Mykad Dah Rosak Jpn Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu


MyKad Dah Rosak, JPN Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu
Bagi mengesahkan dan mengenal pasti identiti seseorang, kad pengenalan merupakan salah satu dokumen penting yang perlu dimiliki. Oleh kerana kepentingannya, kad pengenalan perlu dibawa ke mana sahaja dan dijaga dengan sebaiknya.
Disebabkan itu juga wujudnya denda kepada seseorang yang menghilangkan kad pengenalan atau MyKad. Bagi kesalahan kali pertama, anda perlu membayar denda sebanyak RM100, kali kedua RM300 dan kali ketiga RM1,000.
Berbeza pula jika kad pengenalan rosak atau musnah, warganegara hanya perlu membayar RM10 dan bukan Warganegara RM40 sebagai caj gantian kad pengenalan baharu. Jika sudah rosak, anda disarankan untuk segera menukar MyKad baharu bagi memastikan agar ia boleh digunakan dengan baik.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi laman webnya berkata berdasarkan Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
BACA JUGA: Permohonan Gantian MyKad Boleh Siap 30 Minit Di Pejabat JPN Terpilih, Ini Senarai Seluruh Negara
Mungkin ramai yang menangguhkan untuk menukar kad pengenalan baharu kerana pelbagai alasan. Mungkin tidak mempunyai masa lapang, sibuk dengan kerja, pejabat JPN jauh dan sebagainya.
Cara ganti MyKad dah rosak Namun, anda perlu ketahui bahawa proses untuk menukar MyKad sangat mudah dan cepat. JPN menerusi Facebook baru-baru ini berkongsi beberapa saluran mudah untuk melakukannya.
Cara pertama adalah dengan ke kaunter JPN atau di Bas/Van MEKAR. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan yang rosak serta bil utiliti (sekiranya ingin menukar alamat). Diingatkan, anda perlu berpakaian kemas untuk mengemas kini gambar MyKad.
Kredit: Bernama Langkah kedua adalah melalui MyPhone-In dan JPN e-Services. Melalui cara ini, gambar dan alamat MyKad tidak boleh dikemas kini.
Selepas itu, anda perlu membawa kad pengenalan yang rosak sewaktu hadir ke JPN untuk mendapatkan MyKad yang baharu.
Sementara itu, permohonan gantian kad pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak adalah percuma.
Kredit: JPN Malaysia Bila perlu tukar kad? Kadang kala kita tidak sedar apabila kad pengenalan tidak lagi boleh digunakan, jadi anda wajib tahu bila ia perlu ditukar.
Menurut JPN, kad pengenalan perlu ditukar apabila ia gagal dibaca di mesin atau kiosk layan diri. Selain itu, sistem di bank atau agensi kerajaan juga tidak dapat mengesan data kad, menyebabkan urusan anda tidak dapat diproses.
Anda juga perlu menukar kad pengenalan apabila tanda cip mula bermasalah dan perlu dicuba beberapa kali untuk melepasi sesuatu urusan.
Dalam pada itu, kad yang rosak secara fizikal dapat dilihat apabila ia mengalami calar, retak dan bengkok. Ia boleh menjejaskn cip.
Paling penting dan ramai yang mungkin belum tahu, anda perlu menukar kad pengenalan yang sudah melebihi 10 tahun. Hal ini kerana, cip pada kad berisiko haus atau terpadam dan menyebabkan anda tidak dapat menggunakannya untuk melakukan sebarang urusan.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (1)(2)
The post MyKad Dah Rosak, JPN Kongsi Cara Mudah Ganti Yang Baharu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/18/mykad-dah-rosak-jpn-kongsi-cara-mudah-ganti-yang-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

Subsidi Petrol Orang Ramai Diminta Periksa Ganti Cip Mykad Jika Rosak

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1503 hits
Orang ramai dinasihatkan segera memeriksa dan menggantikan cip MyKad yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati harga petrol RON95 subsidi bersasar pada kadar RM1 99 seliter Menurut kenyataan media hanya pemegang MyKad layak mendapatkan h...
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 4922 hits
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang menjadi keperluan penting dalam setiap rumah Lebih lebih lagi ia sangat membantu dalam meringankan kerja harian Denga...
Cara Tukar Chip Mykad Malaysia Rosak

Cara Tukar Chip Mykad Malaysia Rosak

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 973 hits
Ringkasan Jika MyKad anda bermasalah kerana cip tidak boleh dibaca anda boleh membuat permohonan penggantian cip di Jabatan Pendaftaran Negara Panduan ini terangkan dokumen diperlukan bayaran langkah di kaunter tips agar urusan cepat dan la...
Panduan Mudah Renew Mykad Rosak Secara Online

Panduan Mudah Renew Mykad Rosak Secara Online

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 631 hits
Panduan Mudah Renew MyKad Rosak Secara Online MyKad adalah dokumen pengenalan diri utama bagi setiap warganegara Malaysia Ia bukan sahaja digunakan untuk pengesahan identiti malah berfungsi sebagai kunci kepada pelbagai urusan penting seper...
Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

Subsidi Bersasar Ron95 Segera Periksa Mykad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2318 hits
Subsidi Bersasar RON95 Segera Periksa MyKad Ganti Jika Cip Rosak Saifuddin Orang ramai diingatkan untuk segera memeriksa dan menggantikan cip kad pengenalan yang rosak menjelang pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang dijangka pada hujung b...
Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat

Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2279 hits
Pasport Rosak Atau Basah Terkena Air Wanita Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dibuat Pasport merupakan dokumen rasmi yang amat penting bagi setiap warganegara Malaysia ketika ingin merentas sempadan negara Ia bukan sekadar bukti pengenalan diri di ...
Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2612 hits
Cara Isi RON95 Guna MyKad Di Pam Minyak Petronas Petron BHPetrol Shell Caltex Seperti yang semua tahu bermula 30 September 2025 harga subsidi RON95 ditetapkan kepada RM 1 99 seliter di bawah sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MA...
Cara Mudah Bersihkan Periuk Hangus Berkerak Tak Perlu Beli Baru

Cara Mudah Bersihkan Periuk Hangus Berkerak Tak Perlu Beli Baru

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 871 hits
Cara Mudah Bersihkan Periuk Hangus Berkerak Tak Perlu Beli Baru Masalah periuk hangus dan berkerak memang menghantui ramai suri rumah serta sesiapa sahaja yang gemar memasak Bayangkan selepas bersusah payah menyediakan hidangan periuk pula ...
Rumah Masih Berbau Busuk Ini 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan

Rumah Masih Berbau Busuk Ini 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 2800 hits
Rumah Masih Berbau Busuk Ini 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Setiap orang pasti mahukan rumah yang bersih dan kemas untuk dijadikan tempat berehat selepas seharian penat bekerja Tidak dinafikan kediaman yang wangi bukan sahaja mampu memberikan...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Tarikh Proses Mengundi

Check In Pariss Hotel Johor

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Kedai Cikgu Ipoh Suasana Santai Rasa Macam Masakan Rumah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cheese Tart Untuk Adik

Siapa Bakal Menyamai Rekod Fuad Stephens Sebagai Km Sabah

Resepi Lala Buttermilk Bersama Mantou Sedap Berkrim Dan Mudah Disediakan

77 Tahun Tragedi Hitam Deir Yassin Palestin Kejam

Lasik Cara Modern Mengembalikan Penglihatan Tanpa Kacamata

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know