Cip Mykad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September Kdn


Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September – KDN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menukar cip MyKad yang rosak secara percuma bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu diberikan selaras dengan pelaksanaan inisiatif BUDI195 yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Difahamkan, semua penukaran boleh dibuat di mana-mana kaunter dan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara.
Menurut beliau, berdasarkan rekod JPN dari Januari hingga Ogos 2025 sahaja, sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad rosak telah diterima.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan terakhir, iaitu 32,819 permohonan pada Jun, meningkat kepada 40,371 pada Julai, dan melonjak lagi kepada 45,411 pada Ogos.
Bagi bulan September pula, sehingga 21 haribulan, sebanyak 22,858 permohonan telah direkodkan. Purata permohonan dua bulan terkini adalah sekitar 43,000 cip rosak sebulan.
“Oleh yang demikian, penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 sehingga 7 Oktober 2025 ini dianggar akan melibatkan perbelanjaan kepada Kerajaan Madani sebanyak RM714,660.00 termasuk kos lain yang berkaitan.
“Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan sekali-kali terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad dan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUD195 dengan lancar,” kata beliau.
Mengulas lanjut, beliau turut menyeru rakyat agar sentiasa menjaga MyKad masing-masing dengan baik, memandangkan ia dokumen penting yang membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan. “Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik, kerana ia bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUD195.
“Kerajaan MADANI berpegang teguh kepada prinsip kepedulian dan inklusiviti, memastikan setiap rakyat Malaysia menerima manfaat yang dijanjikan tanpa ada yang tercicir,” tambahnya.


BACA: BUDI95: Harga Petrol Di Malaysia Antara Terendah Di Dunia – Amir Hamzah
Sumber: BERNAMA
The post Cip MyKad Rosak Boleh Ditukar Percuma Bermula 23 September – KDN appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/22/cip-mykad-rosak-boleh-ditukar-percuma-bermula-23-september-kdn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1583 hits
Orang ramai dinasihatkan segera memeriksa dan menggantikan cip MyKad yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati harga petrol RON95 subsidi bersasar pada kadar RM1 99 seliter Menurut kenyataan media hanya pemegang MyKad layak mendapatkan h...
Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2412 hits
Subsidi Bersasar RON95 Segera Periksa MyKad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin Orang ramai diingatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan yang rosak menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada hujung b...
Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3073 hits
MyKad Dah Rosak JPN Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu Bagi mengesahkan dan mengenal pasti identiti seseorang kad pengenalan merupakan salah satu dokumen penting yang perlu dimiliki Oleh kerana kepentingannya kad pengenalan perlu dibawa ke...
Panduan Mudah Renew Mykad Rosak Secara Online

Panduan Mudah Renew Mykad Rosak Secara Online

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 787 hits
Panduan Mudah Renew MyKad Rosak Secara Online MyKad adalah dokumen pengenalan diri utama bagi setiap warganegara Malaysia Ia bukan sahaja digunakan untuk pengesahan identiti malah berfungsi sebagai kunci kepada pelbagai urusan penting seper...
Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 30 September Ini Metmalaysia

Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 30 September Ini Metmalaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 333 hits
Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 30 September Ini MetMalaysia Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 September ini dan berterusan sehingga November 2025 Jabatan Meteorologi Malaysia berkata permulaan fasa ini menandakan berakh...
Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 3116 hits
Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025 Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 ata
Cara Tukar Chip Mykad Malaysia Rosak

Cara Tukar Chip Mykad Malaysia Rosak

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1111 hits
Ringkasan Jika MyKad anda bermasalah kerana cip tidak boleh dibaca anda boleh membuat permohonan penggantian cip di Jabatan Pendaftaran Negara Panduan ini terangkan dokumen diperlukan bayaran langkah di kaunter tips agar urusan cepat dan la...
Cimb Tukar Cara Log Masuk Aplikasi Octo Bermula 24 September 2025

Cimb Tukar Cara Log Masuk Aplikasi Octo Bermula 24 September 2025

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 3216 hits
Pengguna CIMB perlu ambil perhatian kerana bermula 24 September 2025 bank itu akan memperkenalkan perubahan pada CIMB Online Banking Agreement yang melibatkan cara log masuk dan pemasangan aplikasi CIMB OCTO Sebelum ini pelanggan yang mahu ...
Tukar Mykad Percuma Jpn

Tukar Mykad Percuma Jpn

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1435 hits
Perkhidmatan tukar MyKad percuma boleh dibuat di semua pejabat dan kaunter JPN seluruh negara bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025 ini Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan akses kepada subsidi serta kemudahan kerajaan tidak terg...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kali Pertama Memancing Ikan

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs