subsidi-petrol-yang-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani

Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 3185 hits
TERKINI Semua rakyat Malaysia yang mempunyai IC dan lesen memandu yang sah akan menerima Harga Subsidi Minyak RM 1 99 seliter bermula 30 September 2025 Ini diumumkan sendiri hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Anwar bin Ibr...
Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar Skps Untuk Subsidi Petrol Ron95

Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar Skps Untuk Subsidi Petrol Ron95

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2570 hits
Sektor Pengangkutan Darat Awam Barangan Ini Layak Daftar SKPS Untuk Subsidi Petrol RON95 Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang tersenarai boleh mula memohon manfaat subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi ...
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1125 hits
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini Kerajaan Australia akan menguatkuasa perintah yang melarang kanak kanak di bawah usia 16 tahun daripada memiliki akaun media sosial bermula 10 Disember ini Menurut satu pa...
Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial

Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 629 hits
Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial Terdapat pelbagai perbezaan pandangan di dalam kalangan ulama mengenai hukum memelihara anjing Namun begitu Islam tidak menafikan kepentingan haiwan itu dalam kehidup...
Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1045 hits
Original Content Fenomena masakan ringkas tetapi penuh aura selebriti kini kembali mencuri perhatian peminat hiburan tanah air Semuanya gara gara sepinggan lauk telur mata tumis bawang bersama ikan bilis yang disediakan oleh penyanyi dan pe...
Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial

Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1082 hits
Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial KOTA KINABALU 19 Sept Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini meluahkan kekecewaan selepas dimaklu...
Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2767 hits
Original Content Pelakon popular Anzalna Nasir mendedahkan jumlah pengikutnya di media sosial semakin meningkat selepas tampil anggun sebagai pembawa dulang hantaran pada majlis perkahwinan pasangan sensasi Amira Othman dan Fattah Amin yang...
Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 5588 hits
YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025 Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 untuk manfaat rakyat Kerajaan MADA...
Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1503 hits
Orang ramai dinasihatkan segera memeriksa dan menggantikan cip MyKad yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati harga petrol RON95 subsidi bersasar pada kadar RM1 99 seliter Menurut kenyataan media hanya pemegang MyKad layak mendapatkan h...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

Laku Keras 1 607 Unit Proton E Mas 5 Ditempah Dalam 24 Jam Suv Elektrik Tempatan Raih Sambutan Luar Biasa

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara Di Mana Malaysia

Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia Dedah Perangai Mengejutkan Orang Kita

Pbs Hits Back At Reckless Corruption Claims From Warisan Leader

Netizens Trivialise Klang Mp S Claim Of High Stress Level Sitting For Exams During Deepavali Period

Random Photos With Captions

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka