Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap Ini Antara Sebabnya
Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap! Ini Antara Sebabnya.. Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua, anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga-jaga. Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di rendah-rendahkan kebolehannya depan adik-adik mahupun orang lain. Pantang tersilap sedikit, merajuknya boleh berpanjangan. Sentap! Kata orang sekarang. Sebenarnya ada sebab kenapa anak sulung berperangai semacam itu.
1. Terlebih Dulu Dimanja Mak Ayah
Sebelum lahirnya adik-adik yang lain, dialah intan payung mak ayah. Bila adik-adik lahir dia terpaksa terima hakikat yang dirinya sudah jadi abang atau kakak. Walhal dia masih lagi kecil dan mahukan perhatian sebagaimana diperoleh sebelum kelahiran adik-adik. Mak ayah pula terlupa dan beralih kasih pada yang bongsu. Tanpa sedar ada jiwa kecil yang tercalar emosi. Yang sedang merindui belaian manja yang diterima sebelum ini. Bukan mudah dia nak terima hakikat itu. Sepatutnya mak ayah maklumkan dengan lembut dan kasih sayang.
2. Ia Satu Tanggungjawab Yang Berat
Setelah berusaha keras terima hakikat dirinya seorang abang/kakak, dia perlu pikul tanggung jawab. Bila adik menangis ibu kata, ‘Abang tolong tengok adik’ ‘Kakak ambilkan lampin adik’. Kalau perasaan cemburu tak berjaya dibendung, abang atau kakak akan melakukan dengan terpaksa. Tanpa sedar dia akan jadi seorang yang memberontak.
3. Jatuhkan Standard Dalam Diam
Anak sulung mula memberontak dalam diam. Bila mak tak pandang, dia pulas telinga adik yang masih merah.. dia cium pipi adik dengan geram. Katakan mak tiba-tiba terpandang, cepat-cepat mak beri amaran. Kalau masih kecil mak tak sampai hati nak tegur dan bawa adik menjauh pergi. Tapi satu hal yang mak kena faham, anak sulung cukup pantang bila dijatuhkan standardnya depan adik-adik mahupun orang lain. Ada cara mahu menegurnya. Bukan mengherdik atau memarahi. Tapi denfan sentuhan emosi. Tegurlah ketika tiada sesiapapun di sekelilingnya. Ia cuma ada mak dan anak sulung saja. Biarkan sesi itu jadi cukup privasi.
Nota
Biarpun anak sulung anda kuat merajuk dan berjiwa sensitif, percayalah apabila anda mendidiknya dengan cara yang betul dan belaian kasih sayang yang selayaknya, dia akan membesar dengan sifat tanggungjawab yang sebenar-benarnya. Jangan sampai anda terlalu fokus dengan kedegilan anak kedua, memberi perhatian pada anak ketiga dan seterusnya membuatkan anda lupa mahu mendakap, memeluk dan mencium mesra anak yang sulung. Usah terlalu mendesaknya memikul tanggungjawab seorang abang mahupun kakak. Berikannya masa dan peranan selayak usianya. Ingat! Kasih sayang anda akan mencorak bahagia anak-anak yang membesar di hadapan mata.
Artikel Lain
Tips Ibu Mengandung Anak Pertama. Selepas Hamil Perlu Buat Apa?
Setiap daripada kita menginginkan kehidupan yang sempurna. Mempunyai sebuah keluarga yang lengkap suami dan isteri serta dihiasi dengan anak-anak. Alangkah bahagianya. Sebab ibu ramai orang berkongsi tips ibu mengandung.
Lebih-lebih lagi anak pertama.
Kehidupan anda berubah dari hidup bersendirian kepada hidup berdua setelah berkahwin. Kemudian dikurniakan pula anak seorang, dua orang dan seterusnya bergantung kepada rezeki masing-masing. Berita tentang kehamilan merupakan sesuatu yang paling menggembirakan buat pasangan yang sudah berkahwin dan menginginkan cahaya mata. Banyak perkara yang bakal berubah sejak anda tahu bahawa diri anda sedang hamil. Perubahan hormon akan berlaku begitu juga dengan tingkah laku ibu hamil. Pola pemakanan ibu yang sedang hamil juga berkemungkinan berubah dari hari ke hari. Acapkali ibu mengandung kali pertama, agak kelam-kabut kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
TIPS IBU MENGANDUNG
Tahukah anda apa yang perlu dilakukan setelah mengetahui bahawa diri anda hamil? Setelah memastikan ujian air kencing anda adalah positif, semak tarikh akhir menstruasi anda. Ini adalah untuk memudahkan anda dan pakar kesihatan untuk mengetahui usia kandungan dan menentukan tarikh jangkaan bersalin. Berikut dikongsikan beberapa perkara yang harus anda lakukan selepas mengetahui diri anda hamil. Ibu mertua berdoa di Tanah Suci Makkah. Suruh suami cari perempuan lain, ceraikan aku. Panjatkan rasa terima kasih pada Allah.
1. Bersyukur
Pertama sekali panjatkanlah kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa di atas pemberian yang tidak ternilai. Buatlah solat hajat dan rajin-rajinkanlah berdoa semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh hamil sehingga selepas kelahiran. Berdoalah juga agar ibu dan bayi dijauhi dari penyakit berbahaya. Semoga proses bersalin kelak juga dipermudahkan. Sentiasalah berzikir agar didengari oleh si kecil di dalam rahim ibu. Solat berjemaah bersama suami dan berdoa akan kesejahteraan bayi dalam perut.
2. Membuat buku rekod kesihatan
Pergilah ke klinik terdekat dan maklumkan kepada mereka bahawa anda hamil. Anda akan membawa pulang sebuah buku rekod yang tertera butir-butir diri anda dan suami serta keputusan ujian pemeriksaan antenatal. Anda akan diminta untuk memaklumkan segala maklumat kesihatan anda serta latarbelakang kesihatan keluarga anda.
3. Mengambil makanan tambahan (supplement)
Ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk ibu hamil. Pihak klinik biasanya akan memberi vitamin seperti folic asid dan obimin untuk pengambilan ibu hamil setiap hari. Namun begitu, ibu hamil juga boleh membeli makanan tambahan yang lain untuk dimakan. Ini adalah kerana kemungkinan pola pemakanan harian ibu hamil tidak mengandungi khasiat yang cukup untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Pelbagai jenama makanan tambahan yang terdapat di pasaran kini. Tapi awas! Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.
4. Berhenti mengambil ubat
Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan kerana menghidapi penyakit tertentu, maklumkan kepada doktor bahawa anda hamil agar anda diberi ubat alternatif yang selamat untuk kandungan anda. Pastikan mendapat kebenaran dan nasihat doktor sebelum meneruskan pengambilan sebarang ubat-ubatan. Perlu diingat bahawa sesetengah ubat bole memudaratkan kandungan.Bincanglah dengan doktor anda.
5. Jangan sesekali merokok
Merokok telah terbukti boleh menyebabkan keguguran dan bayi mati selepas dilahirkan atau mati mengejut. Nikotin yang terdapat di dalam rokok boleh membahayakan nyawa bayi yang dikandung. Amalkan gaya hidup sihat. Carilah hobi yang bermanfaat sebagai melupakan tabiat merokok. Sayangilah bayi di dalam kandungan anda.
Sumber: mingguan Wanita
The post Jangan Marah Kalau Anak Sulung Kuat Sentap! Ini Antara Sebabnya.. appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/jangan-marah-kalau-anak-sulung-kuat-sentap-ini-antara-sebabnya/