Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial


Inkues Zara Ditangguh, Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial
KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) — Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa pernyataan saksi remaja pertama telah tersebar di media sosial.
Remaja berkenaan, yang merupakan antara tertuduh dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, dijadual memberi keterangan hari ini namun susulan insiden itu, Amir Shah memutuskan untuk menangguhkan prosiding sehingga Isnin ini.
“Saya amat kecewa dengan perkara ini. Sila ambil tindakan sewajarnya dan buat laporan polis berhubung isu ini,” katanya sambil menambah prosiding seterusnya akan berlangsung secara tertutup.
Terdahulu, peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili pelajar terbabit, memaklumkan Mahkamah Koroner bahawa remaja itu sudah bersedia untuk memberi keterangan namun selepas pernyataan saksinya tular di media sosial, dia dan ibunya menjadi takut serta tertekan.
“Saya telah melihat dalam TikTok dan mendapati nama serta alamat kelima-lima tertuduh telah didedahkan… saya mohon arahan daripada mahkamah agar identiti mereka dilindungi memandangkan orang awam kini sudah mengetahui bahawa mereka akan tampil sebagai saksi.
“Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini, dan saya percaya pasukan pendakwaan yang mengendalikan prosiding juga akan berbuat demikian. Nama penuh, alamat dan nombor kad pengenalan mereka telah didedahkan. Oleh itu, saya dengan hormat memohon agar mahkamah menangguhkan kes ini sehingga hari Isnin,” katanya.
Memandangkan permohonan itu tidak dibantah oleh mana-mana pihak, Mahkamah Koroner kemudian menangguhkan prosiding berkenaan sehingga Isnin ini.
Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, yang berakhir hari ini.
Saksi kelapan itu memberitahu mahkamah ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat memaklumkan bahawa anaknya ada mencatat nama pelajar yang tidak solat dalam sebuah diari berwarna ungu.
Beliau berkata maklumat itu disampaikan oleh Noraidah pada malam 16 Julai lepas ketika mereka bertemu di wad tingkat 10, Hospital Queen Elizabeth.
Azhari berkata demikian ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang tertuduh kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina, pada hari ke-10 prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Menjawab soalan sama ada Noraidah pernah menyoal beliau jika Zara Qairina ada memberitahunya mengenai sebarang isu di sekolah, saksi menjawab:
“Tidak ada… cuma pada malam 16 Julai, ketika melawat mangsa di wad tingkat 10, ibu Zara Qairina ada memberitahu anaknya rajin… dia mencatat nama-nama pelajar yang tidak solat, nama pelajar yang sudah mandi wajib… nama-nama yang belum mandi wajib dalam diari ungu itu,” katanya.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas dijumpai tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya pada kira-kira 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
BACA: Subsidi Bersasar RON95: Segera Periksa MyKad, Ganti Jika Cip Rosak – Saifuddin
Sumber: BERNAMA
The post Inkues Zara Ditangguh, Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/19/inkues-zara-ditangguh-koroner-kecewa-penyataan-saksi-tersebar-di-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4488 hits
KOTA KINABALU Polis akan meneliti dan menjalankan siasatan lanjut jika perlu sekiranya menerima laporan berhubung penyebaran gambar lembaran kertas yang didakwa mengandungi tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir di laman Facebook ...
Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian

Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 919 hits
Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian PAPAR 11 Sept Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak pihak yang te...
Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2836 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang dikemukakan dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir meneru...
Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2561 hits
Izwan Abdullaham hmetro com myKota Kinabalu Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan berkenaan...
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2059 hits
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 8 Sept Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang di...
Inkues Zara 2 Saksi Kanak Kanak Beri Keterangan Esok

Inkues Zara 2 Saksi Kanak Kanak Beri Keterangan Esok

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 699 hits
Sebanyak 25 saksi dewasa dan 32 lagi saksi kanak kanak dijangka beri keterangan pada sesi inkues akan datang Inkues sedang dijalankan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu sejak 3 Sept lepas bagi menentukan punca kematian Zara Qairina Mahathir ...
Hiburan Inkues Zara Qairina Saksi Kanak Kanak Sahkan Arwah Dipanggil Senior Menangis

Hiburan Inkues Zara Qairina Saksi Kanak Kanak Sahkan Arwah Dipanggil Senior Menangis

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 927 hits
Perkembangan terbaru dalam inkues kematian tragis remaja perempuan Zara Qairina Mahathir 13 makin mendapat perhatian ramai apabila peguam keluarga mengesahkan kehadiran beberapa pakar tulisan tangan ke Mahkamah Kota Kinabalu hari ini Pakar ...
Hak Menulis Di Media Sosial

Hak Menulis Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2481 hits
Hak Menulis di Media Sosial Monolog Jiwa JMBELOG Hak Menulis di Media Sosial Monolog Jiwa Refleksi puitis tentang kebebasan dan tanggungjawab menulis dalam ruang digital Menulis di media sosial adalah hak setiap individu Ia ruang untuk melu...
Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial

Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 983 hits
Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial KUALA LUMPUR 16 Sept Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat tiga kes melibatkan penularan kandungan video di aplikasi TikTok yang mempunyai unsur has...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Padang Besar Here We Come Part 1

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

Strawberry Smoothie

Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Haramain Sajian Makanan Istemewa Kepada Semua Peserta Umrah

Super Junior Rai Ulang Tahun Ke 20 Di Kuala Lumpur Menerusi Super Show 10

Selamat Datang November

Delicious Recipe Of Beef Haleem

Lirik Lagu Melukis Senja Fynn Jamal

Ungu Prinsa Mandagie Laguku Chord