Jpn Mof Integrasi Sistem Elak Mykad Hilang Disalah Guna Tebus Bantuan Kerajaan


JPN, MOF Integrasi Sistem Elak MyKad Hilang Disalah Guna Tebus Bantuan Kerajaan
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengintegrasikan sistem MyKad dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi memastikan kad pengenalan yang dilaporkan hilang tidak disalah guna untuk menebus bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu diambil susulan terdapat insiden penyalahgunaan MyKad yang dilaporkan hilang telah digunakan untuk menebus Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Apabila seseorang melaporkan kehilangan MyKad, JPN akan segera menyahaktifkan kad tersebut dalam sistem kami… namun sebelum ini, sistem itu tidak diselaraskan dengan MOF menyebabkan kad berkenaan masih boleh digunakan untuk tujuan lain.
“Mulai sekarang, apabila MyKad dinyahaktif oleh JPN, sistem MOF juga akan menerima isyarat yang sama sekali gus menyekat penggunaannya secara automatik,” kata beliau pada sidang media selepas melakukan tinjauan di kaunter JPN sempena hari pertama pelaksanaan penggantian cip MyKad rosak secara percuma di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendakwa MyKad yang hilang telah disalah guna oleh individu tidak dikenali untuk menebus SARA.
Saifuddin Nasution berkata walaupun jumlah kes yang direkodkan sebelum ini adalah kecil iaitu kira-kira 100 kes berbanding lebih 18 juta penerima yang layak, kerajaan memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan integriti data dan keselamatan sistem subsidi bersasar.
Beliau berkata penambahbaikan itu dilaksanakan bagi menyokong inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, dengan pelaksanaan untuk orang awam bermula 30 Sept ini.
Selain integrasi sistem, Saifuddin Nasution berkata JPN turut mengambil langkah proaktif memastikan rakyat menukar MyKad rosak khususnya cip yang tidak boleh dibaca bagi mengelakkan masalah ketika menebus subsidi bersasar menggunakan dokumen pengenalan diri itu.
“Mulai hari ini hingga 7 Okt, JPN menawarkan penggantian MyKad rosak akibat cip tanpa sebarang caj berbanding caj biasa RM10… purata permohonan penggantian MyKad rosak sebelum ini ialah sekitar 30,000 sebulan tetapi selepas hebahan dibuat, angka itu dijangka meningkat kepada 40,000 permohonan,” katanya sambil menambah kemudahan itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM714,660 termasuk kos lain yang berkaitan kepada kerajaan.
Beliau turut memberi jaminan stok cip MyKad mencukupi dan sebahagian besar urusan penggantian sama ada di Ibu Pejabat JPN, pejabat JPN seluruh negara dan Pusat Transformasi Bandar dapat disiapkan dalam tempoh sehari.
“Langkah ini adalah untuk meminimumkan gangguan pada hari pelaksanaan subsidi bersasar namun sekiranya masih berlaku masalah teknikal, MOF telah bersedia dengan kaedah manual menggunakan nombor kad pengenalan di kaunter,” katanya.
BACA: Indonesia Iktiraf Israel Jika Palestin Capai Kemerdekaan – Prabowo Sumber: Bernama
The post JPN, MOF Integrasi Sistem Elak MyKad Hilang Disalah Guna Tebus Bantuan Kerajaan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/23/jpn-mof-integrasi-sistem-elak-mykad-hilang-disalah-guna-tebus-bantuan-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana Ekyc Guna Mykad Passport Atau Mydigital Id

Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana Ekyc Guna Mykad Passport Atau Mydigital Id

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 846 hits
Semua platform media sosial di Malaysia disaran melaksanakan pengesahan elektronik Know Your Customer menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad passport atau MyDigital ID Memetik laporan bernama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 3719 hits
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna MyKad Tebus Subsidi RON95 Ramai rakyat Malaysia bimbang urusan menebus subsidi petrol RON95 akan memakan masa panjang di kaunter Namun perkongsian terbaru daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Sha...
Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2666 hits
Cara Isi RON95 Guna MyKad Di Pam Minyak Petronas Petron BHPetrol Shell Caltex Seperti yang semua tahu bermula 30 September 2025 harga subsidi RON95 ditetapkan kepada RM 1 99 seliter di bawah sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MA...
Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3069 hits
MyKad Dah Rosak JPN Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu Bagi mengesahkan dan mengenal pasti identiti seseorang kad pengenalan merupakan salah satu dokumen penting yang perlu dimiliki Oleh kerana kepentingannya kad pengenalan perlu dibawa ke...
Pemimpin Dhpp Seru Ahli Pas Elak Guna Perkataan Singgung Perasaan

Pemimpin Dhpp Seru Ahli Pas Elak Guna Perkataan Singgung Perasaan

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2011 hits
Istilah seperti kafir dan pendatang beri kesan pada usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam kata K Deepakaran Kepimpinan PAS di semua peringkat diseru berhati hati menggunakan bahasa PETALING JAYA Seorang pemimpin Dewan Himp...
Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 3383 hits
Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95 Ketika ini ramai yang menanti untuk menggunakan inisiatif BUDI95 yang ditetapkan pada harga RM1 99 seliter khas buat warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah Bermula 25 Septe...
Sara Rm100 Benci Pmx Tapi Empat Negeri Sg4 Paling Ramai Tebus Bantuan

Sara Rm100 Benci Pmx Tapi Empat Negeri Sg4 Paling Ramai Tebus Bantuan

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 628 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimLABUAN 28 Sep Di sebalik kebencian kepada Kerajaan MADANI rupanya ada mes...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Mini Steam Iron Antara Barang Yang Harus Kena Ada Bila Travel

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit