Tukar Mykad Percuma Jpn


Perkhidmatan tukar MyKad percuma boleh dibuat di semua pejabat dan kaunter JPN seluruh negara bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan akses kepada subsidi serta kemudahan kerajaan tidak terganggu. Semak artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara tukar MyKad percuma.
Kenyataan Media Menteri Dalam Negeri PEJABAT MENTERI DALAM NEGERI
KENYATAAN MEDIA
PENUKARAN CIP MYKAD YANG ROSAK SECARA PERCUMA BERMULA 23 SEPTEMBER 2025 HINGGA 7 OKTOBER 2025
22 September 2025, Putrajaya – Seiring dengan pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI95 buat rakyat Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025. Penukaran cip MyKad yang rosak secara percuma ini boleh dibuat di mana-mana kaunter dan pejabat JPN seluruh negara.
Mengikut rekod JPN, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menerima sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad di bawah kategori cip atau kad rosak. Trend permohonan ini juga menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan kebelakangan – sebanyak 32,819 permohonan pada Jun, meningkat kepada 40,371 pada Julai, dan melonjak lagi kepada 45,411 pada Ogos. Manakala bagi bulan September, sehingga 21 haribulan sahaja, JPN telah menerima sebanyak 22,858 permohonan.
Berdasarkan purata penggantian dua bulan terkini, purata permohonan bagi kategori cip rosak direkodkan pada sekitar 43,000 unit cip sebulan. Oleh yang demikian, penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 sehingga 7 Oktober 2025 ini dianggarkan akan melibatkan perbelanjaan kepada Kerajaan Madani sebanyak RM714,660.00 termasuk kos lain yang berkaitan.
Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan sekali-kali terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad dan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUDI95 dengan lancar.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik, kerana ia bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95.
Kerajaan MADANI berpegang teguh kepada prinsip kepedulian dan inklusiviti, memastikan setiap rakyat Malaysia menerima manfaat yang dijanjikan tanpa ada yang tercicir.
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Menteri Dalam Negeri
22 September 2025
– TAMAT –
Pertanyaan Media:
Norhayati Abd Manap, Setiausaha Akhbar
Tel: +6012 – 393 5075 / Email: [email protected]
No Rujukan: MDN.100-4/1/32 (12)
Tempoh Tukar MyKad Percuma Kemudahan ini diberikan secara percuma bermula 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025. Sepanjang tempoh ini, orang ramai boleh membuat penukaran MyKad di semua kaunter dan pejabat JPN di seluruh negara.
Sebab Inisiatif Dilaksanakan Mengikut rekod JPN:
294,715 permohonan penggantian MyKad rosak telah diterima dari Januari hingga Ogos 2025. Permohonan semakin meningkat sejak tiga bulan kebelakangan: Jun 2025: 32,819 permohonan Julai 2025: 40,371 permohonan Ogos 2025: 45,411 permohonan Setakat 21 September 2025 sahaja: 22,858 permohonan Kadar permohonan yang tinggi ini menunjukkan keperluan mendesak untuk membantu rakyat menukar cip MyKad yang rosak tanpa beban kos.
Kos Tanggungan Kerajaan Berdasarkan purata dua bulan terkini, sekitar 43,000 unit cip rosak diganti setiap bulan.
Dengan itu, inisiatif tukar MyKad percuma sepanjang 23 September hingga 7 Oktober 2025 dijangka menelan belanja kerajaan sebanyak RM714,660, termasuk kos lain yang berkaitan.
Kos ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Madani.
Cawangan Kaunter JPN Anda boleh rujuk cawangan kaunter JPN di seluruh negara menerusi pautan ini: https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan
Waktu Operasi Kaunter JPN
Kepentingan Tukar MyKad Rosak MyKad bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci utama untuk rakyat mengakses pelbagai kemudahan kerajaan, termasuk subsidi bersasar BUDI95.
Dengan memastikan cip MyKad berfungsi baik, rakyat tidak akan terhalang daripada menikmati hak dan manfaat yang dijanjikan.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Tukar MyKad Percuma Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan perkhidmatan tukar MyKad percuma, anda boleh rujuk pada pautan ini:
FB Kementerian Dalam Negeri (KDN)  IG Kementerian Dalam Negeri (KDN)  1. Apa itu program tukar MyKad percuma? Program ini adalah inisiatif Kerajaan Madani melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak tanpa sebarang bayaran.
2. Bila tempoh tukar MyKad percuma berlangsung? Program ini berjalan dari 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025 sahaja.
3. Di mana boleh tukar MyKad percuma? Anda boleh menukar cip MyKad rosak secara percuma di semua kaunter dan pejabat JPN di seluruh negara.
4. Siapa yang layak untuk tukar MyKad percuma? Semua warganegara Malaysia yang memiliki MyKad dengan cip rosak layak menukar tanpa dikenakan sebarang bayaran.
5. Kenapa program ini dilaksanakan? Kerajaan mahu memastikan rakyat tidak terjejas daripada menerima kemudahan kerajaan, khususnya subsidi bersasar BUDI95, hanya kerana masalah teknikal pada MyKad.
6. Apa yang perlu dibawa semasa tukar MyKad percuma? Pemohon perlu membawa MyKad asal yang rosak serta dokumen pengenalan diri lain (jika diminta) semasa hadir ke kaunter JPN.
Baca juga:
Cara Guna Setel Untuk Subsidi RON95, Tak Payah Scan MyKad Lagi! Subsidi Petrol RON95 Guna MyKad, Pastikan Cip Berfungsi Cara Guna SARA / Mykasih Untuk Beli Barang Dengan MyKad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tukar-mykad-percuma/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tukar-mykad-percuma

