Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial


Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh & Mempamerkan Anjing Di Media Sosial
Terdapat pelbagai perbezaan pandangan di dalam kalangan ulama mengenai hukum memelihara anjing. Namun begitu Islam tidak menafikan kepentingan haiwan itu dalam kehidupan manusia.
Syariat Islam tetap memberi kelonggaran untuk memelihara anjing bagi tujuan yang diharuskan seperti menjaga keselamatan, mengawal ternakan, memburu atau mencari jejak.
Namun, terdapat segelintir orang yang mempamerkan gambar atau video mereka sedang memegang anjing di laman media sosial. Tindakan tersebut sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai perspektif negatif.
Untuk penjelasan lebih lanjut, ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum berbangga menyentuh dan mempamerkan anjing di media sosial.
IRSYAD HUKUM SIRI KE-921: HUKUM PERBUATAN BERBANGGA MENYENTUH DAN MEMPAMERKAN ANJING DI MEDIA SOSIAL Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan SOALAN
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang perbuatan kita sengaja menunjukkan kita sedang memegang anjing dan berbangga dapat melakukannya dengan mempamerkannya di media sosial. Apakah hukum bagi perbuatan seperti ini?
RINGKASAN JAWAPAN Hukum memelihara anjing dengan tujuan dan sebab yang dibenarkan syarak seperti untuk beburu, menjaga rumah dan kebun tanaman adalah diharuskan. Namun begitu, perbuatan mempamerkan dengan bangga menyentuh anjing adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima kerana menimbulkan fitnah kepada diri, negara dan masyarakat. Lebih-lebih lagi di negara Malaysia yang berpegang kepada mazhab al-Syafie yang berpandangan bahawa anjing termasuk daripada haiwan najis mughallazah. Selain itu, masyarakat Islam di Malaysia juga agak sensitif terhadap anjing dari sudut hukum kenajisannya tersebut. Oleh yang demikian, setiap individu perlu menghormati sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perbuatan provokatif yang menganggu keharmonian.
Waallahu a’lam.
HURAIAN JAWAPAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Isu hukum berkaitan anjing dan status kenajisannya sentiasa menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia. Terdapat beberapa golongan yang memandang remeh dan enteng perkara ini dengan menyangka apabila diharuskan untuk membela anjing, maka mereka juga boleh untuk mempamerkan perbuatan menyentuh anjing dengan sesuka hati di media sosial.
Bagi menjawab persoalan ini, secara asasnya sememangnya anjing ialah haiwan yang termasuk najis berat (mughallazah). Namun bukanlah istilah najis mughallazah itu bermakna anjing itu hina dan boleh dihinakan. Anjing juga termasuk haiwan yang perlu berlaku ihsan dan tidak boleh dizalimi seperti yang sabit dalam hadis Nabi SAW yang agung bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan ke atas semua perkara. Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika sekiranya kamu menyembilah, maka perelokkanlah sembelihan tersebut. Tajamkanlah alat sembelihan dan rehatkanlah haiwan sembelihan tersebut.
(Riwayat Muslim)
Namun begitu, ihsan kepada binatang tidak sepatutnya membawa kepada membenarkan perkara yang dihukum haram oleh para ulama seperti menyentuh atau memegang haiwan yang tergolong sebagai najis mughallazah. Sepertimana yang dimaklumi bahawa hukum kenajisan anjing adalah satu perkara khilaf dalam kalangan ulama. Terdapat mazhab dan beberapa pandangan ulama yang lain mengatakan bahawa anjing bukan daripada najis mughallazah. Walau bagaimanapun, di sisi mazhab al-Syafie secara jelas menyatakan bahawa anjing adalah termasuk daripada najis berat yang wajib untuk dibasuh dengan tujuh kali basuhan, satu daripadanya dengan air bercampur tanah. Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ bahawa:
وقد اختلف العلماء في ولوغ الكلب فمذهبنا أنه ينجس ما ولغ فيه ويجب غسل إنائه ‌سبع ‌مرات ‌إحداهن ‌بالتراب وبهذا قال أكثر العلماء.
Maksudnya: Para ulama telah berselisih pandangan berkaitan status jilatan anjing. Mazhab kami (al-Shafi‘i) bahawa apa yang dijilat olehnya adalah bernajis dan wajib untuk membasuh bekasnya dengan tujuh kali basuhan satu daripadanya dengan air bercampur tanah. Ini juga pandangan kebanyakan para ulama’.
Oleh yang demikian, menyentuh anjing yang merupakan najis mughallazah dengan tanpa keperluan dan tujuan juga adalah haram kerana sengaja menyentuh najis dan mengotorkan diri dengannya. Imam Zakaria al-Ansari menyebutkan dalam kitab Asna al-Mathalib dengan berkata:
وَقُلْنَا يَحْرُمُ ‌التَّضَمُّخُ ‌بِالنَّجَاسَةِ عَبَثًا
Maksudnya: Pandangan kami (mazhab al-Shafi’i) adalah haram untuk sengaja mengotorkan diri dengan najis dengan tanpa sebarang tujuan.
Selain daripada itu, hukum membela anjing tanpa keperluan juga adalah haram kecuali dalam perkara yang dibenarkan syarak seperti untuk memburu, menjaga binatang ternakan atau kebun tanaman. Bahkan membela anjing dengan tanpa keperluan yang dibenarkan syarak ini juga akan mengurangkan pahala pemiliknya pada setiap hari sebanyak dua qirath. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا لَيْسَ بِكَلْبِ صَيْدٍ، وَلَا مَاشِيَةٍ وَلَا أرْضٍ، فَإنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِهِ قِيرَاطَانِ كُلَّ يَوْمٍ
Maksudnya: Sesiapa yang memelihara anjing bukan untuk tujuan pemburuan, sebagai penjaga binatang ternakan atau penjaga kebun, maka pahalanya akan berkurang sebanyak dua qirath pada setiap hari.
(Riwayat Muslim)
Berdasarkan pernyataan di atas, jika terdapat keperluan yang dibenarkan syarak, maka hukumnya adalah harus untuk memelihara anjing. Walau bagaimanapun, dalam isu berkaitan memegang anjing yang dipelihara tersebut dan berbangga dengan mempamerkannya di media-media sosial ialah satu isu yang berbeza. Perbuatan tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterima untuk dinormalisasikan atau dijadikan sesuatu yang biasa. Hal ini setiap individu perlu untuk menghormati pandangan umum yang diterima dan digunapakai di sesuatu tempat. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan:
العادة محكمة
Maksudnya: Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum.
Oleh yang demikian, perlu difahami bahawa pengamalan Islam di Malaysia yang berteraskan kepada mazhab al-Syafie, maka pandangan ini sepatutnya dipegang dan diterima oleh semua umat Islam. Di samping itu, umat Islam sendiri hendaklah menghindari sebarang perbuatan yang akan menimbulkan fitnah dan persepsi negatif terhadap diri, masyarakat dan agama. Selain itu, setiap anggota masyarakat juga perlu untuk menghormati sensitiviti agama dan kaum di Malaysia dan tidak sengaja untuk menimbulkan provokasi yang tidak perlu yang akan menggugat keharmonian.
Kesimpulan Kesimpulannya, hukum memelihara anjing dengan tujuan dan sebab yang dibenarkan syarak seperti untuk beburu, menjaga rumah dan kebun tanaman adalah diharuskan. Namun begitu, perbuatan mempamerkan dengan bangga menyentuh anjing adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima kerana menimbulkan fitnah kepada diri, negara dan masyarakat. Lebih-lebih lagi di negara Malaysia yang berpegang kepada mazhab al-Syafie yang berpandangan bahawa anjing termasuk daripada haiwan najis mughallazah. Selain itu, masyarakat Islam di Malaysia juga agak sensitif terhadap anjing dari sudut hukum kenajisannya tersebut. Oleh yang demikian, setiap individu perlu menghormati sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perbuatan provokatif yang menganggu keharmonian.
BACA: Varian Baharu Covid-19, XFG Dikesan Di Malaysia
BACA: Isu Hantaran Facebook, Mona Din Mohon Maaf Kepada Pihak Peguam Negara
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh & Mempamerkan Anjing Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/20/mufti-wilayah-jelaskan-hukum-menyentuh-mempamerkan-anjing-di-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar Ultrasound Bayi

