Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic


YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.
“Kerajaan MADANI telah mengotakan komitmennya untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 dan mengurangkan harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.
Berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter mulai 30 September 2025. Bagi golongan yang tidak layak, seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
“Semua warganegara, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik. Inilah keistimewaan hanya untuk rakyat Malaysia,” kata YAB Dato’ Seri Anwar.
“Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Namun, tumpuan Kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan prasarana asas,” tambah beliau.
Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka.
Siling kelayakan bulanan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan, di mana lebih 99% pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tidak melepasi jumlah ini.
Sumber: Kementerian Kewangan Apa Itu BUDI95? BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.
Siapa Layak Dapat BUDI95? Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas Mempunyai lesen memandu yang masih aktif Tiada kira tahap pendapatan – semua layak Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
Harga RON95 Tanpa Subsidi
Bagi golongan tidak layak (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
Cara Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Harga Subsidi Baharu RM1.99 / Seliter Macam Mana Cara Nak Tebus Harga RM1.99 Seliter?
Senang je – tiada pendaftaran diperlukan. Hanya perlu sahkan MyKad di pam minyak atau terminal kedai stesen minyak. Terminal MyKad akan disediakan di semua stesen minyak. Ada juga pilihan digital: e-dompet TNG dan aplikasi minyak seperti Setel (Petronas) & CaltexGo. *Kerajaan MADANI menasihati rakyat agar memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah sebelum peralihan kepada BUDI95. Walau bagaimanapun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa memperbaharui MyKad sekiranya mereka berjaya menebus bantuan SARA atau Penghargaan SARA, kerana itu membuktikan cip MyKad berfungsi.
Jadual Pelaksanaan BUDI95 Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis; Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif. Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa. Orang ramai disaran untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
Soalan Lazim (FAQ) Subsidi Petrol RON95 Apa itu BUDI95? BUDI95 ialah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia bermula 30 September 2025. Melalui skim ini, rakyat Malaysia terus nikmati petrol RON95 dengan harga rendah RM1.99 seliter.
Berapa harga petrol RON95 dengan BUDI95? RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia dengan lesen memandu aktif.
Berapa kuota subsidi yang diberi? Sehingga 300 liter sebulan untuk setiap individu.
Perlu daftar untuk dapatkan subsidi petrol RON95 melalui skim BUDI95? Tak perlu daftar. Hanya sahkan MyKad semasa isi minyak.
Bagaimana dengan pemandu e-hailing? Mereka diberi pengecualian dan boleh mohon kuota tambahan.
Berapa harga untuk bukan warganegara? Anggaran sekitar RM2.60 seliter (tanpa subsidi).
Bila mula dilaksanakan? Pelaksanaan penuh bermula 30 September 2025 untuk semua rakyat Malaysia, selepas fasa awal untuk anggota keselamatan pada 27 September dan penerima STR pada 28 September.
Baca juga: MySubsidi KPDN – Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/budi95-subsidi-petrol-ron95/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=budi95-subsidi-petrol-ron95

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 2517 hits
Cara Guna Touch n Go eWallet untuk BUDI95 Panduan Lengkap Mudah BUDI95 atau Budi Madani RON95 ialah inisiatif subsidi petrol yang disasarkan untuk rakyat Malaysia Kini anda boleh gunakan Touch n Go eWallet untuk menebus dan membayar petrol ...
Minyak Petrol Ron95 Pada Harga Rm1 99 Seliter Apa Anda Perlu Tahu

Minyak Petrol Ron95 Pada Harga Rm1 99 Seliter Apa Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 2341 hits
Original Content Harga Minyak RM1 99 Seliter Harga petrol RON95 bakal menyaksikan penurunan bermula 30 September ini apabila kerajaan mengumumkan kadar baharu sebanyak RM1 99 seliter berbanding harga semasa RM2 05 seliter Inisiatif ini dium...
Budi95 Shell Cara Isi Petrol Ron95 Di Shell

Budi95 Shell Cara Isi Petrol Ron95 Di Shell

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2338 hits
BUDI95 Shell merupakan subsidi petrol RON95 yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang layak bagi membantu mengurangkan beban kos pengangkutan Di stesen Shell melalui tiga pilihan iaitu bayaran terus di pam terminal MyKad di kaunt...
Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 4170 hits
Sahkan akaun Setel anda sekarang untuk dapatkan subsidi Petrol BUDI MADANI RON95 Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti Ya betul tu anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025 Ikut panduan di atas un...
Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 3566 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraHarga minyak memang topik yang tak pernah sunyi di Malaysia Hampir setiap hari kita dengar orang sembang pasal kos isi minyak sama ada di kedai kopi atau ketika menunggu giliran di stesen petrol Baru baru ...
Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 2307 hits
BUDI95 Petron ialah subsidi petrol RON95 yang ditawarkan kerajaan bagi membantu rakyat yang layak mengurangkan kos pengangkutan Di stesen Petron anda boleh mengisi minyak bersubsidi dengan MyKad di kaunter bayar terus di pam atau menggunaka...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 3334 hits
Melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif boleh menikmati petrol RON95 pada harga subsidi RM1 99 seliter Setiap pengguna diberikan kuota sehingga 300 liter sebulan yang akan...
Ini Cara Guna Budi Madani Ron95 Dengan Tng Ewallet

Ini Cara Guna Budi Madani Ron95 Dengan Tng Ewallet

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 2799 hits
Seperti diketahui kerajaan Malaysia kini beralih daripada subsidi petrol menyeluruh kepada subsidi bersasar untuk RON95 yang dinamakan BUDI MADANI RON95 Melalui inisiatif ini warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memand...
Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2617 hits
Cara Isi RON95 Guna MyKad Di Pam Minyak Petronas Petron BHPetrol Shell Caltex Seperti yang semua tahu bermula 30 September 2025 harga subsidi RON95 ditetapkan kepada RM 1 99 seliter di bawah sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MA...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

A Thief Never Becomes An Owner Kebenaran Yang Tak Mampu Dicuri

Irresistible Beef Torta Filipino Recipe

Drama Jika Itu Salahku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betflixtikto 10 June Betflixtikto Truemoney Wallet Top 10 By Arnold

Betm4 26 July Betm4 Top 31 By Kermit

Laicikang

Laungan Pertama Azan Subuh Dari Jantung Gaz Selepas Gencatan Senjata

Pensyarah Uitm Ditemui Lemas Di Kolam

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi Digital Dan Rakyat