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cip Mykad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September Kdn

Cip Mykad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September Kdn

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 317 hits
Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September KDN Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menukar cip MyKad yang rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini Menteri Dal...
Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1112 hits
MyKad Dah Rosak JPN Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu Bagi mengesahkan dan mengenal pasti identiti seseorang kad pengenalan merupakan salah satu dokumen penting yang perlu dimiliki Oleh kerana kepentingannya kad pengenalan perlu dibawa ke...
Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1361 hits
Subsidi Bersasar RON95 Segera Periksa MyKad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin Orang ramai diingatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan yang rosak menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada hujung b...
Pastikan Cip Mykad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi Ron95 Saifuddin

Pastikan Cip Mykad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi Ron95 Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1507 hits
Orang ramai diingatkan supaya memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata subsidi bersasar bagi harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebag...
Check And Replace Faulty Mykad Chips To Receive Subsidised Ron95 M Sians Told

Check And Replace Faulty Mykad Chips To Receive Subsidised Ron95 M Sians Told

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 903 hits
Home minister Saifuddin Nasution Ismail says faulty MyKads can be replaced at any national registration department office Prime Minister Anwar Ibrahim said in July that Malaysians would enjoy a lower RON95 price of RM1 99 per litre once the...
Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1088 hits
Orang ramai dinasihatkan segera memeriksa dan menggantikan cip MyKad yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati harga petrol RON95 subsidi bersasar pada kadar RM1 99 seliter Menurut kenyataan media hanya pemegang MyKad layak mendapatkan h...
Jangan Bayar Untuk Install Wps Ia Percuma

Jangan Bayar Untuk Install Wps Ia Percuma

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 851 hits
WPS Adalah Percuma Suit perisian pejabat WPS ni dah lama Tapi masih ada yang tertipu hingga servis memasang perisian ini saja dikenakan bayaran sebanyak RM80 Weh serius la Tengok dalam gambar di bawah ada berapa banyak anak panah abam bubuh...
Ron95 Jpj Tambah Waktu Operasi Untuk Individu Perbaharui Lesen

Bella Astillah Sah Sertai Era Kini Penyampai Radio 3 Pagi Era

Rafidah Diberi 7 Hari Untuk Selesaikan Bayaran Saman Rm281 200

5 Tanda Tayar Kereta Ada Masalah Mungkin Kena Tukar

Elak Bakteria Tersembunyi Ganti Segera 5 Barang Di Bilik Air Ini

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Semua Warganegara Malaysia Dengan Lesen Memandu Sah Layak Untuk Subsidi Ron95 Anwar

Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sarapan Saya Hanya Secawan Coffee Panas

Quick Wasabi Beef Recipe Chinese

Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman Irfan Haris Video

Apakah Kekuatan Bitcoin Semakin Lemah

Dulu Dan Sekarang

Tukar Mykad Percuma Jpn