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar Ultrasound Bayi

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1414 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar Ultrasound Bayi Kehadiran dan kelahiran bayi merupakan detik istimewa yang ditunggu tunggu oleh setiap pasangan Ia bukan sekadar anugerah yang mengisi ruang kehidupan malah membawa makn...
Hak Menulis Di Media Sosial

Hak Menulis Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2155 hits
Hak Menulis di Media Sosial Monolog Jiwa JMBELOG Hak Menulis di Media Sosial Monolog Jiwa Refleksi puitis tentang kebebasan dan tanggungjawab menulis dalam ruang digital Menulis di media sosial adalah hak setiap individu Ia ruang untuk melu...
Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial

Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 722 hits
Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial KUALA LUMPUR 16 Sept Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat tiga kes melibatkan penularan kandungan video di aplikasi TikTok yang mempunyai unsur has...
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 765 hits
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini Kerajaan Australia akan menguatkuasa perintah yang melarang kanak kanak di bawah usia 16 tahun daripada memiliki akaun media sosial bermula 10 Disember ini Menurut satu pa...
Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial

Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 836 hits
Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial KOTA KINABALU 19 Sept Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini meluahkan kekecewaan selepas dimaklu...
Fatwa Terkini Mufti Wp Hukum Beli Barang Kemas Pakai Dulu Bayar Kemudian

Fatwa Terkini Mufti Wp Hukum Beli Barang Kemas Pakai Dulu Bayar Kemudian

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 684 hits
SoalanAssalamualaikum saya ada soalan berkenaan sebahagian kedai emas yang menawarkan pembelian barang kemas secara pakai dulu bayar kemudian secara ansuran Adakah perkara ini diharuskan Mohon pencerahan Ringkasan JawapanHukum membeli emas ...
Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 174 hits
Original Content Pelakon popular Anzalna Nasir mendedahkan jumlah pengikutnya di media sosial semakin meningkat selepas tampil anggun sebagai pembawa dulang hantaran pada majlis perkahwinan pasangan sensasi Amira Othman dan Fattah Amin yang...
Tular Di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol Yang Baru

Tular Di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol Yang Baru

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 283 hits
Views 2 Kita dah masuk zaman AI tak kanlah nak beratur lagi macam zaman 90an Tak dipastikan kesahihannya tapi dalam video yang lain dengan mesin yang sama individu dalam video beberapa kali menyebut ia adalah sistem pengesahan untuk BUDI Pa...
Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2068 hits
The party s secretary general Takiyuddin Hassan says that corrections and apologies already penalise the media by harming credibility on this matter should be sufficient and respected Any other action would only undermine the status role an...
Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Ai Team Sementara Batch 1 2025

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Payah Layan Cadangan Mansuh Matrikulasi

Apa Itu Ekyc Kenali Proses Pengesahan Identiti Secara Digital

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Amway Vitamin C Rahsia Tenaga Imun Anda Kekal Padu Sepanjang Hari